Tidak Gembira Dan Rindu Kampung Punca Bintang Man Utd Ini Mahu Tinggalkan Kelab

Penyerang utama Manchester United, Edinson Cavani sepertinya sudah hampir pasti bakal meninggalkan Old Trafford tidak lama lagi.

Corinthians berkemungkinan bakal menjadi destinasi pilihan Cavani selepas ini, seandainya beliau benar-benar meninggalkan kelab dalam masa terdekat ini.

Kontrak Cavani bersama Manchester United akan tamat pada musim panas 2022, dan beliau sudah hangat dikaitkan bakal meninggalkan Old Trafford pada Januari ini.

Beliau sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Barcelona namun perpindahan itu sepertinya tidak mungkin akan berlaku memandangkan Ferran Torres sudah dalam perjalanan ke Nou Camp.

Sport Witness mendedahkan yang ejen Cavani, Andre Cury ada mengeluarkan kenyataan kepada wartawan, Jorge Nicola bahawa pemainnya itu berjaya menarik minat beberapa kelab berprofil tinggi sejak kebelakangan ini.

Beliau percaya yang akan ada kesempatan untuk pemain kebangsaan Uruguay itu untuk kembali ke Amerika Selatan dan bakal menandatangani kontrak bersama gergasi dari Brazil.

“Dia tak gembira bersama United. Dia merupakan pemain yang saya sudah tahu serba sedikit tentang sejarah dia kerana kami sudah hampir bawa dia ke Palmeiras sebelum ini.”

Jelas Cury kepada Torcedores.

“Dia merupakan individu yang ada ladang sendiri di Uruguay dan dia suka berada dekat dengan rumah dia, jadi oleh kerana itu maka ada kebarangkalian.”

“Sekarang, jelas sekali jika dia terima tawaran dari Barcelona, dia tidak akan pergi ke Brazil. Jika dia tiada pilihan lain selain Barcelona atau kelab-kelab besar yang membolehkan dia bermain dalam saingan Champions League, maka saya fikir akan ada potensi rundingan dia ke Brazil akan berlaku.”

Pemain berusia 34 tahun itu telah dibelenggu dengan beberapa siri kecederaan sepanjang musim ini, dan beliau hanya mampu membuat lapan penampilan sahaja dari semua pertandingan.

Beliau juga hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja ketika aksi kemenangan 3-0 Manchester United menewaskan Tottenham Hotspur pada Oktober lalu.

Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa ‘El Matador’ bakal meninggalkan Manchester United pada penghujung musim lalu, namun beliau akhirnya bersetuju untuk tandatangani lanjutan kontrak selama satu tahun lagi.

Beliau sememangnya sudah menyatakan persetujuan beliau untuk sertai Barcelona pada jendela perpindahan Januari ini, namun rundingan itu sepertinya tidak menjadi kenyataan.

Seperti yang dikatakan oleh ejen beliau sendiri, atas dasar tidak gembira dan rindukan kampung, Cavani berkemungkinan akan melengkapkan perpindahannya menyertai Corinthians pada januari ini.

United berkemungkinan akan kembali beraksi pada 27 Disember nanti untuk beraksi bertemu Newcastle United di St James Park.

Mereka selepas itu akan turun beraksi bertemu Burnley di Old Trafford dan kedua-dua perlawanan ini hanya akan berlaku seandainya kesemua pasukan tidak ada masalah dilanda wabak pandemik.

Dua perlawanan United sebelum ini bertemu Brentford dan Brighton terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu kerana kelab dilanda penularan wabak pandemik.

Manchester United sejak dikendalikan oleh pengurus interim, Ralf Rangnick mereka masih belum mencatatkan kekalahan dan turut menunjukkan perubahan dari segala segi di atas padang.

Corak permainan yang berbeza, taktikal berbeza, pendekatan berbeza, peranan pemain berbeza, kualiti berbeza namun masih menggunakan pemain yang sama digunakan oleh Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini.

Malang sekali ketika peminat sedang teruja untuk menikmati aksi hebat dari skuad setan merah, pandemik pula melanda kelab dan menyebabkan aksi mereka ditangguhkan.

Semoga saja pertemuan bertemu Newcastle nanti tidak akan ada gangguan dan perlawanan tersebut akan mampu untuk diteruskan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ejen Christian Eriksen Gembira Pemainnya Dikaitkan Dengan Manchester United