Gergasi Bundesliga Mahu Sailang Ten Hag Dari Man Utd

Manchester United dilaporkan bakal berdepan cabaran dari gergasi Bundesliga dalam usaha mereka untuk mendapatkan khidmat Erik Ten Hag.

Kelab dari liga bola sepak Jerman itu dilaporkan telah menawarkan tawaran yang sungguh luar biasa lumayan kepada Ten Hag untuk mendapatkan khidmatnya.

Ten Hag dan Mauricio Pochettino merupakan dua calon kegemaran untuk dilantik menjadi pengurus di Old Trafford, namun Man Utd dikatakan lebih memilih pengurus Ajax itu untuk memimpin kelab.

Pengurus Ajax itu dikatakan sudah bersetuju untuk menerima tawaran dari setan merah, dan hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk diumumkan secara rasmi.

Walau bagaimanapun, tidak ada kata sepakat lagi yang berjaya dicapai oleh kedua-dua belah pihak dan hal itu menyebabkan Ten Hag masih berpotensi untuk tidak ke Old Trafford.

Ajax sendiri baru-baru turut mengharamkan media Inggeris dari menyertai sesi sidang media bersama pengurus kelab itu dek kerana mereka tak mahu ada soalan-soalan berkait Man Utd yang diajukan.

Namun begitu, sepertinya kini Ajax mungkin perlu mengharamkan media dari Jerman juga untuk sertai sesi sidang media kerana Ten Hag turut sudah mendapat tawaran dari salah sebuah kelab gergasi dalam saingan Bundesliga.

Menurut laporan dari De Telegraaf dan AD, RB Leipzig sudah mengemukakan tawaran yang sungguh lumayan kepada bekas pengurus Bayern Munich II itu untuk menyertai mereka.

Laporan sama turut mendakwa yang RB Leipzig kelab yang pernah dikendalikan oleh Ralf Rangnick sendiri itu sanggup membayar €2 juta kepada Ajax untuk mendapatkan khidmat Ten Hag.

Manchester United sendiri turut sudah bersetuju untuk membayar nilai yang sama kepada Ajax untuk mendapatkan khidmat Ten Hag.

Setan merah lebih memilih Ten Hag berbanding Pochettino juga kerana nilai yang mereka perlu bayar untuk mendapatkan pengurus PSG itu terlalu tinggi.

Walau bagaimanapun, mereka kini berdepan cabaran untuk mendapatkan tandatangan Ten Hag dengan RB Leipzig turut sanggup mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan khidmat pengurus Ajax itu.

Domenico Tedesco mengambil alih RB Leipzig pada November lalu dengan kelab ketika itu berada di pertengahan liga.

RB Leipzig pada ketika ini berada di kedudukan keempat dalam carta saingan Bundesliga dan sepertinya tiada masalah untuk mereka layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Dek kerana terlalu kerap ditanya tentang Manchester United, pihak kelab baru-baru ini memutuskan untuk mengharamkan media Inggeris dari sertai sesi sidang media bersama Ten Hag.

Ajax haramkan media Inggeris sertai sidang media Ten Hag

Wartawan Sky Sports News, Gary Cotterill melaporkan bahawa:

“Dengan Ten Hag sedang mempersiapkan skuadnya untuk bertemu Sparta Rotterdam, pihak media di sana juga sedang sibuk menolak permohonan dari media Inggeris yang mahu menghadiri sesi sidang media itu. Tidak ada radio, akhbar, tidak ada Sky Sports News.”

“Mereka tak mahu dia ditanya oleh media Inggeris tentang Manchester United. Bahasa Inggeris dia pun belum cukup bagus.”

“Ajax menegaskan yang mereka mahu dia beri tumpuan untuk memenangi satu lagi gelaran Eredivisie. Mereka sedang bersaing untuk hal itu dengan mereka kini hanya empat mata sahaja mendahului PSV dengan berbaki enam perlawanan sebelum tamat musim ini.”

“Agak membimbangkan untuk melihat dia tak mahu terlibat dengan sidang media bahasa Inggeris esok kerana mungkin dia tak mahu menjawab soalan susah.”

“Tapi andai dia mahu menjadi pengurus Manchester United, maka dia perlu biasakan diri untuk jawab soalan mengelirukan berkali-kali, kadang kala tiga ke empat kali seminggu.”

“Ia adalah satu hal yang perlu penyokong Manchester United risaukan pada ketika ini.”

Setan merah sementara itu baru sahaja dikejutkan dengan kekalahan bertemu Everton di Goodison Park.

Dengan Ralf Rangnick sendiri turut tidak mahu bercakap tentang Erik Ten Hag ketika beliau ditanya hal sama dalam sesi sidang media sebelum perlawanan hari ini.

“Sidang media ini adalah untuk perlawanan esok dan saya tak berhasrat mahu bercakap tentang kebarangkalian pengurus baru di sini.”

Jelas Ralf Rangnick ketika sesi sidang media sebelum perlawanan bertemu Everton kemarin.

Sumber: SPORTbible

BACA:  'Saya Bukan Harry Potter' - Erik Ten Hag