Pengurus terbaru Manchester United, Erik Ten Hag dilaporkan sangat berminat mahu membawa Andreas Pereira kembali ke Old Trafford pada musim panas ini.
Pemain midfield yang kini berusia 26 tahun itu menikmati karier satu musim sebagai pemain pinjaman di Flamengo dengan beliau turut diberi kesempatan untuk menandatangani kontrak tetap bersama kelab Brazil itu pada penghujung musim 2021/22.
Menurut sumber laporan dari ESPN Flamengo boleh mendapatkan khidmat Pereira menerusi perjanjian perpindahan tetap bernilai £12 juta.
Erik ten Hag is reportedly willing to bring Andreas Pereira back to United if a permanent transfer doesn't materialise this summer, via @RobDawsonESPN 🇧🇷
Pereira's time at United was all but over. Expect him to get a chance under ten Hag?🤔 #MUFC pic.twitter.com/ddwuuXsf3I
— Stretford Paddock (@StretfordPaddck) April 25, 2022
Walau bagaimanapun, tular satu laporan pada awal bulan ini yang melaporkan bahawa Flamengo berkemungkinan tidak akan bersetuju dengan tawaran untuk menandatangani beliau secara tetap.
Hal ini dikatakan kerana Pereira gagal untuk membuktikan kepada kelab yang beliau benar-benar layak dan patut untuk ditandatangani.
Walaupun sudah membuat 37 penampilan dari semua pertandingan, Flamengo sepertinya masih belum boleh memberi sepenuh kepercayaan kepada Pereira.
Pereira telah ditandatangani oleh Manchester United pada tahun 2011 yang lalu selepas beliau diyakinkan oleh pengurus legenda kelab, Sir Alex Ferguson.
Beliau walau bagaimanapun gagal untuk menepati ramalan kelab dan tidak berada di tahap persembahan terbaiknya di Old Trafford.
Dek kerana sudah tidak mendapat tempat lagi maka kerana itulah beliau dilepaskan oleh kelab untuk menyertai pasukan lain.
Andreas Pereira could be part of the project under Erik ten Hag. There hasn't been any contact with ten Hag yet, but the two have known each other from their PSV days. [@fredcaldeira] pic.twitter.com/A6xCgPMZHS
— United Zone (@ManUnitedZone_) April 22, 2022
Walau bagaimanapun, hal sama tidak akan pernah berulang lagi dan khidmat beliau sepertinya sangat ditagih oleh Manchester United pada ketika ini.
Menurut sumber laporan dari ESPN, pemain midfield itu telah diberitahu sendiri oleh football director Manchester United, John Murtough yang pengurus baru, Erik Ten Hag sangat berminat untuk membawanya kembali ke Old Trafford.
Seandainya perjanjian untuk sertai Flamengo itu tidak menjadi kenyataan seperti yang dilaporkan, Pereira jelas sekali akan kembali ke Old Trafford dan akan bekerjasama dengan pengurus yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Kedua-dua mereka pernah bekerjasama ketika karier mereka dalam saingan liga bola sepak Belanda, PSV Eindhoven satu ketika dahulu.
Pemain berusia 26 tahun itu turut pernah menghabiskan masa sebagai pemain pinjaman di Granada, Valencia dan Lazio ketika kariernya bersama Manchester United.
🇧🇷 Andreas Pereira has been informed by football director John Murtough that if his permanent move to Flamengo breaks down, Ten Hag is keen to have the midfielder back at the club in the summer @RobDawsonESPN #MUFC 🔴 pic.twitter.com/b7Hz9PsRX5
— Manchester United news now (@ManunitedNN) April 25, 2022
Ketika ini kontrak beliau bersama Manchester United hanya berbaki satu tahun sahaja lagi dan kerana itulah beliau ditawarkan kepada Flamengo.
Awal bulan ini, Pereira telah memberi bayangan dalam satu temu bual bersama Globo Esporte yang beliau sangat berharap urusan perpindahan menyertai Flamengo akan berlaku.
“Saya ada kontrak sehingga Jun nanti dan saya akan selalu lakukan yang terbaik untuk Flamengo. Saya fokus dan positif untuk apa saja yang akan berlaku.”
“Saya cuma mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong, rakan sepasukan atas segalanya yang mereka lakukan kepada saya. Ia sangat sukar, sangat, sangat sukar sehingga ke akhirnya, tapi ia sesuatu yang ada dalam diri saya dan saya sudah atasi.”
“Saya sudah atasi segalanya dan saya mahu terus maju dengan lebih bertenang. Saya yakin saya ada kualiti yang cukup untuk hadapi situasi ini.”
Pereira kemudiannya menambah lagi,
Andreas Pereira news is fabricated and Ten Hag is still assessing the players he wants to keep.
This is incredibly premature and you can ignore at this point as there has been obstacles selling him that is all.
Nothing has been decided…#MUFC pic.twitter.com/cUymERaVWi
— UtdActive 🔴 (@UtdActive) April 22, 2022
“Saya tak begitu beri perhatian kepada hal seperti ini, tapi semua orang tahu saya utamakan Flamengo. Semua orang di sini tahu. Ia sukar untuk saya bercakap tentang nilai saya sendiri, tapi pemain Manchester United dengan nilai 10 juta…. Patutkah saya lagi murah? Saya dah buat yang terbaik, tapi saya tak boleh cakap apa-apa sama ada murah atau mahal.”
“Saya tenang dan fokus. Saya tahu ada indikasi. Saya juga ada bercakap tentang itu kepada orang yang rapat dengan saya, dan di atas padang saya tenang. Saya tahu ia akan mampu diselesaikan dalam tempoh sebulan, yang mana ia pada akhir-akhir sebelum saya pergi. Saya tetap tenang dan akan fikirkan tentang perlawanan seterusnya.”
“Saya datang ke Flamengo untuk tunjukkan kualiti saya dan saya akan tunjukkan yang lebih lagi. Sudah tentu, kekecewaan untuk tidak memenangi Piala akan ada, tu dah pasti, tapi saya selalu cuba untuk tunjukkan kualiti saya di atas padang dan peminat juga sedar hal itu.”
“Saya selalu beritahu kawan saya dan Flamengo yang saya utamakan mereka dan Flamengo itu sendiri sangat penting untuk saya.”
Ia sangat jelas yang bekas pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer juga merupakan antara individu yang sangat meminati Pereira.
John Murtough has informed Andreas Pereira that Erik ten Hag wants him to return to the club this summer if his move to Flamengo doesn't go through. @RobDawsonESPN pic.twitter.com/kwIFcxFJnq
— Manuel Menacho 🇬🇧🇪🇸🇮🇪🏴🇧🇪⚽️ (@ManuelMenacho0) April 25, 2022
Pada Oktober lalu, pengurus dari Norway itu turut pernah mendedahkan hasratnya mahu membawa Pereira untuk kembali ke Old Trafford.
Bercakap kepada TNT Sport, Ole menjelaskan bahawa:
“Ya, kami ikuti. Sudah tentu. Pereira merupakan pemain yang hebat dan individu yang bagus. Saya sangat gembira untuk dia dan bahagia bila tahu dia sedang menikmati karier dia sekarang.”
“Bagi kami, logiknya adalah, Andreas pergi dan buktikan betapa bagusnya kamu. Saya tak boleh berikan dia lebih banyak minit permainan, dan kami tahu kualiti yang dia ada. Ketika mereka percaya pada dia, dia seorang pemain yang berkualiti tinggi, jadi saya gembira untuk dia.”
Solskjaer turut menambah:
“Ada satu titik sebagai seorang pemain, adalah sangat penting untuk dapat minit permainan yang mencukupi di tahap tertinggi.”
🤨 Pereira may get a fresh start under Ten Hag…https://t.co/ZmHaTNhsi7
— SPORF (@Sporf) April 24, 2022
“Tahun lalu, Andreas dipinjamkan dan dia tak dapat minit permainan. Musim lalu dia bermain banyak permainan untuk kami, tapi lepas kehadiran Bruno Fernandes dia tidak dapat tempat.”
“Saya gembira untuk Andreas sekarang dan kami mahu bawa dia kembali nanti.”
Sumber: SPORTbible