Manchester City Tawar Napoli £44 Juta Untuk Jorginho

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis memberitahu kepada media yang beliau telah menolak tawaran berjumlah  £44 juta dari Manchester City untuk dapatkan Jorginho.

De Laurentiis berkata demikian ketika ditemu bual Corriere dello Sport kelmarin dan mendakwa City menawarkan duit  muka berjumlah £40 juta dan selebihnya akan dibayar melalui bonus.

44 juta tidak cukup untuk lembutkan hati pemilik Napoli

Beberapa sumber dari Itali termaasuk Sky Sports News melaporkan Manchester City semakin hampir untuk memuktamadkan perjanjian untuk mendapatkan pemain tengah berusia 26 tahun tersebut, tetapi masih lagi belum mempersetujui yuran perpindahan.

“Saya menolak tawaran bernilai €45 juta beserta €5 juta bonus dari Manchester City untuk dapatkan Jorginho.” Ujar De Laurentiis.

Jorginho masih mempunyai baki 2 tahun dalam kontraknya bersama Napoli dan sebelum ini, ejen beliau Jaoa Santos pernah berkata clientnya akan berpindah ke Liga Perdana Inggeris musim panas ini sekiranya kelab berminat bersetuju dengan harga yang diminta Napoli. Selain City, Chelsea juga dilaporkan manaruh minat ke atas pemain antarabangsa Itali ini.

Jorginho memilih untuk bermain dengan Itali walaupun dilahirkan di Brazil

Walaupun lahir di Brazil, Jorginho berpindah ke Itali seawal usia remaja untuk mengembangkan karier bolasepaknya. Beliau menyertai Napoli pada tahun 2014 dan tidak lama selepas itu mengumumkan niatnya untuk menyarung jersi kebangsaan Itali. Setakat ini, Jorginho telah mengumpul 6 penampilan bersama skuad Azzurri.

Presiden Napoli, De Laurentiis dilaporkan sedang mencari pemain baru bagi memperkuatkan bahagian tengah pasukan tersebut memandangkan kapten mereka, Marek Hamsik berkemungkinan besar akan berpindah ke China.

Kelab Liga Super China, Shandon Luneng berminat untuk membawa Hamsik ke China dan bersedia untuk menawarkan kontrak lumayan kepada pemain antarabangsa Slovakia tersebut yang kini sudah berusia 30 tahun.

Guardiola perlu mengeluarkan dana lebih besar untuk dapatkan Jorginho

Napoli baru sahaja melantik bekas jurulatih Bayern Munich dan Chelsea, Carlo Ancelotti sebagai pengurus baru mereka menggantikan tempat Maurizio Sarri yang dijangka berpindah ke Chelsea musim panas nanti.

“Ancelotti mahu mengekalkan sekurang-kurangnya 80% dari skuad yang sedia ada kerana beliau berasa pasukan ini sudah cukup cemerlang.”

“Sasaran kami sekarang adalah untuk membawa masuk penjaga gol baru, seorang full-back, seorang pemain sayap dan seorang pemain tengah.”

“Sekiranya Hamsik berniat untuk pergi ke China, kami tidak akan menghalang beliau. Tetapi apa yang menjadi persoalan sekarang berapakah harga yang ingin mereka bayar untuk dapatkan Hamsik ?”

Hamsik dikhabarkan akan berpindah ke China tetapi ketibaan Ancelotti mungkin akan mengubah keputusannya

Sebelum ini, Hamsik memberi bayangan beliau akan berhijrah ke China tetapi akan menimbang kembali keputusan tersebut selepas Napoli melantik Ancelotti sebagai pengurus yang baru.

“Impian saya masih lagi untuk memenangi Scudetto bersama Napoli dan saya tidak akan berganjak dari pendirian tersebut.”

“Kami gagal untuk menghalang Juventus dari memenangi Scudetto musim lepas. Tetapi dengan ketibaan Ancelotti, kami semakin kuat. Beliau seorang jurulatih yang hebat dan merupakan penambahan yang sangat baik kepada kelab ini. Ketibaan Ancelotti mungkin akan memberi kesan terhadap keputusan saya untuk terus kekal atau tidak.”

BACA:  VIDEO: Gol Roket Enciso Lawan Man City Terbangkan Brighton Ke Eropah