Penat Tak Dapat Beli Pemain, Man Utd Try Jual 5 Pemain Tapi Tak Laku-Laku

Kesenduan teruk dialami Manchester United di jendela perpindahan musim panas dalam membeli pemain dan kini Manchester United masih berusaha untuk melepas 5 pemain yang tak laku-laku.

Ramai pemain yang dikaitkan dengan Manchester United masih tidak hadir melalui pengumuman rasmi dari kelab dan ada pemain sasaran pula telah selamat bersama pasukan lain.

Mungkin ini cara Manchester United di pasaran perpindahan kali ini dengan penuh berahsia dan berhati-hati hingga tiada yang pasti siapa sasaran sebenar Setan Merah.

Darwin Nunez, Frankie De Jong dan Anthony nama yang kuat dikaitkan dengan Manchester United yang diketahui dan berapa nama lagi yang seperti satu khabar angin sahaja.

Lantaran kesenduan ini, Manchester United sekali lagi menjadi bahan ketawa dan ada peminat mula resah dan menyarankan beli saja pemain mana-mana asal ada pembelian.

Posisi paling kritikal Manchester United sejak beberapa musim lalu adalah di bahagian tengah bertahan dan pemergian Nemanja Matic menjadikan posisi itu terus kosong.

Ternyata percubaan Ole Gunnar Solskjaer sejak dua musim lalu menggandingkan Fred dan Scot McTominay di posisi itu menemui jalan kegagalan.

Eric Ten Hag juga cuba mendapatkan pemain pertahanan baru iaitu Lisandro Martinez dan Jurrien Timber, untuk merealisasikan pembelian ini maka 5 pemain akan dijual.

Menurut laporan the Mirror 5 pemain tersebut adalah Aaron Wan-Bissaka, Eric Bailly, Phil Jones, Axel Tuanzebe​ dan Brandon Williams.

Musim lalu, Manchester United bolos 57 gol di Premier League sahaja dan bahagian itu perlu diperkasakan dengan membawa pemain yang faham dengan falsafah Erik Ten Hag.

Aaron Wan-Bissaka yang dibeli daripada Crystal Palace pada 2019 dengan harga £45 juta masih tidak dikaitkan dengan mana-mana pasukan walaupun telah lama mahu dilepaskan.

Sejak ketibaan Ralf Rangnick, Aaron Wan-Bissaka telah kehilangan tempat kepada Dalot dan hanya membuat 26 penampilan sepanjang musim merentasi semua kejohanan.

Aaron Wan-Bissaka tidak lagi relevan dengan corak permainan bola sepak moden walaupun mampu bertahan dengan sangat bagus tetapi teramat teruk ketika membantu serangan.

Pemain yang diperbuat daripada kaca, Eric Bailly juga dalam senarai untuk dijual lantaran banyak menghabiskan masa di meja perubatan berbanding di padang.

Eric Bailly beberapa dapat kita dengar melaungkan amaran untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama namun akhir hanya mampu menjadi penonton.

Phil Jones merupakan saki baki peninggalan Sir Alex Ferguson kembali beraksi dan bermain 4 perlawanan liga musim ini selepas terlepas seluruh musim 2020/21.

Pemain pertahanan itu tidak beraksi selama 707 hari sebelum Ralf Rangnick memberi peluang beraksi dalam perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers.

Ini merupakan tempoh terpanjang untuk mana-mana pemain Setan Merah yang tidak meninggalkan kelab termasuklah pemain yang dipinjamkan untuk kembali beraksi di Premier League.

Semuanya berpunca dari kecederaan lutut, walaupun gigih dan menunjukkan komitmen yang tinggi Jones sudah tidak lagi releven walaupun baru berusia 30 tahun.

Dua produk kelahiran akademi Axel Tuanzebe dan Brandon William yang menghabiskan musim lalu sebagai pemain pinjaman sedia dilepaskan.

Axel Tuanzebe menikmati tempoh pinjaman bersama Aston Villa/Napoli begitu juga dengan Brandon Williams tampak bahagia bersama Norwich City yang tersingkir.

Situasi Manchester United kini menimbulkan kebimbangan ramai pemerhati di mana mereka bergelut untuk membeli pemain dan menjual pemain.

Ada sesetengah posisi memerlukan pemain perlu dilepaskan bagi membawa masuk pemain baru dan rundingan untuk mendapatkan Frankie De Jong masih berjalan walaupun tidak begitu lancar.

Sebelum ini Manchester United telah disailang Liverpool dalam usaha mendapatkan Darwin Nunez.

BACA:  Premier League 2020/21: Manchester City 0-2 Manchester United