Chris Smalling Dan Isterinya Mendakwa Mereka Melihat UFO Di Jamaica

Chris Smalling bersama isterinya mendakwa mereka telah melihat UFO di Jamaica pada petang Ahad baru-baru ini.

Dalam satu muat naik di Instagram, isteri kepada pertahanan AS Roma itu telah memberi jaminan kepada para pengikutnya yang beliau masih normal dan tidak berada di bawa pengaruh apa-apa.

Walau berada di Jamaica, beliau menegaskan yang dirinya tidak dipengaruhi oleh mushrooms atau apa saja yang berkaitan melainkan sekadar menikmati percutian bersama keluarga.

Isteri Smalling cuba menggambarkan yang mereka melihat objek terbang rendah di sekitar mereka dan selepas sejam lebih berada di situ, objek tersebut dengan segera terbang kembali ke awan.

Sam yang merupakan model terkenal dari Manchester, kemudiannya menjelaskan tentang bagaimana senyap dan tersembunyinya UFO yang mereka lihat itu.

“Terlalu kecil untuk dapat dirakam ketika dia masih berada di atas langit, bahkan Chris boleh nampak dia berputar-putar dengan lampu berkelip di sekitarnya.”

Beliau kemudian mendakwa lagi yang mereka sebenarnya dengan mudah bolah dapat menangkap gambar objek yang begitu besar melintasi mereka, namun kedua-dua mereka terlalu terkejut dan sama sekali tidak menjangkakan ia akan berlaku.

Berikut merupa bagaimana isteri Smalling bercerita tentang penemuan UFO itu menerusi IG stories miliknya.

Dua jam kemudian, Sam sekali lagi memuat naik status di Instagram miliknya untuk memastikan kesemua para pengikutnya yakin yang ia bukan drone tetapi memang UFO.

Beliau menulis,

“Ia sangat besar dan sangat canggih dengan lampu samar-samar di sekelilingnya. Bentuknya juga tidak begitu cantik, tak sama seperti drone. Gila! Saya tahu, dia juga bukan kapal terbang atau apa-apa seperti itu. Ia sangat senyap. Bahkan drone sendiri bising.”

“Saya juga tak dapat apa-apa untuk berkongsi semua ini. Hanya mungkin kebanyakkan pengikut saya akan kata saya gila.”

Dalam insiden yang hampir sama, mendiang Diego Maradona pernah sekali mendakwa yang beliau telah diculik oleh aliens dari UFO.

Bercakap kepada siaran sukan Argentina, TyC Sports pada tahun 2019, mendiang Diego Maradona telah ditanya adakah beliau percaya dengan UFO.

“Kenapa perlu mereka cerita? Sekali, selepas saya minum agak banyak, saya hilang dari rumah selama tiga hari.”

Jelas beliau.

“Saya pulang ke rumah dan kata UFO ambil saya. Saya kata, ‘mereka ambil saya, saya tak boleh beritahu kamu tentang itu.”

BACA:  Benarlah Analisis Pakcik Ini Pada 2019, Smalling Lagi Padu Dari Maguire Dan Bissaka Hauk