‘Belajar Dari Bruno Fernandes’ – Peminat Liverpool Hentam Andreas Pereira

Peminat Liverpool melabel Andreas Pereira sebagai pemain yang paling memalukan. Ini selepas bekas pemain Manchester United itu berguling guling seperti cacing kepanasan di atas padang ketika mendakwa mukanya ditampar Virgil Van Dijk.

Fulham mendahului di Anfield menerusi jaringan awal Willian. Namun Liverpool sekali lagi bangkit daripada ketinggalan dan menang 2-1 untuk menyingkirkan Fulham dalam aksi Piala Carabao.

Dua gol Liverpool menerusi Curtis Jones yang dikaitkan dengan Arsenal. Dan juga pemain antarabangsa Belanda Cody Gakpo.

Satu insiden berlaku di mana Van Dijk cuba memenangi bola. Dan tangannya didakwa terkena muka Pereira.

Pemain Fulham itu meraung dan meronta ronta kesakitan. Sehingga pengadil pun memberikan kad kuning kepada Van Dijk.

Peminat Liverpool mengutuk Pereira yang dianggap berlakon berlebihan untuk cuba memastikan agar Van Dijk dilayangkan kad merah.

Seorang peminat tegar Liverpool berkata: “Memalukan betul kelakuan Andreas Pereira dari Fulham ni, dia berguling dengan teruk dan terlantar lama atas padang. Dia cuba nak pastikan Virgil Van Dijk dapat kad merah agaknya.”

James Pearce menambah: “Memalukan aksi Pereira untuk membuatkan Van Dijk kena kad kuning. Pengadil pun termakan.”

Peminat ketiga berkata: “Teruk juga si Coote jadi pengadil ni kalau itu pun kad kuning untuk Van Dijk. Lepas tu pengadil siap panggil petugas medikal Fulham untuk memeriksa sama ada pemain mengalami kecederaan serius di kepala. Babilah.”

Peminat keempat menyatakan: “Itu tak foul pun, jauh sekali kad kuning. Pengadil ni betul betul tak guna la.”

Sementara itu Calukerloaner berkata: “Ini kad kuning paling menyedihkan untuk Van Dijk. Ini dia Pereira untuk anda semua saksikan.”

“Gila betulah macamana ini boleh kad kuning untuk Virgil,” tegas Empire of The Kop.

Peminat yang lain bertanya: “Di manalah dia dapat ilmu guling guling meraung macam tu, benda tak kena kot.”

Netizen turut menuduh Pereira mesti berguru dengan Bruno Fernandes aksi seperti itu. Bukan min yang cakap ye. Ni ha bebuda sunat laser ni.

Neil menganggap Pereira meluangkan terlalu banyak masa dengan Bruno Fernandes agaknya.

Dan mereka menyamakan Pereira dengan Bruno sebagai ngam teruk.

BACA:  Erik Ten Hag Berminat Mahu Dapatkan Semula Khidmat Pereira