Cancelo Melakukan Double Nutmeg Yang Memukau Peminat Seluruh Dunia

Joao Cancelo berjaya mempamerkan skill yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan beliau melakukan double nutmeg ketika aksi bertemu Azerbaijan awal pagi tadi.

Skill yang beliau lakukan sangat sempurna dan membuatkan para peminat seolah-olah menonton aksi dari permainan video.

Pemain pertahanan, false-full-back/midfield Manchester City itu mencuri perhatian ramai selepas beliau melakukan aksi double nutmeg pada aksi babak pertama perlawanan kelayakan Piala Dunia bertemu Azerbaijan.

Cancelo berjaya mengaibkan dua pemain Azerbaijan dengan mempamerkan skill yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau ketika itu diasak di atas garisan tepi padang, dengan Cancelo melakukan skill menarik untuk melorongkan bola melepasi celahan kang-kang Ozobic yang sedang mengasaknya.

Tidak cukup mengaibkan Ozobic, beliau kemudiannya berjaya mengawal semula bola dan menemui seorang lagi mangsa yang ada di hadapannya.

Nutmeg kedua yang beliau lakukan dilihat lebih kemas dan sempurna dengan Cancelo melakukan flick dari satu kaki ke kaki yang lain, dan berjaya melorongkan bola melepasi celahan kang-kang Khalilzade.

Ia seolah pameran skill dalam permainan video FIFA dengan Cancelo berjaya melakukan skill sempurna untuk menutmeg dua pemain Azerbaijan sekali gus.

Bukan hanya berjaya menutmeg pemain lawan dengan skill yang sempurna, Cancelo bahkan berjaya melorongkan bola tepat menemui rakan sepasukannya, Bernardo Silva untuk memulakan serangan dari sebelah kanan.

Beliau melakukan skill yang mengagumkan itu hanya selepas lima minit permainan berlangsung dan menjadikan perlawanan ini semakin menarik untuk ditonton.

Portugal turun beraksi tanpa bintang utama mereka, Cristiano Ronaldo yang digantung kerana dilayangkan kad kuning ketika meraikan gol kemenangan menewaskan Republic Ireland sebelum ini.

Portugal akhirnya berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-26 permainan hasil jaringan volley yang sungguh menakjubkan dari Bernardo Silva.

Minit ke-31 permainan, giliran Andre Silva pula menjaringkan gol seterusnya membantu Portugal mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.

Gol tersebut merupakan gol ke-10 beliau dari 13 aksi kelayakan Piala Dunia dan gol ke-18 beliau dari 45 penampilan bersama skuad kebangsaan Portugal.

Diogo Jota kemudiannya melengkapkan kemenangan 3-0 Portugal menewaskan Azerbaijan selepas beliau meledak gol pada minit ke-75 permainan.

Wisel penamat dibunyikan dengan Portugal terus mencatat kemenangan dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Tanpa Ronaldo, Joao Cancelo berjaya membuktikan yang beliau juga mampu beraksi cemerlang dan membantu Portugal untuk mencatatkan kemenangan.

Selain berjaya melakukan skill yang menakjubkan, Cancelo juga turut mencatatkan statistik yang sangat cemerlang dalam perlawanan ini.

Beliau berjaya mencatatkan satu assists, 2 key passes, 1 percubaan merbahaya, 122 sentuhan, 86.5% ketepatan hantaran, 2 clearance, 4 tackles, memenangi 12 perebutan bola dan turut cemerlang melakukan enam gelecekan sempurna.

Cancelo cemerlang melakukan double nutmeg

Jadi tidak hairanlah kalau beliau dianggap sebagai pemain terbaik dalam perlawanan selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Man City Tidak Bersyukur Dan Juga Penipu - Joao Cancelo