Benarlah Analisis Pakcik Ini Pada 2019, Smalling Lagi Padu Dari Maguire Dan Bissaka Hauk

Seorang Pakcik yang merupakan peminat Manchester United telah melontarkan analisisnya pada tahun 2019 dengan menyatakan Chris Smalling lebih dari Harry Maguire dan Aaron Wan Bissaka itu hauk.

Pada ketika itu, pandangan dan analisis Pakcik yang bernama Rick ini dilihat hanya untuk mencetuskan kontroversi dan dicemuh ramai namun kini semuanya adalah tepat dan benar sekali.

Harry Maguire menyertai Manchester United dari Leicester City dengan nilai perpindahan £80 juta pada 5 Ogos 2019, yang kekal sebagai bayaran rekod untuk seorang bek tengah.

Chris Smalling masih lagi menjadi salah seorang pemain pertahanan Manchester United ketika itu dan ketibaan Maguire menandakan berakhirnya kariernya di Old Trafford.

Kemudian Smalling telah menyertai Roma secara pinjaman selama semusim kira-kira 25 hari selepas ketibaan Harry Maguire di Old Trafford.

Bersama Roma, Smalling mempamerkan aksi kental dan menjadi tonggak pasukan sehingga mendapat jolokan ‘Smalldini’ dan mengesahkan perpindahan tetap ke Itali setahun kemudian.

Pemain berusia 32 tahun itu menghabiskan lebih sedekad kariernya di Manchester United dan memenangi dua gelaran Liga Perdana, Piala FA, Piala Carabao dan Liga Europa.

Semasa zamannya di Manchester United, Chris Smalling bukanlah seorang figura yang popular dikalangan peminat Manchester United dan hanyalah pemain biasa-biasa saja tinggalan Sir Alex Ferguson.

Namun bagi Pakcik bernama Rick ini nampak akan potensi yang ada pada Chris Smalling yang baginya lebih baik dan hebat berbanding Harry Maguire.

Rick telah bercakap kepada saluran Youtube, The United Stand selepas Manchester United menewaskan Rochdale di Piala Carabao dan Rick telah meluahkan apa yang terbuku.

Pada ketika itu Rick sangat yakin dengan pendapatnya dan menyatakan kerana itulah di mahu The United Stand merakam perbualannya sebagai bukti kepada satu kebenaran.

Rick berkata:

“Percayalah, Chris Smalling telah pergi ke Roma. Apa yang kita dapat? Hanya £2 juta selepas bertahun-tahun?”

“Chris Smalling lebih baik berbanding Harry Maguire. Aku beritahu ini satu fakta.”

Kerana yakin dengan analisisnya, Rick meminta salinan rakaman ini dari The United Stand untuk dijadikan bukti kata-katanya adalah benar.

“Dengar sini, aku harap aku dapat satu salinan rakaman ini kerana aku mahu datang kembali.”

“Chris Smalling bermain kira-kira 340 perlawanan untuk Man Utd di bawah Fergie, dia mendapat dua pingat kejuaraan (Premier League).”

“Dia adalah starter automatik di bawah [Louis] van Gaal. Jika anda rasa saya tidak menyukainya, pergi dan berdebat dengan van Gaal!”

Rick kemudiannya meneruskan hujahnya bahawa Manchester United tidak teruk di bawah Louis Van Gaal dan rekod pertahanan adalah terbaik di liga.

Selepas diberitahu Manchester United ‘tahi’ di bawah van Gaal, Rick dengan pantas membalas:

“Pertahanan tidak tahi. Pada musim pertama van Gaal, kami mempunyai rekod pertahanan terbaik dalam liga. wang yang dibelanjakan, ia tidak bertambah baik.

“Sesiapa yang masuk seterusnya [selepas Ole Gunnar Solskjaer], inilah sebabnya saya mahu rakaman ini, [Aaron] Wan-Bissaka akan digugurkan dan Harry Maguire akan digugurkan. Saya beritahu anda!”

Ternyata amat benar apa yang dikatakan Rick pada tahun 2019. Di tahun 2022 semuanya jelas terbukti, Manchester United membayar Aaron Wan Bissaka 50 juta dan Harry Maguire 80 juta.

Namun seperti apa yang dikatakan Rick kesemua wang yang dibelanjakan itu tidak membuatkan pertahanan Setan Merah bertambah baik malah lagi parah berbanding zaman Chris Smalling.

Pada ketika itu dapat dilihat dengan jelas wajah-wajah mereka yang tidak percaya dan memperlekehkan dengan apa yang diutarakan oleh Rick.

Aaron Wan Bissaka yang bukan baka pemain pertahanan moden juga telah digugurkan dan masih ada di Manchester United adalah kerana tidak laku apabila mahu dijual.

Harry Maguire telah menjadi jenaka dunia bola sepak walaupun memegang lilitan ketua pasukan dengan rentetan kesilapan berprofil tinggi dan aksi tidak masuk akal.

Chris Smalling pula menikmati minit permainan di Roma apatah lagi selepas kembali bergabung dengan Jose Mourinho di mana mereka telah membantu Roma memenangi trofi major Eropah pertama.

Roma telah menjadi juara Europa Conference League bagi edisi pertama dan musim ini beraksi di Europa League.

BACA:  3 Bintang Man United Yang Tak Gembira Dengan Kehadiran Ronaldo Di Bumi Old Trafford