Conte Suruh Levy Dan Pembesar Spurs Terangkan Strategi Kelab

Antonio Conte sudah mula buat kepada gilanya apabila menyuruh pemilik kelab, Daniel Levy dan pembesar Tottenham Hotspur menerangkan kepada orang ramai tentang strategi pasukan London Utara itu.

Pengurus dari dari Itali itu telah mempersoalkan kenapa pengurus sepertinya dibiarkan berhadapan dengan semua soalan sukar dari media ketika mereka yang berkuasa di kelab Premier League terus berdiam diri.

Semua ini telah diluahkan oleh Antonio Conte dalam sidang media menjelang perlawanan menentang Manchester City pada hari khamis di Stadium Etihad dalam saingan liga.

Pengurus Tottenham Hotspur itu kini berdepan kecaman begitu juga dengan pengerusi kelab, Daniel Levy dan Conte terus merungut kenapa bola sepak Inggeris tidak boleh mengikuti model bola sepak Itali.

Di Itali, individu yang berjawatan terpaling tinggi akan dipaksa untuk berdepan dengan pihak media dan akan menjawab semua isu diluar kemampuan pengurus seperti hala tuju dan strategi kelab.

Fabio Paratici yang kini menjawat jawatan Pengarah Urusan Bola Sepak Spurs akan bercakap kepada media setiap minggu bergandingan bersama Conte di Juventus sebelum ini.

Walaubagaimanapun di London Utara amalan sebalikya namun Conte mungkin terbawa-bawa cara dari Itali apabila jarang-jarang menjawab soalan secara terbuka dan Daniel Levy lagilah, boleh kira dengan jari dan hanya membuat perutusan pengerusi setiap tahun.

Bagi Conte perkara ini merupakan satu tabiat yang buruk di mana pengurus perlu untuk menjelaskan segalanya-galanya tentang semua perkara berkaitan kelab.

Conte sambil itu menjelaskan situasi di Itali di mana wakil kelab akan pergi ke sidang media terlebih dahulu bagi menjawab soalan diluar kuasa pengurus.

“Di England, ada tabiat buruk di mana hanya jurulatih yang akan bercakap dan memberi penjelasan. Saya tidak pernah lihat jabatan perubatan datang ke sini untuk menjelaskan kenapa pemain ini berdepan kesukaran untuk sembuh.”

“Saya juga tidak pernah lihat kelab atau pengarah sukan datang ke sini untuk untuk menjelaskan strategi dan visi serta matlamat kelab.”

“Di Itali contohnya, sebelum setiap perlawanan akan ada seorang individu dari kelab yang akan pergi terlebih dahulu ke sidang media dan menjawaba semua soalan. Bagi kami, itu akan sangat sangat memudahkan kami.”

“Kerana jika tidak, setiap kali di sana hanya seorang saja untuk menjelaskan situasi di mana saya fikir lebih baik kelab yang memberi penjelasan. Tapi ini adalah tabiat dan hormati tabiat ini.”

Antonio Conte tidak bercakap kepada Daniel Levy atau Tottenham Hotspur mengenai pertukaran taktik telah menyatakan:

“Saya tidak akan meminta apa-apa. Situasi jenis ini sangat bagus untuk setiap kelab.’Jangan pergi kepada media’.”

“Dalam situasi jenis ini, ia satu risiko untuk sentiasa bercakap bagi menjelaskan keadaan seperti ini. Jurulatih perlu terus mendiamkan diri dan menerima keadaan seadanya.

Spurs kini berada dalam ketidaktentuan yang nyata dengan prestasi yang tidak konsinsten yang mencetuskan kekecewaan di kalangan peminat tentang hala tuju sebenar kelab.

Antonio Conte turut mencadangkan jika kelab sekali-sekala mengambil tanggungjawab menjawab soalan ini boleh membantu dalam mengelakkan ‘salah faham’.

“Di Itali ia sangat berbeza, di mana wakil kelab kelab ketika perlawanan mingguan akan bercakap dan menjelaskan semua persoalan. Jika hanya jurulatih bercakap kadang kala akan menimbulkan salah faham.

“Saya fikir adalah lebih bagus mempunyai wakil kelab bersama media untuk bercakap, bukan setiap minggu sekurang-kurangnya setiap 15 hari atau sebulan sekali.

“Jika dilakukan dengan cara ini (cara Itali) ia akan jadi lebih mudah untuk anda (media) untuk memahami situasi dan tidak perlu mengadap muka yang sama je. Percayalah ini sukar kerana setiap perkara saya beritahu boleh menjadi kritikan atau negatif dan ini tidak benar.”

Jika lebih telus dan setiap persoalan terjawab seperti di Itali pasti Premier League tidak akan menjadi begitu menarik di mana media berlumba-lumba melaporkan cerita dalam kain kelab berdasarkan sumber dalam dan juga andaian berdasarkan keadaan semasa.

Lantaran itulah Premier League menjadi diikuti dari seluruh pelusuk dunia kerana mereka tertanya-tanya apa yang terjadi, berapa lama cedera? berapa bajet?nak beli siapa? Kenapa Liverpool hauk? Kenapa Man Utd dan Arsenal tiba-tiba power?

Terlalu telus akan membuatkan orang cepat bosan dan membuatkan tiada modal untuk membawang di kedai mamak. Setiap persoalan terus ada jawapan tanpa sebarang andaian anda terus menamatkan perbualan.

BACA:  Conte: Chelsea Perlukan Permainan Sempurna Untuk Halang Barcelona Dan Messi