Senarai peraturan dan denda yang dikenakan oleh Birmingham City terhadap pemainnya telah menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Pernah gah sebagai antara kelab utama Premier League, Birmingham yang kini beraksi di Liga Championship berada di tangan pemilik baharu, Tom Brady yang merupakan pemenang 7 kali Super Bowl.
The Blues setakat ini telah menampilkan prestasi yang meyakinkan pada musim ini apabila menang semua tiga perlawanan pertama di Championship. Terbaru skuad kendalian John Eustace itu merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Leeds United pada Sabtu lalu.
Selain itu Birmingham turut mara ke pusingan kedua Piala Carabao setelah menewaskan Cheltenham 2-0 pada minggu lalu.
FULL-TIME: Birmingham City 1-0 Leeds United
🚨 #LUFC fans get in touch!
⚽️ The Football Forum is next as the Whites are beaten by a late penalty.
📞 0800 389 33 33
📱 81333 start with WYS
📲 WhatsApp 08000 321 333 start with WYS📻 92.4FM | Online
👉… pic.twitter.com/mfZoBRUNBC— BBC Sport West Yorkshire (@BBCWYS) August 12, 2023
Dan hasil positif di dalam padang ini sebenarnya turut berkait dengan disiplin luar padang yang mula dipraktikkan sejak awal musim ini.
Berdasarkan senarai tersebut pemain akan didenda £250 jika lambat tiba untuk latihan selain £3,000 jika lambat tiba melapor diri untuk perlawanan di tempat sendiri.
Sekiranya pemain lambat untuk mesyuarat pasukan, maka mereka akan didenda £500 manakala oemain yang mengalami kecederaan diwajibkan melaporkannya selewat-lewatnya pada pukul 8:30 pagi berikutnya atau akan didenda £500.
Antara peraturan yang paling menarik perhatian adalah pemain harus masuk ke bangunan latihan melalui pintu utama dan harus menyapa kakitangan yang lain termasuk makcik kantin ketika bersarapan.
Kegagalan berbuat demikian akan didenda £250. Pemain yang gagal membayar denda dalam tempoh masa ditetapkan akan menyebabkan jumlah tersebut digandakan.
A fines list at Birmingham City has been leaked with the maximum payout a whopping £3,000https://t.co/Wv6jY4uy9d pic.twitter.com/IaYUq4vlVz
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 12, 2023
Dan sekiranya pemain masih culas melakukan bayaran, tindakan pemotongan gaji akan dilakukan.
Pada musim panas ini Birmingham telah membawa masuk beberapa muka baharu untuk memperkuatkan skuad sedia ada. Antaranya adalah Dion Sanderson dari Wolves, Lee Buchanan dari Werder Bremen dan Ethan Laird dari Manchester United.
Tom Brady membeli pemilikan di dalam Birmingham pada awal musim panas ini. Mengaku dirinya masih perlu mendalami ilmu bola sepak, dia juga berkata: “Saya tahu beberapa perkara untuk menjadi pemenang, dan saya berpendapat mereka [pasukan] mampu memahaminya.”
Peraturan lain yang turut perlu diikuti oleh pemain Birmingham adalah seperti wajib menggunakan peralatan latihan seperti yang telah ditetapkan.
https://t.co/thv1XouEB1 Tom Brady's Birmingham City will dock players £250 for not saying hello to reception staff, as their fines list is leaked online #BCFC #BLUES #BIRMINGHAMCITY https://t.co/6hVdSULTII pic.twitter.com/qP6D2pGHEL
— Midlands Footy (@Midlands_Footy_) August 15, 2023
Pemain juga diwajibkan memakai pakaian yang disediakan oleh kelab pada hari perlawanan sama ada untuk menghadiri pertemuan atau makan di hotel penginapan. Kegagalan berbuat demikian akan didenda £200
Selain itu pemain turut akan didenda £100 sekiranya meninggalkan peralatan dan pakaian mereka di bilik persalinan dan pusat latihan. Pemain turut tidak dibenarkan memakai barangan kemas sepanjang tempoh itu.
Peralatan GPS wajib digunakan untuk pemantauan ketika latihan dan kegagalan memulangkannya selepas latihan turut akan didenda £100.
Penggunaan telefon bimbit di dalam bilik persalinan dan ketika latihan akan didenda £250 manakala £100 sekiranya pemain menggunakan telefon 30 minit sebelum waktu makan atau di bilik rawatan.
Musim lalu Birmingham menamatkan saingan di Championship di kedudukan ke-17 dan berharap mampu berada di kelompok atas sekaligus kembali ke Premier League pada musim ini.