Emre Can Bersetuju Sertai Juventus Musim Hadapan

Pemain tengah Liverpool, Emre Can dilaporkan sudah bersetuju untuk menyertai penyandang juara Serie A, Juventus pada hujung musim nanti selepas kontraknya tamat bersama Liverpool, seperti dilaporkan oleh Sky Itali.

Pemain berusia 23 tahun ini bakal tamat kontraknya dengan Liverpool hujung musim ini, dan kini sudah boleh berbincang dengan mana-mana kelab luar England yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Menolak tawaran Liverpool untuk memenangi liga bersama Juventus

Peraturan menetapkan pemain bebas berbincang dengan mana-mana kelab luar England jika kontrak pemain tersebut berbaki 6 bulan sahaja lagi. Peraturan ini tidak terpakai kepada kelab dalam England, dan jika kelab England lain berminat dengan pemain tersebut, mereka harus meminta kebenaran kelab asal terlebih dahulu.

Liverpool masih lagi berusaha untuk meyakinkan Can supaya terus kekal di Anfield, dengan Jurgen Klopp berharap mampu melembutkan hati pemain ini sebelum musim berakhir.

Walaubagaimanapun, seperti dilaporkan oleh Sky Itali, Juventus dan Emre Can secara dasarnya sudah bersetuju dengan terma dan syarat bagi perpindahan pemain ini ke Juventus tamat sahaja kontraknya bersama Liverpool.

Can tidak perlu memberitahu pihak pengurusan Liverpool mengenai perancangan masa depannya jika beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Anfield.

Can mali can tidak ingin lagi bersama Liverpool

Juventus sudah banyak kali cuba memancing Can untuk menyertai mereka tetapi hampa selepas pemain ini memilih menyertai Liverpool beberapa tahun yang lalu.

Sumber Skysports berkata Can tidak akan meninggalkan Liverpool Januari ini dan bercadang untuk berpindah hujung musim nanti.

Liverpool akan melayan kunjugan Everton dalam pusingan ke-3 Piala FA hari ini diikuti dengan pertembungan penting menentang pendahulu liga, Manchester City pada 14 Januari nanti di Anfield.

BACA:  Emre Can Beri Petunjuk Akan Terus Kekal Bersama Liverpool