Bruno Fernandes menyatakan keyakinannya bahawa Manchester United akan menamatkan saingan musim ini dengan 1 trofi. Dengan situasi sekarang Bruno Fernandes menganggap Liga Perdana Inggeris bukan dalam sasaran mereka lagi. Kerana sudah terlalu jauh.
Namun Bruno yakin bahawa United akan menggenggam salah satu daripada UCL atau Piala FA ataupun kedua duanya sekali pada akhir musim ini. Sejak menyertai Manchester United, jejaka yang sangat hebat di atas padang itu tidak pernah merasai lagi nikmat menjulang piala.
Fernandes mengingatkan bahawa, sebagai pemain Manchester United, beliau sentiasa mahu memenangi piala dan mengisi semula kabinet trofi.
“Saya nak menang piala dengan kelab ini. Itu sentiasa dalam kepala otak saya sehingga hari terakhir saya di kelab ini. Saya tak tahu bila ia akan berlaku, tetapi, selagi saya berada di sini, saya sentiasa percaya bahawa saya akan memenangi trofi dengan kelab ini.”
Bruno Fernandes: "I want to win trophies with the club. That will always be in my mind until the last day I am at the club. I don’t know when that will be but, until then, I will believe that I can win trophies with this club." #mulive [mu]
— utdreport (@utdreport) January 21, 2022
Bruno Fernandes berkata Manchester United berhak menamatkan penantian trofi mereka selama lima tahun tanpa sebarang piala – dan menganggap mereka boleh memenangi Liga Juara-Juara dan Piala FA musim ini.
Trofi terakhir yang dimenangi United ialah Liga Europa pada 2017, di bawah kendalian bekas bos Jose Mourinho, yang menyaksikan mereka layak ke Liga Juara-Juara selepas menduduki tempat keenam dalam liga tahun itu.
Sebelum itu United turut pernah merasai kejuaraan Piala Pasar Payang. Namun Bruno Fernandes ketika itu masih belum bermain untuk mereka lagi.
Manchester United juara futsal Pasar Payang. Power! pic.twitter.com/d4Ijjz9FeT
— Saya Mat Bola (@SayaMatBola) February 24, 2014
Fernandes tahu kejuaraan Liga Perdana Inggeris tidak dapat dicapai, dengan Manchester City begitu jauh di hadapan di puncak, dengan United kini bergelut dalam pertempuran untuk memastikan tempat terakhir Liga Juara-Juara Eropah.
Tetapi Fernandes percaya United, walaupun bergelut musim ini, mempunyai kualiti dan pengalaman yang mencukupi untuk berpotensi mara ke final Piala FA dan Liga Juara-Juara – seterusnya menjadi juara.
Fernandes, yang meraikan dua tahun di United pada bulan ini, menganggap skuad Ralf Rangnick, yang berjaya naik ke tangga keempat dengan kemenangan ke atas West Ham sebagai memiliki segala yang diperlukan untuk menjulang trofi.
“Sudah tentu, dalam liga ia terlalu jauh sekarang [dah tak mampu nak kejar],” kata Fernandes.
Bruno Fernandes sets Man Utd trophy targets after admitting Premier League failure | @DiscoMirrorhttps://t.co/NIckPl5GyH pic.twitter.com/HuZY8uBqwo
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 24, 2022
“Kami perlu realistik dan kami perlu berjuang untuk empat teratas dan berada dalam Liga Juara-Juara musim depan.”
“Tetapi, pada masa yang sama, berjuang untuk Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA. Saya tidak peduli apa yang orang fikir atau katakan tentang kami, sama ada boleh atau tak memenangi Liga Juara-Juara atau Piala FA.
“Saya fikir kami mempunyai peluang untuk memenangi trofi trofi ini, kerana kami ada kualiti untuk memenangi piala piala ini, dan yang paling penting, kami berada dalam pertandingan tersebut. Selagi lagi kami belum tersingkir, kami harus percaya kami boleh memenangi pertandingan tersebut.
“Cita-cita saya masih sama. Saya mahu memenangi trofi bersama kelab. Itu sentiasa dalam kepala otak saya sehingga hari terakhir saya di kelab ini. Saya tak tahu bila ia akan berlaku, tetapi, selagi saya berada di sini, saya sentiasa percaya bahawa saya akan memenangi trofi dengan kelab ini, kerana saya fikir kami boleh melakukannya.”
“Saya rasa kelab berhak mendapatnya, peminat berhak mendapatkanya dan juga pemain – kami layak memenangi trofi.”
“Apa pun, kami perlu melakukannya langkah demi langkah dan faham kami mempunyai kualiti itu.
“Kami juga perlu memahami cara melakukannya, bagaimana untuk menggabungkan segala-galanya – kualiti, ketelitian dan segala-galanya.”
Fernandes menyertai United dari Sporting Lisbon dengan yuran permulaan £47 juta, meningkat kepada potensi £67 juta. Dia berkata, hari paling teruk dalam kariernya di United adalah ketika tewas dalam perlawanan akhir Liga Europa musim lalu.
United dan Villarreal seri 1-1 di Gdansk, dengan pasukan Sepanyol itu menjulang trofi selepas menewaskan penentuan penalti epik 11-10, kekalahan yang masih menghantui pemain sensasi Portugal itu.
Nak ajak Villarreal repeat
Bruno Fernandes kemudian menyatakan dia masih tak puas hati kalah dengan Villarreal. Dan harap dapat repeat balik jumpa mereka.
Fernandes berkata: “Mungkin perlawanan akhir Liga Europa, itu yang paling sukar diterima sehingga sekarang, kerana saya merasakan pasukan yang lebih baik kalah pada hari itu,” kata Fernandes yang memuji pasukannya lebih baik.
“Jelas sekali tahniah kepada Villarreal. Mereka bermain permainan yang sangat bagus dan pasukan yang menang sentiasa yang terbaik, itu yang anda boleh katakan.”
“Tetapi tidak, jelas sekali, itu yang saya ingin ulangi. Saya pasti jika kami bermain sekali lagi, kami akan menang.”
Dalam perlawanan tersebut, Bruno Fernandes agak tidak berguna seperti hari hari yang lain di mana dia selalu bermain luar biasa.
Bruno Fernandes v Villarreal:
4/11 duels won
0 shots on target
1 shot off target
1 shot blocked
0 successful dribbles
lost possession 17 times
dribbled past 4 timesDisastrous.#UELfinal Wrap Show | https://t.co/JVqJSCrwaj#OptusSport pic.twitter.com/jEljzTLn4p
— Optus Sport (@OptusSport) May 27, 2021