Pemain tengah baharu Manchester United, Bruno Fernandes terus menerus menunjukkan aksi yang sungguh padu bak kata orang-orang tua ‘Masterclass’ ketika Manchester United menewaskan Watford.
Selepas 40 minit permainan, Bruno Fernandes telah dijatuhkan oleh penjaga gol Watford, Ben Foster dan dihadiahkan sepakan penalti.
Pada minit ke-42, Bruno Fernandes telah meletakkan Manchester United di depan selepas tenang menyempurnakan penalti.
Jaringan pertama bekas pemain Sporting Lisbon itu untuk Setan Merah.
"The way he took the penalty was fantastic."
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 23, 2020
“Cara Bruno Fernandes ambil sepakan penalti sangat hebat.” Pujian dilemparkan Ole Gunnar Solskjaer kepada Bruno Fernandes.
Apa yang menarik dengan sepakan penalti Bruno Fernandes ini adalah teknik sepakannya yang kelihatan aneh dan unik serta berisiko tinggi.
Bruno Fernandes bergerak perlahan ke arah bola kemudian melakukan lompatan sambil mengacah dan pabila mendarat terus dilakukan sepakan.
Ben Foster telah melakukan agakan yang sangat bertentangan dengan arah sepakan Fernandes.
Teknik sepakan penalti yang dilakukan oleh Burno Fernandes itu menunjukkan keyakinan diri yang tinggi ada pada dirinya.
“Biasanya aku akan terus merembat tapi kadang kala aku akan menukar cara.”
“Hari ini aku rasa yakin untuk membuat sepakan seperti itu dan jaringan itu adalah boek.”
Itulah pengakuan Bruno Fernandes tentang sepakan penalti yang dilakukan beliau.
Sepakan yang dilakukan Fernandes sangat mirip dengan apa yang pernah dilakukan pemain tengah Chelsea, Jorginho.
Sepakan Penalti Hop Jorginho
Jorginho merupakan pemain kelahiran Brazil telah menyertai Chelsea dari Napoli dengan yuran perpindahan bernilai £57 juta je telah bermula dari kesebelasan utama.
Walaupun lahir di Brazil, Jorginho telah berpindah ke Itali seawal usia remaja untuk mengembangkan karier bola sepaknya seperti yang ada pada hari ini.
Jorginho menjaringkan sepakan penalti dengan aksi yang aneh lagi unik, di mana beliau berhenti seketika dan menghentak kaki ke tanah mengacah penjaga gol sebelum menolak masuk bola.
Penalti Jorginho menentang Perth Glory.
A slightly strange penalty from Jorginho… but it gets the job done! 🎯 pic.twitter.com/NjGhyz8xCW
— Goal (@goal) July 29, 2018
Gerakan Hop Jorginho menentang Huddersfield musim lalu.
I’ve only just seen the Jorginho penalty and I am now calling the police for disorderly behaviour pic.twitter.com/wbpfZOfdNN
— Elliot Hackney (@ElliotHackney) August 11, 2018
Menurut Axello Riise perlakuan unik dan aneh untuk menyepak penalti ini dipanggil gerakan ‘hop’.
Ada yang tidak mampu menahan nafsu melihat sepakan penalti Jorginho.
That Jorginho penalty. pic.twitter.com/6l9IpS4YyL
— Uchiha Senilore (@Quickiepaedia) August 11, 2018
Jorginho telah menyertai Napoli pada tahun 2014 dan tidak lama selepas itu mengumumkan niatnya untuk menyarung jersi kebangsaan Itali sebagai pilihan hati.
Bekas pemain tengah Napoli ini telah menolak tawaran untuk bersama Manchester City bagi kembali bersatu bersama Sarri di Stamford Bridge.
Kini Sarri tinggal kenangan dan Jorginho hanya mampu mengenang Sarri di Kota London.