Curtis Jones Koyak Selepas England Tersingkir Dari EURO U21

Curtis Jones yang beraksi bersama skuad England bawah 21 tahun telah dilayangkan kad merah selepas perlawanan tamat kerana koyak dan telah menyerang pemain Croatia yang sedang meraikan kemaraan.

Pasukan England bawah 21 tahun akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan selelpas tewas dalam dua perlawanan awal kepada Switzerland dan Portugal.

Untuk mara ke pusingan kalah mati, England perlu menang dengan kelebihan dua gol dan perkara itu hampir pasti terjadi namun dinafikan pada saat akhir.

Eberechi Eze meletakkan England di depan pada separuh masa pertama melalui satu sepakan penalti selepas Edward Nketiah dikasari pada minit ke-11.

Pada minit ke-74 gol yang kedua yang dicari serta diperlukan England tiba melalui jaringan pemain handalan Liverpool, Curtis Jones dengan penyudah yang padu.

Ketika tempat pusingan suku akhir hampir menjadi milik England, Domagoj Bradaric merampas slot itu dengan satu jaringan yang sangat glorius pada minit 90+1.

Domagoj Bradaric telah menafikan peluang England mendapat kelebihan dua gol, walaupun tewas 2-1 Croatia mara ke suku akhir.

Selepas wisel penamat ditiup, pemain Croatia dengan girang meraikan kekalahan 2-1 mereka dan sempat dirakam reaksi Curtis Jones yang tidak berpuas hati.

Curtis Jones tampak koyak dan berada berhampiran pemain Croatia yang meraikan kekalahan, Jones dilihat bertengkar dan bergaduh mulut.

Kemudian pemain Croatia meneruskan keraian dan tidak melayan Jones yang cuba ditarik oleh pegawai pasukan England, namun Jones bertindak agresif.

Jones cuba menyerang pemain Croatia namun sempat dihalang sekali lagi dan ditarik keluar padang dan diiringi meninggalkan padang. Rhian Brewster juga nampak tidak berpuas hati.

Perlakuan Crutis Jones itu menyebabkan beliau dilayangkan kad kuning kedua yang membawa kepada kad merah selepas perlawanan tamat. Memalukan.

Kad kuning pertama Curtis Jones dilayangkan pada minit ke-48 selepas melakukan terjunan di tengah padang.

Entah apa yang merasuk Curtis Jones tidak dapat dipastikan lagi. Mungkin sebab dia Liverpool.

Dalam dua perlawanan awal, Curtis Jones hanya diturunkan sebagai pemain gantian apabila pengurus England U21 Aidy Bothrooyd menggunakan Oliver Skipp dan Tom Davies ditengah.

Curtis Jones bermula dari kesebelasan utama untuk perlawnan ketiga dan mempamerkan aksi yang memberangsangkan tetapi berakhir dengan situasi memalukan.

Disaingan EURO bawah 21 tahun ini, England diletakkan di kumpulan D bersama Portugal, Croatia dan Switzerland.

Portugal mara selaku selaku juara kumpulan D dengan 9 mata daripada 3 kemenangan, diiringi oleh Croatia ditangga kedua.

Selepas kegagalan ini masa depan Aidy Bothrooyd selaku pengurus England bawah 21 tahun menjadi tanda tanya.

Selain Portugal dan Croatia, 6 pasukan lagi mara ke suku akhir iaitu, Belanda, Jerman, Sepanyol, Italy, Denmark dan Perancis.

Boleh dikatakan semua pasukan besar Eropah mara kecuali England yang terciduk di kumpulan D.

BACA:  "Saya 'Bunuh' Kamu"- Gurauan Salah Dan Jones Mencuri Perhatian Peminat