Daley Blind bengang dengan pundit yang membuat spekulasi berkait kesihatan Christian Eriksen dengan menganggap bintang Denmark itu tidak akan kembali ke padang bola lagi.
Pemain midfield Inter Milan itu tumbang ketika aksi perlawanan pembukaan yang menemukan Denmark bertemu Finland dua minggu lalu.
Insiden tersebut telah mencetuskan kebimbangan di kalangan peminat yang bimbang melihat Eriksen tumbang seterusnya di beri rawatan segera di atas padang.
Daley Blind slams pundits suggesting Christian Eriksen won’t be able to play again https://t.co/2qiXFae3V6
— NigerianNewsHeadlines.com 🇨🇦 (@nnheadlines) June 20, 2021
Selepas menerima rawatan di atas padang, Christian Eriksen terus dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Selepas menerima rawatan, Eriksen dibenarkan keluar dari hospital pada petang jumaat lalu dengan beliau dibantu oleh cardioverter-defibrillator (ICD) selepas dinasihatkan oleh beberapa orang pakar jantung.
Situasi ketika insiden itu berlaku pada Eriksen jelas mencemaskan semua pihak dan menyebabkan para pemain agak trauma untuk bermain.
Namun Blind merupakan yang paling terkesan dengan insiden tersebut dengan beliau jelas tidak boleh beri tumpuan ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Netherlands sehari selepas insiden tersebut berlaku.
Pemain berusia 31 tahun itu pernah beraksi bersama Eriksen ketika karier mereka di Ajax sebelum ini dan beliau sendiri turut mempunyai masalah yang melibatkan jantung.
Pada tahun 2019 sahaja, Blind pernah pengsan sebanyak dua kali dan turut menerima rawatan dari pakar kerana masalah yang sama.
Pada Disember 2019, Blind didiagnos mengalami radang jantung selepas mengalami gejala pening kepala ketika beraksi bertemu Valencia dalam saingan Champions League.
Ex-Red Blind opens up about Eriksen incident https://t.co/VJx6pqNNTF
— Lee MUFC (@RooKnee56) June 21, 2021
Selepas dari itu, beliau kembali beraksi dan ketika berbaki 10 minit sahaja lagi dalam aksi pra musim bertemu Hertha Berlin, Blind sekali lagi tumbang dengan tidak ada sesiapa di sisinya ketika itu.
Selepas beliau tumbang, petugas kesihatan dengan segera memberikan rawatan padanya sambil kesemua rakan sepasukannya yang lain perhatikannya penuh kebimbangan.
Seminggu selepas itu, beliau kembali menjalani sesi latihan penuh dan telah mempamerkan aksi persembahan yang mantap bersama Ajax dalam saingan Eredivisie.
Ekoran dari persembahan mantapnya, Blind telah dipanggil untuk sertai skuad 26 pemain Belanda pilihan Frank de Boer untuk aksi saingan Euro 2020.
There have been fears Christian Eriksen may never play football again after he suffered a cardiac arrest while in action for Denmark.
But Daley Blind is confident Eriksen's career is not finished. #tukonewshttps://t.co/tSky8uc4jx
— Tuko.co.ke (@Tuko_co_ke) June 20, 2021
Bekas pemain midfield Manchester United itu turun dalam aksi perlawanan yang sangat menghiburkan antara Netherlands bertemu Ukraine.
Walaupun berjaya membantu Belanda memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-2, Blind mendedahkan yang beliau merasakan seolah dirinya tidak bermain selepas melihat insiden yang berlaku pada Christian Eriksen.
Blind yang dilihat sangat beremosi ketika keluar meninggalkan pada kerana ditukarkan pada minit ke-64 permainan, telah cuba ditenangkan oleh pengurus pasukan, De Boer.
Beliau telah mendedahkan tentang bagaimana impak insiden yang berlaku pada Eriksen itu terhadapnya sebelum turun beraksi bertemu Ukraine.
Daley Blind lifts lid on Christian Eriksen heartache after leaving pitch in tearshttps://t.co/rELbJA56Uj pic.twitter.com/NJzcz5wkQL
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 14, 2021
“Semalam ia memberi impak yang sungguh besar pada saya.”
Jelas Blind pada media Belanda, NOS.
“Selain dari kerana saya kenal Christian dengan sangat rapat sebagai sahabat, saya tahu situasi dia sangat teruk. Sudah tentu, saya sendiri pernah merasakan beberapa hal yang hampir sama seperti itu, jadi dek kerana itu saya perlu lawan pemikiran yang ada untuk terus bermain.”
“Saya mengalami banyak masalah kerana itu, tapi saya bangga yang saya mampu lakukannya. Dan kemudian semua perasaan itu timbul buat seketika.”
“Saya sejujurnya tidak fikirkan tentang hal itu. Tapi situasi dan insiden itu banyak beri kesan pada saya dan saya tak boleh tidur nyenyak kerana itu. Saya benar-benar perlu kuat untuk tidak memikirkan semua itu.”
Daley Blind is an incredible footballer. A Warrior of men. I can watch him for days.
Simple but effective player 🇳🇱💪🏽 pic.twitter.com/STJu6J4kWU
— Isiah Madrigal (@Realisiah1) June 13, 2021
Sama seperti Eriksen, Blind turut memerlukan bantuan cardioverter-defibrillator dan ia membenarkan beliau untuk terus bermain untuk kelab dan negaranya.
Walaupun ramai yang merasakan Eriksen tidak mungkin boleh bermain lagi, namun bekas bintang Manchester United itu tetap percaya sahabatnya itu akan mampu untuk teruskan kariernya.
“Gambaran yang berlaku di Copenhagen, dengan Eriksen terbaring di atas padang, ia beri kesan mendalam terhadap saya.”
“Gambaran itu betul-betul saya faham dan dapat rasa. Ia benar-benar beri kesan pada saya, sebab itulah saya rasa sungguh beremosi.”
Seems, Eriksen will have a heart-starting device fitted
The good news is Daley Blind was able to play after having this device fitted!https://t.co/a6L2yVkTDr
— Anmol Shrivastava (@MoleShrivastava) June 21, 2021
“Ketika ia berlaku pada saya, seluruh dunia kata pada saya yang karier bola sepak saya sudah berakhir, mereka kata saya sudah tidak boleh bermain lagi.”
“Tengok saya dekat mana sekarang. Sebab itulah saya nak kata pada semua orang, ‘Jangan Ganggu Eriksen!”
“Saya terpaksa berdepan dengan halangan mental yang besar sebelum saya mampu untuk bermain ketika aksi perlawanan pembukaan peringkat kumpulan.”
“Semua emosi tu saya rasa. Saya bangga dengan diri saya sebab saya mampu untuk bermain dalam tempoh yang lama dalam perlawanan itu. Saya berjaya, tapi ia sukar.”
“Tidak ada alasan tentang mengapa saya tak boleh untuk bermain di peringkat tertinggi lagi. Satu hal yang penting adalah kamu perlu kosongkan fikiran kamu.”
💯Here’s the immediate on-field exchange that transpired b/w the doctor & @ChrisEriksen8, after his collapse pic.twitter.com/LDfTehUJbP
— Anmol Shrivastava (@MoleShrivastava) June 21, 2021
“Saya tak takut. Saya cuma sangat gembira kerana saya dibenarkan untuk jadi sebahagian dari skuad ini sekali lagi dan dapat kembali beraksi bersama mereka.”
“Ketika doktor beritahu kamu yang kamu OK untuk kembali bermain, kamu sebenarnya hanya rasakan tekanan dan keterujaan untuk kembali bermain, bukan tertekan kerana takut.”
Sanjay Sharma, professor dalam bidang sukan dan cardiology di St George University, London, baru-baru ini menyatakan yang harus ada protokol yang lebih ketat untuk melindungi Eriksen dari kembali beraksi.
Sebelum ini turut didedahkan yang ayat pertama keluar dari mulut Eriksen selepas beliau sedar adalah:
“Ya, saya kembali bersama kamu… Syukur lah, saya baru 29 tahun.”
Jelas beliau selepas Dr Jens Kleinefeld bertanya semua soalan penting padanya.
Blind Offers Encouraging Eriksen Verdict, Suggests He May Play Football Again https://t.co/ExNIfqsBai
— Independent Nigeria (@IndependentNGR) June 20, 2021
“Lebih kurang 30 saat selepas itu, pemain itu membuka mata dan saya boleh bercakap dengannya terus.”
Jelas Kleinefeld kepada Fox Sports.
“Ia merupakan detik yang paling menggembirakan untuk saya, kerana dalam situasi perubatan seperti itu yang saya lalui setiap hari, peluang untuk mereka selamat itu sangat tipis.”
Euro 2020: Daley Blind insists Christian Eriksen can still play football again https://t.co/OO51R1SxHG
— TODAY (@todayng) June 20, 2021
Doktor tersebut menegaskan yang beliau gembira melihat perkembangan Eriksen selepas insiden tersebut, dan beliau turut tidak menolak bintang Denmark itu masih boleh bermain semula, namun harus ada protokol yang lebih tegas.
Peminat Terkesan Melihat Blind Menangis Ketika Meninggalkan Padang