Cavani Meminta Bukan-Bukan Untuk Ke Manchester United

Pada jendela perpindahan musim sejuk yang sudah berakhir beberapa hari lalu, Edison Cavani telah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Manchester United berminat untuk mendapatkan pemain penyerang Paris Saint-Germain itu bagi menggantikan Marcus Rashford yang mengalami kecederaan.

Namun perjanjian antara Setan Merah dan Edison Cavani itu tidak berhasil kerana permintaan yang agak diva dan bernafsu besar daripada Cavani.

Akhirnya Manchester United telah meminjam Odion Ighalo daripada Shanghai Shenhua ketika jendela perpindahan januari hampir tamat.

Penyerang berusia 30 tahun itu akan besama Manchester United untuk baki kempen di Premier League, UEFA Europa League dan Emirates FA Cup.

Ighalo memulakan karier profesional di Nigeria bersama kelab Prime dan Julius Berger sebelum bersama Lyn di Norway pada 2007.

Setahun kemudian Ighalo menyertai Udinese kemudian bersama Cesena dan Watford di Premier League.

Pada 2017, Ighalo menyertai kelab China Changchun Yatai dan menyertai Shanghai Shenua pada 2019.

Menurut laporan, Edison Cavani telah meminta gaji setinggi gunung iaitu £360,000 seminggu untuk membolehkan beliau ke Manchester United.

Pemain penyerang yang berusia 32 tahun itu telah menyatakan mahu meninggalkan PSG dan Atletico Madrid menjadi destinasi yang disebut-sebut.

Namun selain Ateltico, Chelsea dan Manchester United juga dikaitkan dengan Cavani, namun kedua-dau kelab Inggeris itu menolak kerana permintaan yang melampau.

Selain gaji £360,000 seminggu, Cavani juga meminta kontrak selama 2 tahun setengah yang jarang ditawarkan kepada main yang berusia 32 tahun.

Menurut wartawan The Times bukan Gadisku Dalam Koma tetapi, Paul Hirst, jika perjanjian dimeterai maka United terpaksa berbelanja sebanyak £65 juta.

“Permintaan United. Pakej keseluruhan(yuran dan gaji) akan menyebabkan kos sebanyak £65 juta lebih.”

Selain itu, PSG juga mahukan yuran perpindahan sebanyak €20 juta jika Manchester United mahu ke Old Trafford.

“Beliau mahunkan kontrak 2.5 tahun dengan nilai gaji £360,000 seminggu dan PSG mahukan yuran €20 juta.”

Cavani yang kini merupakan pemegang rekod jaringan kelab telah kehilang tempat buat pertama kali bersama PSG sejak kehadiran Mauro Icardi.

Pemain penyerang Argentina itu telah dipinjam daripada Inter Milan.

Bagaimanapun hajat Cavani untuk keluar tidak tercapai dan PSG juga sudah mengesahkan bahawa Cavani akan terus kekal di kota Paris.

Dengan umur 32 tahun mungkin Cavani mampu memperoleh kontrak selama 2 tahun lebih tetapi sukar untuk mendapat gaji £360,000 seminggu.

BACA:  Tidak Gembira Dan Rindu Kampung Punca Bintang Man Utd Ini Mahu Tinggalkan Kelab