City Menggantung Mendy Selepas Beliau Ditangkap Oleh Pihak Polis

Manchester City telah mengesahkan yang pemain pertahanan mereka, Benjamin Mendy telah digantung oleh pihak kelab, kerana beliau kini sedang dalam siasatan pihak Polis.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi kelab, Manchester City telah menyatakan bahawa:

“Manchester City boleh mengesahkan yang selepas beliau disiasat oleh pihak Polis pada hari ini, Benjamin Mendy telah digantung sehingga siasatan selesai.”

“Hal ini kerana ia melibatkan proses rasmi dan oleh yang demikian, pihak kelab tidak boleh mengeluarkan kenyataan lanjut sehingga siasatan selesai.”

Pihak berkuasa Cheshire turut telah mengesahkan yang Mendy bakal berdepan dengan pertuduhan empat kes rogol dan satu kes gangguan seksual terhadap tiga laporan dari gadis di bawah usia 16 tahun dari Oktober 2020 hingga Ogos 2021.

Pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan:

“The Crown Prosecution Service (CPS) telah memberi kuasa sepenuhnya kepada pihak Polis Cheshire untuk menyiasat dan menuduh seorang lelaki berhubung kes gangguan seksual.”

“Benjamin Mendy yang kini berusia 27 tahun telah dituduh dengan empat pertuduhan merogol, dan satu pertuduhan melakukan gangguan seksual.”

“Pertuduhan tersebut berkait dengan tiga aduan dari gadis berusia bawah 16 tahun dan kejadian tersebut berlaku di antara Oktober 2020 hingga Ogos 2021.”

“Mendy kini ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan dan beliau dijangka akan tiba di Mahkamah Chester Magistrates pada Jumaat, 27 Ogos nanti.”

“Balai Polis Cheshire dan Crown Prosecution Service mahu mengingatkan semua orang yang pertuduhan terhadap Mendy sedang berlangsung, dan beliau mempunyai hak untuk mendapat penilaian yang adil.”

“Ia teramat sangat penting supaya tiada laporan, ulasan atau perkongsian apa-apa maklumat di media sosial yang berkemungkinan akan mengganggu proses siasatan.”

Oleh dengan itu, Mendy tidak akan kembali bersama skuad Manchester City, sehingga beliau benar-benar dinyatakan tidak bersalah oleh mahkamah.

Andai beliau didapati bersalah, dan bakal dikenakan hukuman penjara, Mendy berkemungkinan akan dilepaskan terus oleh Manchester City.

The Citizens mungkin tidak begitu terkesan dengan ketiadaan Mendy, dengan pemain kebangsaan Perancis itu sudah sememangnya jarang digunakan sejak kebelakangan ini.

Ketika aksi bertemu Spurs pada perlawanan pembukaan liga sebelum ini, Mendy telah diturunkan dalam kesebelasan utama skuad.

Sayangnya, aksi yang beliau pamerkan sepanjang perlawanan itu teramat sangat teruk, dan telah mengundang kecaman dari para peminat di media sosial.

Mendy sebelum itu turut berdepan dengan beberapa siri kecederaan yang menyebabkan beliau terpaksa diketepikan, dan ekoran dari masalah sama, persembahan beliau juga dilihat semakin merosot.

Manchester City memulakan saingan liga musim ini bertemu Tottenham Hotspur, dengan mereka dikejutkan dengan kekalahan 1-0 di tangan anak-anak buah Nuno Espirito Santo itu.

Mereka kemudiannya berjaya bangkit, seterusnya mencatatkan kemenangan 5-0 ketika membelasah Norwich dalam aksi perlawanan liga minggu lalu.

City selepas ini bakal berdepan dengan Arsenal, dengan mereka merupakan calon kegemaran yang dijangka akan berjaya untuk memenangi perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, rekod Arsenal ketika bertemu City dalam saingan liga tidak boleh dipandang rendah, dengan Mikel Arteta secara terang-terangan bertekad untuk mengejutkan anak-anak buah Pep Guardiola.

Arsenal memulakan kempen saingan liga musim ini dengan sangat teruk, selepas mereka mencatatkan dua kekalahan dari dua perlawanan awal dan ja merupakan rekod permulaan yang paling teruk dalam sejarah penubuhan kelab.

Selepas Gunners berjaya mendapat skuad terbaik mereka, Arsenal berjaya membelasah West Brom, 6-0 dalam aksi saingan Carabao Cup awal pagi semalam.

Oleh dengan itu, Gunners dilaporkan berpotensi untuk memberi saingan pada Manchester City, dan setidak-tidaknya mencuri satu mata agar tidak terus menduduki kedudukan dasar liga.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pep Beri Bayangan Akan Mencari Pengganti Kepada Benjamin Mendy Yang Kerap Cedera