Conte Tolak Tawaran Spurs Kerana Tidak Meyakinkan

Antonio Conte prospek pengurus yang paling panas dipasaran ketika ini dilaporkan telah menolak tawaran yang dibuat oleh Tottenham Hotspur yang cuba melamar sebagai pengurus baharu menggantikan Jose Mourinho yang dipecat.

Tawaran dikemukan oleh Tottenham Hotspur itu telah ditolak Antonio Conte projek yang dicadangkan dengan kemasukan Conte sangat tidak meyakinkan.

Menurut Sky Sports Italia, perbincangan antara Tottenham Hotspur dan Antonio Conte tidak menemui titik persamaan dan telah gagal.

Menurut ciapan daripada Gianluca Di Marzio menyebut:

“#Calciomercato – #Tottenham, #Conte masih tidak yakin untuk memilih destinasi. Yang terakhir.”

Bekas pengurus AC Milan itu, dilaporkan risau dan sangsi tentang kemampuan Spurs untuk bersaing ekoran spekulasi perpindahan Harry Kane.

Antonio Conte dilaporkan mahu membawa leibh 4 orang staff beliau ke Spurs namun Spurs tidak bersetuju dan menolak permintaan Conte ini.

Cadangan gaji yang ditawarkan juga membawa kepada perbezaan sehingga €3 juta dan paling power pelaburan dan projek untuk menang secepat mungkin.

Conte kini dilaporkan akan berehat seketika selepas menjalani dua musim yang sangat menakjubkan bersama Inter Milan yang kini bergelar juara Itali.

Dalam masa yang sama juga, Spurs turut sedang memburu seorang lagi lelaki Itali untuk dibawa masuk iaiti bekas Pengarah Sukan Juventus, Fabio Paratici.

Jika benar seperti dilaporkan di mana Conte telah menolak tawaran pemilik Spurs, Daniel Levy maka perlantikan Fabio Paratici juga mungkin terjejas.

Mungkin Fabio Paratici akan bersetuju menyertai Spurs jika Antonio Conte yang dilantik sebagai pengurus pasukan.

Namun menurut ciapan Fabrizio Romana pula menyatakan perjanjian antara Tottenham Hotspur dan Fabio Paratici hampir saja sempurna.

Perincian terakhir persetujuan Fabio Paratici menyertai Spurs adalah tidak bergantung kepada Conte menyertai Spurs atau tidak.

Kini sah Conte telah menolak tawaran Spurs dan perlu menunggu sedikit masa lagi samada Spurs dan Fabio Paratici akan bersatu atau tidak.

Spurs telah datang kepada Conte dan menawarkan projek untuk masa depan bersama dengan janji Spurs akan dibina mengikut acuan Conte dan Conte akan membimbing.

Conte dijanjikan kuasa penuh ditambah pula dengan fasiliti terbaik dunia, stadium, pusat latihan dan Conte akan menjadi tuan sebenar kepada pasukan.

Namun kerisauan Conte berkisar kepada skuad yang di Spurs ketika ini serta staff kejurulatihan dan semua ini membawa kepada tempat ketujuh mereka tamatkan musim ini.

Spurs memerlukan bajet yang besar untuk membina pasukan yang kompetitif dan mampu bersaing diperingkat tertinggi. Namun spekulasi Harry Kane pun tidak selesai lagi.

Conte mahu membawa lebih empat orang staff kejurulatihan beliau yang sama-sama naik namun telah ditolak oleh Spurs. Diberi kuasa penuh konon.

Gaji pula sangat berbeza dari apa yang dimahukan Conte sehingga €3 juta dan apa yang dipinta adalah kejayaan serta merta tapi lebih empat orang staff pun kau tak setuju.

BACA:  Conte Berjaya Catat Kemenangan Dalam Aksi Debutnya Sebagai Pengurus Tottenham Hotspur