Bimbang United Mungkin Akan Tercicir Lebih Jauh, Ronaldo Mungkin Akan Tinggalkan Old Trafford

Cristiano Ronaldo dilaporkan berhasrat mahu meninggalkan Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini atas beberapa faktor yang beliau bimbangkan.

Memandangkan Ronaldo mahu mengakhiri kariernya dengan memenangi Piala, maka beliau sepertinya mungkin akan memilih untuk meninggalkan Old Trafford.

Ronaldo dilaporkan langsung tidak gembira melihat situasi kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut sumber laporan Manuel Sainz dari AS, Cristiano Ronaldo berhasrat mahu meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini kerana melihat kelab tidak aktif dalam pasaran pemain.

Maneul Sainz sendir sebenarnya merupakan wartawan paling dipercayai jika menulis isu berkait legenda Portugal itu.

Cristiano Ronaldo menyertai Manchester United buat kali kedua sepanjang kariernya pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Beliau pada musim panas lalu sebenarnya hampir sahaja menyertai Manchester City, namun Man Utd segera berunding dengannya dan membawanya ke Old Trafford.

Cristiano Ronaldo dianggap pelengkap yang akan menyempurnakan skuad pada ketika itu selepas Ole Gunnar Solskjaer berjaya mendapatkan pemain sayap berbakat, Jadon Sancho dan pemain pertahanan berkelas dunia, Raphael Varane.

Kehadiran Cristiano Ronaldo jelas sekali menggembirakan para penyokong Man Utd kerana bintang Portugal itu sememangnya dikenali sebagai legenda terhebat sepanjang zaman kelab.

Cristiano Ronaldo jelas sekali berjaya memberikan impak seperti yang diharapkan walau United sendiri sedang dalam keadaan yang sangat huru-hara.

Beliau sentiasa menjaringkan gol penting untuk Man Utd dan Ronaldo juga merupakan wira setan merah dalam saingan Champions League.

Boleh dikatakan hanya Ronaldo dan De Gea sahajalah dua pemain yang menunjukkan prestasi terbaik mereka pada musim lalu dari kesemua pemain dalam kem United.

Manchester United mengakhiri saingan Premier League pada musim lalu di kedudukan keenam dengan mereka turut mengutip kutipan mata paling rendah dalam sejarah.

Musim ini, United telah melantik Erik Ten Hag sebagai pengurus baharu kelab dalam usaha mereka mahu menaikkan semula kelab menjadi gergasi dalam saingan Premier League.

Ten Hag dilaporkan akan diberi kepercayaan penuh untuk membawa masuk pemain baru pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pengurus dari Belanda itu juga dikatakan bakal melakukan rombakan besar-besaran dalam usahanya mahu memperbaiki skuad sedia ada.

Erik Ten Hag sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Frenkie de Jong dari Barcelona pada jendela perpindahan musim panas ini.

Walau bagaimanapun, bidaan pertama Man United untuk mendapatkan De Jong telah ditolak oleh Barcelona kerana nilai yang ditawarkan sangat rendah.

Manchester United dilaporkan bakal menghantar bidaan kedua untuk mendapatkan Frenkie de Jong dalam masa terdekat ini.

United sehingga kini masih gagal untuk mendapatkan mana-mana pemain dan hal itulah yang membuatkan Cristiano Ronaldo sangat terkesan.

Tambahan pula, melihat pasukan seteru sakan berbelanja pada musim panas ini sepertinya menambah lagi tekanan kepada Cristiano Ronaldo.

Beliau jelas sekali bimbang yang United akan semakin jauh tercicir dibelakang seteru mereka seperti Manchester City dan Liverpool kerana dua pasukan gergasi Premier League itu ketika ini sedang sakan memborong pemain.

Bukan hanya Liverpool dan Man City, Arsenal juga turut berjaya menandatangani beberapa pemain sebagai persiapan untuk menghadapi musim baru nanti.

Man Utd sementara itu masih membuang masa menunggu De Jong dan tidak memulakan usaha mereka untuk mengejar pemain lain.

Seandainya Man Utd tidak melengkapkan sebarang penandatanganan pada musim panas ini, mereka sepertinya bakal berdepan masalah besar untuk menghadapi musim baru nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Gol Super Power Mason Greenwood