Bagaimana Chile Menentukan Juara Liga Selepas Primera League Mereka Dibatalkan Musim Lalu

Wabak Coronavirus yang diwartakan sebagai Pandemic terus mengganas di seluruh dunia. Dan kebanyakkan negara yang terlibat telah mula melakukan kawalan pergerakkan kepada rakyatnya.

Begitu juga dengan kesemua sukan utama seluruh dunia juga terpaksa digantung kerana kebimbangan terhadap penularan virus Covid-19 ini.

Premier League, FA, EFL dan WSL sebulat suara telah bersetuju untuk menggantung kesemua perlawanan bola sepak profesional di England.

Penangguhan ini dibuat sehingga 30 April dan bergantung kepada nasihat kesihatan dan keadaan pada waktu itu.

Chief Executive Premier League, Richard Masters berkata:

“Dalam situasi yang tidak pernah terjadi sebelum ini, kami berkerjasama rapat dengan kelab, kerajaan, FA dan EFL bagi menjaga kesihatan dan kebajikan pemain, staf dan penyokong yang merupakan keutamaan kami.”

Namun pihak Uefa sendiri sudah mengeluarkan kenyataan menggesa kesemua persatuan bola sepak untuk menghabiskan liga mereka sebelum 30 Jun.

Jika sehingga tarikh 30 Jun keadaan masih tidak terkawal dan Liga masih tidak bersambung, Uefa menggesa agar pihak FA membatalkan sahaja liga pada musim ini.

Sebenarnya pembatalan saingan liga yang direncanakan pada musim ini bukanlah kali pertama berlaku dalam sejarah.

Musim 1939/40 misalnya menyaksikan liga dibatalkan selepas meletusnya Perang Dunia ke-2. Situasi pada hari ini mungkin lebih kompleks.

Jika tetap diteruskan, ia akan memakan masa satu hingga dua bulan untuk ditamatkan daripada jadual asal.

Antara masalah yang akan timbul berkaitan permasalahan ini tentunya isu tentang kontrak pemain.

Selain dari masalah kontrak pemain, jika perlawanan liga diteruskan juga dalam keadaan stadium tertutup, ia akan menjejaskan kewangan kelab.

Tetapi sebelum timbul isu penggantungan dan pembatalan Liga berkaitan virus Covid-19 ini, di negara Chile sendiri mereka telah menghadapi isu sama musim lalu.

Jadi pihak persatuan bola sepak lain boleh merujuk tindakan dan keputusan yang dibuat oleh persatuan bola sepak Chile.

Pada musim lalu Primera Division Chile ditamatkan lebih awal ekoran kekacauan dan ketidakstabilan yang berlaku di negara tersebut.

Dua perkara utama yang mereka selesaikan ialah menentukan juara liga, dan menyelesaikan masalah penyingkiran.

Saingan di bawah Primera Divison pula tidak perlu untuk memikirkan hal penyingkiran. Sebaliknya dua pasukan dinaikkan ke Primera Division.

Juara turut dianugerahkan kepada Universidad Catolica yang sudah mendahului dengan 13 mata.

Jadi jika cara ini mahu diamalkan oleh Premier League, maka Liverpool menarik nafas lega kerana akhirnya berjaya menamatkan kemarau kejuaraan selama 30 tahun.

West Brom dan Leeds dari Championship pula dinaikkan ke Premier League, yang juga bermakna 22 pasukan akan bersaing pada musim hadapan.

Kini Premier League hanya perlu memikirkan siapakah yang akan mengisi slot ke Eropah. Play-off mungkin jalan penyelesaian terbaik membabitkan kelab yang secara matematiknya masih boleh mara.

Jika dilihat cara yang dilakukan oleh Chile ianya sama saja seperti pelan radikal yang direncanakan oleh FA England.

FA England sendiri sudah merancang untuk melakukan keputusan sama sekiranya Liga Perdana musim ini tidak dapat diteruskan.

BACA:  Percubaan Penalti 'Panenka' Dari Sanchez Memakan Diri Lalu Menjadi Petaka