Bruno Fermandes Meminta Man Utd Menandatangani Rakan Senegaranya

Bruno Fernandes berharap Manchester United akan menandatangani salah seorang rakan sepasukannya dari skuad kebangsaan Portugal, pada jendela perpindahan musim panas ini.

Selain pengharapan dari Fernandes, Manchester United sendiri turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain yang dimaksudkan oleh bintang Portugal itu.

United ketika ini sedang melengkapkan urusan perpindahan melibatkan Jadon Sancho dengan para peminat sudah tidak sabar untuk menunggu pengumuman rasmi tentang penandatanganan bintang Borussia Dortmund itu.

Jadon Sancho baru sahaja selesai menjalani ujian kesihatan dan kecergasan bersama kelab pada minggu lalu dan setan merah kini hanya menunggu masa sesuai sahaja untuk mengumumkan penandatanganan beliau.

Gergasi premier league itu juga dilaporkan akan menandatangani Raphael Varane dari Real Madrid dalam masa terdekat ini, dengan pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu sudah memberitahu pihak kelab tentang hasratnya untuk ke Old Trafford.

Walau bagaimanapun, Ole Gunnar Solskjaer tidak sekadar berhenti di situ sahaja, dengan beliau dilaporkan sedang berusaha untuk membawa masuk seorang lagi pemain midfield pada musim panas ini.

Pemain midfield Wolves, Ruben Neves merupakan salah satu nama yang telah disebutkan oleh penulis, Dean Jones yang bercakap kepada The Football Terrace, United sememangnya berhasrat untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain paling berprestasi United sejak 18 bulan lalu, yang mana sejak beliau ditandatangani oleh kelab adalah Bruno Fernandes dan Jones menambah lagi bahawa bintang Portugal itu akan memainkan peranan penting dalam usaha setan merah untuk mendapatkan rakan senegaranya.

β€œBruno Fernandes secara jelasnya sangat berminat untuk mengajak Neves untuk datang dan sertai United dan saya rasa pihak kelab juga sedar tentang hal tersebut.”

Kedua-dua mereka pernah beraksi bersama untuk skuad kebangsaan Portugal dan kedua-dua mereka juga terlibat dalam skuad Euro Portugal dalam saingan Euro 2020 baru-baru ini.

Neves berkemungkinan boleh membantu Solskjaer dengan transisi beliau untuk bermain lebih ke peranan menyerang dalam sistem 4-3-3, dengan berperanan lebih ke dalam untuk bantu hidangkan bola kepada Fernandes dan Paul Pogba.

Pengurus United sebelum ini kerap menggunakan sistem double pivot dengan memainkan Scott McTominay dan Fred untuk melindungi barisan pertahanan.

Namun dengan penambahan Varane, ia mungkin akan membantu Ole untuk mengubah sistemnya dengan beliau ketika ini turut berminat untuk menandatangani seorang lagi pemain defensive midfielder yang berkualiti.

Neves turut hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Arsenal sebelum ini, dengan Jones mendakwa bahawa skuad kendalian Mikel Arteta itu masih berminat dsn berusaha untuk mendapatkan khidmat pemain midfield Wolves itu.

United ketika ini sedang dalam usaha untuk melengkapkan dua perpindahan berprofil tinggi mereka dan sedang turut berusaha untuk mendapatkan Kieran Trippier dari Atletico Madrid.

Oleh dengan itu, pemain di posisi midfield bukanlah keutamaan untuk diselesaikan dalam masa terdekat ini.

MU tak nak Arsenal nak, haa fikir, fikir nak ke tak nak?

The Gunners sementara itu sedang melengkapkan perpindahan pemain centre-back Brighton, Ben White selepas mereka berjaya selesaikan penandatanganan pemain midfield, Albert Sambi Lokonga dari Anderlecht.

Jika setan merah gagal untuk menandatangani pemain berusia 24 tahun itu, mereka berkemungkinan akan meneruskan usaha mereka untuk mengejar Eduardo Camavinga.

Mereka hangat dikaitkan dengan bakal menandatangani pemain midfield Rennes itu, bahkan Camavinga turut boleh dijadikan sebagai calon pengganti Paul Pogba yang sedang dikaitkan bakal menyertai Paris Saint Germain.

Jika United berjaya mendapatkan pemain midfield dan Trippier bersama Sancho dan Varane, mereka sepertinya akan menjadi calon pencabar kejuaraan liga pada musim hadapan.

Ole Gunnar Solskjaer telah dihidangkan dengan bahan mentah yang berkualiti, tinggal beliau perlu bijak mencipta resipi menarik untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

Sumber: SB

BACA:Β  Man Utd Bayar Mourinho RM24 Juta Supaya Tidak Terima Tawaran Lain