Chanting terbaru dari penyokong Manchester United untuk Erik ten Hag dianggap antara yang paling teruk dalam sejarah dunia bola sepak.
Langsung tak kreatif dan dengan hanya mendengarkan chanting itu sahaja, ia sudah cukup untuk menggambarkan situasi di Old Trafford pada ketika ini.
Ralf Rangnick akan turun memimpin anak-anak buahnya untuk aksi terakhir mereka dalam saingan Premier League musim ini bertemu Crystal Palace.
Fellas are already chanting Ten Hag https://t.co/QtjtKxjxy1
— Asante (@Amu_J) May 6, 2022
Mereka wajib menang dalam perlawanan tersebut bagi menjamin tempat untuk layak ke saingan Europa League.
Seandainya Man Utd tewas dan West Ham United berjaya mencatatkan kemenangan, maka skuad setan merah itu tidak akan beraksi di pentas saingan Europa League musim hadapan.
Ten Hag dilantik sebagai pengurus kelab pada Disember tahun lalu selepas pihak kelab memecat legenda kelab, Ole Gunnar Solskjaer pada November lalu.
Beliau diberikan kontrak selama enam bulan sebagai pengurus interim dan kemudiannya akan menyambung tugas sebagai penasihat kelab selama dua tahun.
Beliau di bawa masuk untuk memperbaiki skuad setan merah yang agak huru-hara ketika dikendalikan oleh Ole Gunnar Solskjaer sebelum itu.
@ManUtd fans chanting ten hag
one hag, two hag, three,four five hag, six,seven hag ,eight nine hag, ten hag.. @DaLostBrazilian https://t.co/YBAPU9Gf2R— akola arthur alaali (@akolaarthurali) May 6, 2022
Walau bagaimanapun, Ralf Rangnick sepertinya gagal untuk melakukan hal tersebut dengan skuad setan merah masih lagi dalam keadaan huru-hara di bawah kendalian beliau.
Ketika Manchester United mengumumkan nama Erik ten Hag sebagai pengurus baru kelab bermula pada musim panas ini, para penyokong setan merah jelas sekali sangat terhibur.
Mereka merasakan seolah-olah gelaran Premier League dan Champions League sudah berada dalam genggaman ketika mendengar berita tersebut.
Mereka bahkan tidak putus-putus memberikan pujian menggunung kepada pengurus dari Belanda itu, walau beliau masih lagi sedang mengendalikan Ajax.
Lebih menyedihkan lagi, laman rasmi Man Utd turut mengucapkan selamat maju jaya dan bergembira atas kejayaan Ten Hag membantu skuad Ajax menjuarai saingan Eredivisie musim ini.
Ya, kelab sendiri sedang huru-hara, sibuk pula meraikan kejayaan pasukan lain. Memang satu hal yang sangat memalukan.
Namun memang itulah situasi yang berlaku pada ketika ini, dengan penyokong setan merah terlebih teruja meraikan kedatangan Ten Hag ke bumi Old Trafford.
Ten Hag live reaction to the 'one Hag.. two Hag..' chant by Manchester United fans. pic.twitter.com/P3TxBvhnmr
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) May 16, 2022
Mereka bahkan turut sudah menyediakan chanting khas untuk pengurus dari Belanda itu, namun malangnya lirik dalam canting itu teruk dikeji peminat.
Tidak pasti siapa yang mencipta lirik dalam chanting tersebut, kerana hasilnya tersangatlah teruk dan mendukacitakan.
Penulis lirik lagu Omar dan Hana bertiang lagi hebat dalam menghasilkan lirik berkualiti berbanding individu yang mencipta chanting untuk Ten Hag itu.
“One Hag, Two Hag, Three Hag, Four Hag, Five Hag, Six Hag, Seven Hag, Eight Hag, Nine Hag, Ten Hag, Ten Hag. (Ulang sampai bang Jamil M)”
Nampak? Ni nak bersorak ke nak belajar mengira? Tak malu ke pada dunia nak chanting lagu ni nanti?
Ia dianggap antara chanting paling teruk dalam sejarah dunia bola sepak, dengan penyokong pasukan seteru masih ketawa terbahak-bahak sehingga hari ini kerana terhibur dengan lirik dalam chanting tersebut.
Bahkan ada peminat yang menganggap chanting itu lebih kelakar dari Manchester United secara keseluruhannya sepanjang musim ini.
Sebelum ini, para penyokong Manchester United menghina dan mengeji lirik dalam chanting terbaru penyokong Liverpool untuk Jurgen Klopp.
Erik ten Hag was shown the new chant United fans have created for him, and he really was lost for words… 😅 https://t.co/rs3FMyKbyZ
— SPORTbible (@sportbible) May 17, 2022
Mereka menganggap lirik dalam chanting tersebut tersangatlah teruk dan mengecewakan.
Tidak dinafikan yang chanting tersebut memang teruk, tapi jika hendak dibandingkan dengan chanting untuk Ten Hag ini, ia jelas bagai langit dengan bumi.
Lagu tersebut berkisarkan tentang kejayaan Jurgen Klopp mengotakan janjinya untuk membantu Liverpool memenangi gelaran Premier League.
“Jurgen said to me, you know. We’ll win the Premier League, you know. He said so! I’m in love with him and I feel fine.
“I’m so glad that Jurgen is a Red! I’m so glad he delivered what he said.”
And they make fun of MLS chants? 😂😂😂😂 https://t.co/Iv5vahP8GG
— HasBeenSports (@HasBeenSports) April 13, 2022
Begitulah lirik pada chanting lagu terbaru tentang Jurgen Klopp itu.
Jadi bandingkan lah dengan chanting untuk Ten Hag dan berikan penilaian masing-masing di ruangan komen.