Man United Akan Menyesal Tidak Lantik Antonio Conte

“Manchester United akan menyesal kerana tidak melantik Antonio Conte, sakit pula hati kita wak!” Ujar legenda Manchester United.

Itulah yang telah diberitahu kepada Manchester United selepas mereka tidak mengupah Antonio Conte bagi menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang telah dipecat ekoran kemerosotan teruk.

Pada ketika itu Antonio Conte merupakan pengurus terpaling padu dengan rekod kejayaan membawa Inter Milan menjuarai Serie yang single dan available.

Antonio Conte terbuka dan bersedia untuk menerima tawaran menggantikan Ole Gunnar Solskjaer namun ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi Setan Merah.

Berdasarkan laporan Manchester Evening News (MEN), Antonio Conte terlebih dahulu mahukan jamin mengenai hala tuju kelab dan beliau tidak akan terpengaruh dalam membuat keputusan berdasarkan ‘Kuasa Pasaran’.

Sebagai pengurus bertaraf elit, Conte mahukan kuasa penuh untuk membuat keputusan akhir mengenai perpindahan pemaim dan situasi mudah ini menjadi agak rumit buat Ed Woodward yang masih lagi bergelar naib pengerusi kelab sehingga April lalu.

Ketika Conte yang tidak gemar menerima jawatan dipertengahan musim bersedia untuk ke Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer diberi tambahan jangka hayat kepada tiga perlawanan lagi selepas campur tangan Sir Alex Ferguson.

Lantaran itu Antonio Conte telah memilih untuk bersama Tottenham Hotpsur kurang 24 jam selepas Nuno Espirito Santos kehilangan jawatan, Antonio Conte setuju untuk mengambil alih dan terus terbang ke London untuk perbincangan akhir.

Ole Gunnar Solskjaer akhirnya dipecat, Michael Carrick mengendalikan dua perlawanan sementara menanti kertas kerja dan permit Ralf Rangnick selaku pengurus Interim selesai dan Erik Ten Hag diumumkan selaku pengurus Baharu pada penghujung musim.

Bekas pertahanan Manchester United, Patrice Evra telah menyatakan bekas kelabnya itu akan menyesal kerana telah melepaskan peluang mendapatkan khidmat Don Conte yang terbukti hasilnya bersama Spurs.

Situasi ini nyata membuatkan Evra sakitnya tuh di sini di dalam hatiku, sakitnya tuh di sini melihat kau selingkuh.

“Ia menyakitkan hati saya kerana saya fikir Conte, Klopp, Guardiola adalah pengurus terbaik di dunia sekarang dan kami mungkin mempunyai dia di Manchester United.” katanya kepada The Mirror.

“Tetapi beberapa orang di kelab itu, mereka berkata: ‘Ia bukan gaya kami, ia bukan apa yang kami cari’.”

Evra tidak menentang perlantikan Erik Ten Hag dan masih memberi sokongan kepada pengurus baharu itu dan kepada mana pengurus walaupun seorang tukang masak.

“Jadi mari kita lihat, sekarang kita ada Erik ten Hag. Mari kita lihat apa yang dia akan lakukan. Dia mendapat sokongan saya. Tetapi kemudian, walaupun anda membawa masuk seorang chef, sebagai pengurus Man United, dia akan mendapat sokongan penuh saya.”

Di mata Evra Antonio Conte, Jurgen Klopp dan dan Pep Guardiola adalah pengurus terbaik dunia dan hasil kerja Conte di Spurs setakat ini adalah terbaik dan sekali lagi Evra terluka.

“Ia satu kekecewaan besar kerana Antonio Conte boleh melakukan sesuatu di Manchester United. Dan anda boleh lihat dengan Tottenham, dia membantu mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara.”

“Mereka mempunyai pemain yang sama, jadi itulah sebabnya pengurus ini genius. Apabila saya tiba di Juventus, setiap pemain memberitahu saya: ‘Patrice, lelaki ini genius’.”

https://www.mirror.co.uk/sport/football/news/patrice-evra-still-hurt-man-27305057

Hasil kerja pengurusan Conte adalah bukti kehebatan Conte setelah memenangi kejuaraan liga di Juventus dan Inter Milan dan juga Chelsea, di mana dia memenangi gelaran Premier League pada 2017.

Conte merealisasikan harapan Spurs untuk ke Champions League seperti mana sasaran Manchester United bersama pengurus Interim mereka, Ralf Rangnick.

Situasi pemain Spurs dan Manchester United pada ketika itu hampir sama dan pemain tersakiti yang paling sakit Harry Kane yang mahu keluar tetapi tidak dibenarkan.

Conte berjaya mendapatkan yang terbaik kembali dari Kane dan Kane kini sunyi dari berita perpindahan seperti kembali gembira di Spurs. Dele Alli yang tidak berguna dilepaskan Conte begitu saja.

Conte juga terkenal dengan regim pemakanan yang ketat di mana dia telah mengharamkan sos tomato dan mayonis manakala jus buah-buahan serta makanan yang dimasak menggunakan minyak atau mentega dikurangkan.

Mengenangkan betapa pasifnya Manchester United di jendela perpindahan musim panas ini, sudah pasti hati Evra akan bertambah sakit.

BACA:  Tucel Dedahkan Sebab Kena Dia Hampir Bertumbuk Dengan Conte