Antonio Conte tanpa berlengah telah mula melancarkan perang saraf ke atas pengurus baharu Manchester United, Erik Ten Hag, kurang 24 jam selepas diumumkan secara rasmi.
Geggengpressing terus dilakukan Antonio Conte walaupun Erik Ten Hag akan memulakan tugasnya pada bulan jun ini selepas tamatnya musim.
Antonio Conte telah memberi amaran kepada Erik Ten Hag akan tekanan yang bakal dihadapi yang pasti membuatkan Ten Hag tidak boleh melelapkan mata.
🔴 Erik. Ten. Hag. 🔴#MUFC || #WelcomeErik pic.twitter.com/x6YF75C0gB
— Manchester United (@ManUtd) April 21, 2022
Pengurus Tottenham Hotspur melabel Manchester United sebagai pasukan yang mempunyai musim yang aneh kerana mereka telah memperkuatkan pasukan selepas menamatkan liga ditangga kedua musim lalu.
Namun Setan Merah diawal musim diramal bakal menjadi pencabar atau sekurang-kurangnya menjulang satu piala kelihatan senak walaupun untuk mendapatkan slot ke Conference League.
Conference League ni level dia dibawah Champions League dan Europa League.
Antonio Conte has attempted to pile the pressure on Erik ten Hag already #mufc https://t.co/0FoOauW3Uy pic.twitter.com/YSrG4ELzHh
— Man United News (@ManUtdMEN) April 21, 2022
Serangan saraf dari Conte kepada Ten Hag dilakukan dalam sidang media menjelang perlawanan menentang Brentford dan pengendali dari Itali itu menjelaskan:
“Musim ini Manchester United telah melakukan penambahbaikan pasukan dengan membawa masuk Raphael Varane, Jadon Sancho dan Cristino Ronaldo.”
Kemudian seorang wartawan telah mencelah:
“Tapi mereka semakin teruk.”
Conte kemudian balas dan menyifatkan situasi itu sebagai pelik lagi aneh:
“Ia sangat pelik kerana musim lepas mereka menamatkan musim di tempat kedua dan mereka telah membuat penambahbaikkan skuad. Tapi lebih teruk dari musim lepas, ini bermakna ia tidak begitu mudah terutamanya di England.”
“Banyak pasukan perlu diberi perhatian kerana di England kau boleh tidur dan tamatkan musim di zon penyingkiran atau menamatkan musim di luar slot Eropah.
🗣 “It’s not so easy in England.”
Antonio Conte says Manchester United improved their squad with Varane, Sancho and Cristiano Ronaldo but they got worse. pic.twitter.com/hsvtLynL2P
— Football Daily (@footballdaily) April 21, 2022
Antonio Conte yang sebelum ini hampir saja menjadi pengganti Ole Gunnar Solskjaer menambah:
“Teramat pasti di England, jawatan selaku pengurus merupakan satu tugas teramat besar bagi setiap pengurus kerana persaingan sangat sengit”
“Bila kau di Manchester United tekanannya teramat tinggi. Kau wajib bersaing untuk menang piala. Namun tidak mudah kerana pasukan lain pun mempunyai idea yang sama.”
Bagi perebutan slot ke Champions League, Conte berkata:
“Dalam perebutan ini, pasukan yang melakukan kesilapan paling sedikit dari sekarang sehingga tamat musim berkemungkinan bakal dapat beraksi di Champions League musim hadapan.”
Erik Ten Hag Sah Jadi Pengurus Manchester United
Manchester United melalui laman sesawang rasminya telah mengumumkan bahawa Erik Ten Hag telah sah menjadi pengurus baharu mereka dalam misi membangunkan semula kelab.
Erik ten Hag telah diberikan kontrak selama tiga tahun yang bermula Jun 2022 sehingga jun 2025 dengan pilihan lanjutan kontrak untuk tahun mendatang.
Dalam kenyataan rasmi itu, Manchester United mengumumkan:
“Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Erik ten Hag sebagai Pengurus Pasukan Utama Lelaki, tertakluk kepada keperluan visa kerja, dari penghujung musim ini hingga Jun 2025, dengan pilihan untuk melanjutkan satu tahun lagi.”
🇳🇱👔
The new First-Team Manager of Manchester United: Erik ten Hag.#MUFC || #WelcomeErik
— Manchester United (@ManUtd) April 21, 2022
Pengarah bola sepak Setan Merah. John Murtough telah memuji Ten Hag yang telah diskodeng kehebatannya sejak beberapa musim lalu:
“Sepanjang empat tahun lalu di Ajax, Erik telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang jurulatih yang paling menarik dan berjaya di Eropah, terkenal dengan daya tarikan pasukannya, bola sepak menyerang dan komitmen kepada pemain remaja.”
“Dalam perbualan kami dengan Erik sebelum pelantikan ini, kami sangat kagum dengan visi jangka panjangnya untuk mengembalikan Manchester United ke tahap yang kami mahu saingi, pemacu dan keazamannya untuk mencapai itu.
“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Erik kerana dia memberi tumpuan untuk mencapai kejayaan akhir musim di Ajax dan tidak sabar untuk mengalu-alukannya ke Manchester United pada musim panas ini.”
🇳🇱 Made in the Netherlands. Ready for Manchester.
🔴 Erik ten Hag's next step is United.#MUFC || #WelcomeErik pic.twitter.com/SwsCwFja10
— Manchester United (@ManUtd) April 21, 2022
Erik Ten Hag juga telah menzahirkan rasa teruja dengan perlantikan ini yang mana bakal menguji tahap karier pengurusannya ke tahap lebih tinggi yang lebih banyak kepada politik:
“Adalah satu penghormatan untuk dilantik sebagai pengurus Manchester United dan saya amat teruja dengan cabaran yang akan datang. Saya tahu sejarah kelab hebat ini dan semangat peminat, dan saya benar-benar berazam untuk membangunkan pasukan yang mampu memberikan kejayaan yang sepatutnya.”
“Adalah sukar untuk meninggalkan Ajax selepas tahun-tahun yang luar biasa ini, dan saya boleh memberi jaminan kepada peminat kami tentang komitmen penuh saya dan fokus untuk membawa musim ini ke kesimpulan yang berjaya sebelum saya berpindah ke Manchester United.”
Coming soon.#MUFC || #WelcomeErik pic.twitter.com/GevKKGiNqi
— Manchester United (@ManUtd) April 21, 2022
Manchester United sebelum ini dikaitkan dengan beberapa pengurus lain selain Ten Hag. Antaranya Mauricio Pochettino. Namun kesepakatan gagal dicapai kerana Pochettino mahukan kontrak tetap pada Januari lalu dan bukan interim.
Selain Pochettino, nama pengurus Sepanyol, Luis Enrique juga dalam senarai. Namun pengurus itu membuat kenyataan terbuka menyatakan dia sangat bahagia dengan tugasannya di Sepanyol.
Seterusnya nama Antonio Conte juga sangat hampir dilantik United. Namun kedua dua pihak gagal mencapai kesepakatan dalam isu dana yang dimahukan Conte dalam projek pemulihan United kerana pemilik kelab mahukan United kembali memenangi piala major sekali lagi terutama sekali EPL dan UCL.
Kini Erik Ten Hag akan memulakan projek baik pulih setan merah bermula musim panas ini supaya menjadi manusia berguna.
Perjalanan Karier Erik Ten Hag Selaku Pemain
Erik Ten Hag merupakan bekas protege Pep Guardiola. Namanya mulai menjadi bualan sejak membantu membangkitkan semula Ajax sehingga kembali menjuarai Eredivisie sekali lagi dan membawa skuad muda Ajax mara ke separuh akhir UCL beberapa tahun lalu.
Ianya dianggap salah satu pasukan muda paling mengujakan di Eropah pada masa itu. Dengan adanya bakat seperti Mathijs De Ligt, Frenkie De Jong dan juga Donny Van De Beek yang kemudian berhijrah ke kelab lain.
Karier Erik Ten Hag sebagai pemain adalah di posisi bek tengah untuk FC Twente, De Graafschap, RKC Waalwijk dan FC Utrecht. Tiga kali Ten Hag berkhidmat dengan FC Twente (1989-90, 1992-94 dan 1996-00) dan memenangi Piala KNVB pada musim 2000–01.
Ten Hag juga memenangi Eerste Divisie bersama De Graafschap pada musim 1990–91, sepuluh tahun sebelum memenangi piala bersama FC Twente. Dia bersara daripada sebagai pemain pada tahun 2002 di usia 32 tahun semasa bermain untuk FC Twente selepas berakhirnya musim Eredivisie 2001–02.
Perjalanan Karier Pengurusan Erik Ten Hag
Pada 2012, Ten Hag telah dilantik sebagai pengurus Go Ahead Eagles di Eerste Divisie oleh Marc Overmars, yang merupakan pemegang saham kelab itu.
Dalam musim pertama dan satu-satunya musimnya di Go Ahead Eagles. Erik Ten Hag berjaya membimbimg Go Ahead Eagles mendapat promosi pertamanya dalam tempoh 17 tahun.
Ten Hag kemudian melatih melatih anak-anak gergasi Jerman, Bayern Munich II dari 6 Jun 2013 hingga 2015 apabila Ten Hag telah digantikan dengan Heiko Vogel.
Perlawanan terakhirnya sebagai ketua jurulatih Bayern Munich II ialah ketiak mengalami kekalahan 1–0 kepada Nürnberg II pada 22 Mei 2015.
Ten Hag kemudiannya menjadi Pengarah Sukan dan ketua jurulatih FC Utrecht pada musim panas 2015, di mana dia membawa kelab itu ke tempat kelima pada musim pertamanya.
#MUFC | Man United: Erik ten Hag has a good transfer market record with Ajax – Daily Mail https://t.co/d1WyujySuH
— #MUFC Telegram (@MUFC_Telegram) April 17, 2022
Pada musim 2016–17, Ten Hag terus mempamerkan prestasi terbaik dengan membawa FC Utrecht menamatkan musim ditangga keempat, menempah tempat dalam kelayakan Liga Europa.
Dengan rekod pengurusan yang agak memberansangkan, Erik ten Hag menarik perhatian banyak kelab yang bukan gergasi.
Pada 21 Disember 2017, beliau dilantik sebagai ketua jurulatih AFC Ajax selepas kelab itu memecat Marcel Keizer dan disinilah hasil kerjayanya membuka mata kelab gergasi.
Pada 2019, beliau membawa pasukan Ajax mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA 2018–19 buat kali pertama sejak 1997 dengan menang menentang juara bertahan Real Madrid 4–1 di Stadium Santiago Bernabéu pada peringkat pusingan 16.
Ajax’s top scorers in the Eredivisie this season:
🇨🇮 Sébastien Haller 20⚽️ 7🅰️
🇷🇸 Dusan Tadic 12⚽️ 17🅰️
🇧🇷 Antony 8⚽️ 4🅰️Erik ten Hag has a good record with levelling up attacking players… 🔴👀 pic.twitter.com/Do1ENk86xy
— Statman Dave (@StatmanDave) April 16, 2022
Ajax juga menewaskan Juventus di tempat lawan 1–2 setelah seri pada perlawanan pertama 1–1 di tempat sendiri pada suku akhir.
Pada perlawanan pertama separuh akhir, beliau membawa pasukannya mendahului 1–0 menentang Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur yang baru siap.
Bagaimanapun dalam perlawanan kedua, hatrik separuh masa kedua oleh Lucas Moura untuk Tottenham Hotspur dengan gol terakhir dijaringkan pada minit ke-96 untuk menjadikan kedudukan 3–2 (agregat 3–3).
Spurs menang menerusi peraturan gol di tempat lawan, menamatkan impian Ajax yang menaruh harapan untuk bermain di final.
Ten Hag memenangi trofi pengurusan pertamanya bersama Ajax pada 5 Mei 2019 iaitu Piala KNVB 2018–19, menewaskan Willem II di final.
Hanya 10 hari selepas memenangi piala, Ajax, diketuai oleh Ten Hag memenangi Eredivisie juga selepas kemenangan 1–4 di tempat lawan ke atas De Graafschap.
Pada 18 April 2021, Ten Hag membimbing Ajax menjulang Piala KNVB ke-20 dengan kemenangan 2–1 ke atas Vitesse pada perlawanan akhir.
Dua minggu kemudian, Ten Hag melanjutkan kontraknya dengan Ajax hingga akhir musim 2022–23.
Pada 16 Januari 2022, Ten Hag menjadi pengurus terpantas dalam sejarah liga untuk mencapai 100 kemenangan bersama Ajax, mencapai kejayaan itu hanya dalam 128 perlawanan sahaja.