Belum Pun Sah Nunez Sertai United, Dah Ada Peminat Buat Video ‘First Touch’ Bertaraf Lukaku

Darwin Nunez dikatakan semakin hampir ke Old Trafford. Dia merupakan sasaran utama Ten Hag untuk posisi no.9 menggantikan Edinson Cavani.

United dan Benfica dikatakan masih berusaha mencapai kesepakatan harga pemain itu.

Benfica meminta £70 juta untuk pemain itu. Namun Man United yang kaya raya itu hanya merasakan pemain itu bernilai £60 juta.

Nunez masih muda. Dan Manchester United sedia membangunkan dia menjadi bakat elit rebutan Juventus.

Nunez sangat cemerlang bersama Benfica. Dia juga merupakan pemain yang memiliki rekod gol luar biasa di UCL.

Paling penting dia pernah menyusahkan Liverpool di Anfield sama seperti Maguire satu ketika dahulu ketika bersama kelab lamanya.

Nunez sudah menjaringkan 6 gol dalam UCL berdepan dengan kelab handalan seperti Liverpool, Ajax, Bayern Munich dan Barcelona yang memiliki 21 piala Eropah di antara mereka.

Seterusnya Darwin Nunez turut menjaringkan 26 gol di dalam Liga Portugis. Keseluruhannya dia menjaringkan 32 gol daripada 38 penampilan untuk Benfica. Purat gol dia adalah 81.3 minit per gol dan nisbah kesempurnaan penyudah adalah 31.4%.

Pemain yang rajin itu merupakan pemain antarabangsa Uruguay. Erik Ten Hag sudah lama berkenan dengan Nunez. Cuma dulu dia tak adalah duit yang banyak untuk dibelanjakan berbanding sekarang ini.

United bergelut mencari pemain penyerang yang berkualiti selain Cristiano Ronaldo.

Tetapi, berita yang mengujakan berkaitan Nunez itu telah dirosakkan oleh seorang penyokong Manchester United.

Biasanya peminat Man United rajin membuat kompilasi video Selamat Datang kepada pemain sasaran kelab.

Tetapi kali ini berbeza. Yahya menyatakan, adalah sesuatu yang bodoh untuk kelab terlepas Frenkie De Jong hanya kerana mahu mengejar Darwin Nunez.

Sambil dia menampilkan kompilasi sentuhan pertama Nunez yang bertaraf Lukaku.

Banyak situasi pemain itu gagal mengawal bola dengan betul. Tak percaya layan sendiri di sini:

Erik Ten Hag dikaitkan dengan reunion bersama Frenkie De Jong. Dan Yahya berharap, United akan mengutamakan De Jong berbanding dengan Nunez.

Tetapi sebenarnya, De Jong masih mahu kekal di Barcelona. Cuma kelab itu yang cuba mendesak pemain itu menerima tawaran Man United.

Hal ini kerana Barcelona berdepan kekangan FFP.

Barcelona ada masalah FFP

arcelona dan masalah kewangan tidak terpisah jua apabila tidak boleh mendaftarkan dua pemain baharu yang diikat mereka lantaran peraturan yang termaktub dalam Financial Fair Play (FFP) atau dalam terjemahan terus Google berbunyi Main Adil Kewangan.

Lantaran itu pemain pertahanan, Andreas Christensen yang dijangka menyertai Barcelona dari Chelsea secara percuma di mana kontraknya akan tamat pada bulan hadapan terbantut

Seorang lagi pemain tengah, Kessie dijangka tiba di Nou Camp juga secara percuma apabila kontraknya bersama AC Milan akan tamat pada jun ini.

Media dari Catalan, SPORT telah melaporkan bahawa Barcelona tidak mengumumkan dua penandatangan baharu atau pembaharuan kontrak Sergi Roberto kerana kelab berada dalam halangan kerana pembayaran gaji telah mencapai had yang dibenarkan.

Pada bulan Januari lalu, Barcelona pada mulanya tidak dapat mendaftarkan Ferran Torres selepas menandatangani penyerang itu dalam perjanjian yang bernilai £46 juta dari Manchester City.

Ferran Torres akhirnya berjaya didaftarkan selepas beberapa orang pemain lain dalam skuad Barcelona, ​​termasuk Samuel Umtiti yang sebelum ini berkeras dengan rela menerima pemotongan gaji.

Dalam masa yang sama, Barcelona juga telah meminjamkan Philippe Coutinho ke Aston Villa.

Barcelona menggunakan kaedah yang sama pada musim panas lalu untuk membenarkan pendaftaran pemain baharu termasuk Eric Garcia, Memphis Depay dan Sergio Aguero.

SPORT mendakwa Barcelona perlu menjual pemain yang sedia ada sebelum boleh membuat sebarang pembelian baharu.

Laporan itu juga mendakwa ketua jurulatih Xavi akan bertemu dengan presiden kelab, Joan Laporta pada hari Selasa untuk membincangkan rancangan perpindahan untuk jendela musim panas.

Walaupun berdepan dengan krisis kewangan, Xavi masih mempunyai selera tajam dalam misi mengembalikan semula kegemilangan Barcelona.

Xavi dilaporkan telah meminta lapan pemain termasuk pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta dan Marcos Alonso, yang kedua-duanya mempunyai baki setahun dalam kontrak mereka di Stamford Bridge dan Christensen.

Xavi juga berminat untuk menandatangani Robert Lewandowski, yang mempunyai baki setahun kontrak bersama Bayern Munich dan telah mengesahkan keinginannya untuk meninggalkan gergasi Jerman itu.

Ketua jurulatih Barcelona itu juga dikatakan mahukan pemain sayap Leeds United, Raphinha, pemain tengah Wolves, Ruben Neves dan pemain pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly sebagai tambahan kepada Kessie.

Xavi dikatakan sudah memberitahu beberapa pemain Barcelona bahawa mereka tidak berada dalam rancangannya untuk musim depan, termasuklah Umtiti, Neto, Oscar Mingueza, Clement Lenglet, Riqui Puig dan Martin Braithwaite.

Adama Traore dan Luuk de Jong yang merupakan pemain pinjaman juga telah dimaklumkan bahawa mereka tidak diperlukan dan bersedia untuk kembali ke kelab asal masing-masing iaitu Wolves dan Sevilla.

Ousmane Dembele yang kembali berbisa sejak januari juga telah tamat kontrak dan bila-bila masa boleh meninggalkan Nou Camp, walaupun Xavi berminat untuk Dembele kekal bersama.

Sementara itu, Barcelona bersedia mempertimbangkan tawaran yang sesuai dan menarik untuk Frenkie de Jong, Memphis Depay dan Serginho Dest dilepaskan.

Manchester United telah dikaitkan dengan perpindahan musim panas untuk De Jong di mana pengurus baharu, Erik ten Hag dilaporkan berminat untuk bersatu semula dengan bekas pemain tengah Ajax itu.

Xavi bertindak awal untuk mendapatkan pemain yang berkualiti dan memenuhi kriteria yang dimahukan namun terlupa dengan situasi Barcelona yang tidak berduit.

Agak gelojoh tindakan Xavi ini yang memungkin kelab yang berminat dengan pemain Barcelona akan menangguk di air yang keruh dan cuba mendapatkan pemain dengan harga serendah mungkin.

Solusi kepada masalah ini Barcelona perlu menjual pemain atau melepaskan mereka secara percuma jika Xavi tetap berkeras mahukan lapan pemain seperti didakwa.

BACA:  Pemain Crystal Palace Terima Ugutan Bunuh Selepas Berjaya Perbodohkan Darwin Nunez