Casemiro Bukanlah Pembelian Bijak Manchester United, Mahal Nak Mampos! – Neville

Gary Neville mengakui bahawa perpindahan Casemiro dari kelab juara, Real Madrid kepada kelab juara, Manchester United membawa impak yang besar, namun dengan tanda harga bernilai  £70 juta, ia bukanlah satu langkah yang bijak buat Manchester United.

Pemain kebangsaan Brazil tersebut melengkapkan saga perpindahan  bernilai  £70 juta dari Real Madrid ke Manchester United pada musim panas yang lepas, menjadikan beliau pemain ke -enam paling termahal dalam sejarah penubuhan kelab tersebut sejak azali.

Pada permulaan beliau di kelab baharu, sentiasa membawa kebahagiaan dan senyuman di bibir penyokong lawan terutamanya penyokong dari kelab seteru utama, Liverpool kerana beliau dilihat bergelut untuk mengekalkan prestasi di atas padang. Betul la, bukan senang nak bermain untuk kelab juara ni, pemain bintang pun tergapai-gapai mencari arah.

Nanun kegembiraan penyokong lawan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Casemiro menjadi nadi penting dalam skuad kendalian Ten Hag. Kehadiran beliau di bahagian tengah Manchester menjadikan posisi tengah pasukan tersebut cukup kental dan kebal. Disamping memberikan persembahan yang ampuh di bahagian tengah, beliau juga aktif mendaftarkan nama di dalam senarai penjaring pasukan, termsuklah sumbangan satu gol dalam perlawanan akhir piala agung semesta alam, Piala Carabao semasa menentang Newcastle United.

Lagenda Manchester United, Gary Neville mengakui pemain berusia 31 tahun tersebut telah bawa impak yang besar kepada pasukan yang berpengkalan di Manchester tersebut, tetapi tanda harga yang dibayar untuk mendapatkan tanda tangan beliau dilihat agak keterlaluan. Gary Neville merasa sangsi dengan pelaburan kelab tersebut, beliau lebih gembira sekiranya kelab lama beliau, Manchester United melaburkan wang untuk mendapatkan bakat muda yang berbakat seperti Lisandro Martinez dan Antony. Menurut beliau, pemain yang berusia muda lebih berbaloi untuk dilaburkan wang yang besar kerana potensi dan masa depan yang lebih cerah.

“Saya merasakan Ten Hag tidak akan melakukan sebarang pembelian besar buat masa sekarang. Jika pemilik baru mengambil alih kelab, mereka pasti akan berbelanja untuk menunjukkan impak, mereka mahukan rekod perpindahan. Namun saya merasakan yang keadaan itu tidak kena dengan pengurus semasa,” ujar Gary Neville ketika mengulas tentang perancangan pembelian Manchester United.

“Saya rasa beliau mahukan pemain yang lebih muda, yang bersemangat serta mempunyai potensi untuk digilap berbanding pemain yang sudah menghampiri usia persaraan bagi sukan bola sepak. Casemiro dilihat tidak mempunyai kriteria tersebut, namun jika dilihat kepada Lisandro Martinez dan Antony, mereka mempunyai masa depan yang cerah, mereka adalah jenis pemain yang anda mahukan dalam pasukan anda. Tetapi Casemiro – yang berharga £70 juta dengan tambahan £20 juta setahun kontrak, selama lima tahun kontrak adalah berjumlah £170 juta. Ini adalah jumlah yang besar, jumlah ini bukanlah satu pelaburan yang bijak jika anda lihat dari sudut pandang yang lebih besar. Tetapi beliau memberikan impak untuk jangka masa pendek dan itu adalah apa yang Manchester United perlukan buat masa sekarang, beliau menakjubkan kelab dengan cara tersendiri.”

Manchester United juga dikaitkan dengan gosip perpindahan hangat penyerang Totenham Hotspurs, Harry Kane dan walaupun umum sedia maklum bahawa Gary Neville adalah peminat pemain berusia 29-tahun tersebut, namun mesej sama dibawa oleh Gary Neville sama seperti Casemiro. “Saya pernah berkerja bersama beliau, anda sendiri saksikan beliau. Beliau mampu menjaringkan 30 gol satu musim, beliau akan dapat sumbangkan 10-15 bantuan gol, dan itu adalah fakta,” tambah lagenda Manchester United lagi. ” Beliau seorang yang professional, suasana bilik persalinan akan meriah dengan kehadiran beliau, beliau akan boleh berikan aksi 100% dengan segera. Tetapi jika nilai yang perlu dibayar adalah £150 juta untuk mendapatkan pemain berusia 30-an, itu adalah langkah untuk jangka masa pendek.”

“Jadi saya merasakan Harry Kane adalah pemain yang boleh berikan anda piala, kerana peranan beliau yang menyeluruh menghubungkan antara tengah dan penyerang pasukan, beliau boleh menjaringkan gol, peminat akan sukakan beliau, pemain akan sukakan beliau dan saya melihat segalanya akan bertambah sempurna dengn kehadiran beliau. Tetapi, bila mana anda melihat dari sudut jangka masa panjang, ia tidak akan begitu sempurna. Beliau ada sekurangya maksimum 5 tahun sahaja dalam karier kompetitif, yang mana saya rasakan tidak berbaloi untuk dilaburkan wang untuk mendapatkan beliau.”

Jika dilihat dari pendapat yang diutarakan oleh Gary Neville ini terdapat asas yang kukuh, kerana pelan batu asas untuk jangka masa panjang adalah aspek yang lebih penting berbanding kejayaan segera tapi tak mampu mendominasi era kegemilangan bola sepak pada masa hadapan.

Namun sanggup ke peminat Manchester United menunggu untuk tempoh masa yang lama untuk dapatkan kembali dominasi takhta bola sepak? Atau peminat lebih gemarkan kejayaan segera? Piala Carling pun tak ada la, janji boleh angkat piala, boleh main bunga api.

BACA:  Old Trafford Tak Sesuai, Legenda Anfield Gesa Liverpool Segera Pikat Southgate