Erik Ten Hag Mahu Dunia Menyaksikan Sendiri Kehebatan Manchester United

Erik Ten Hag menyuruh dunia melihat sendiri betapa hebatnya Manchester United semalam. Ten Hag berbannga dengan keputusan seri menentang Aston Villa.

Manchester United dan Aston Villa masing masing menunjukkan kehebatan masing masing. Dengan Unai Emery buntu untuk mencari cara menewaskan Erik Ten Hag yang menurunkan senjata rahsianya, Harry Maguire.

Keserian itu bukan yang dicapai dengan biasa biasa, tetapi dengan taktikal dan gaya permainan luar biasa. Menurut Ten Hag, dunia harus tahu bahawa ini adalah rekod tanpa bolos keempat mereka musim ini.

Dan Manchester United bermain dengan sangat teratur dan kerjasama berpasukan. Karakter yang ditunjukkan Manchester United sangat mantap. Sambil menunjukkan kepada dunia bahawa pasukan ini bermain dengan semangat berpasukan, keazaman dan kegigihan.

Ten Hag langsung tidak bimbang dengan masa depannya di Manchester United. Walaupun kesemua bosnya hadir semalam untuk menyaksikan perlawanan ini di Villa Park termasuk Sir Alex Ferguson.

Dengan gaya permainan yang memukau, Man United mengikat Aston Villa yang beberapa hari lalu menewaskan Bayern Munich.

Ten Hag berkata: “Kamu tengok sendiri bukan, itu adalah clean sheet keempat kami musim ini. Yang sendiri boleh tengok kami bermain dengan sangat terurus dan bermain sebagai satu pasukan.

“Kami menunjukkan karakter dan semangat yang baik sebagai pasukan. Kami gigih dan ampuh sekali.”

Hasil daripada kejayaan ini, Manchester United terus memberikan tekanan kepada top 4 dan juga pendahulu liga. Dengan liga masih lagi panjang, Man United hanya dibezakan 6 mata daripada Chelsea yang berada di tangga keempat.

Dan hanya 10 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris ketika ini, Liverpool.

Sebelum perlawanan, Erik Ten Hag sudah memberitahu semua pihak agar tidak menilai pasukannya pada masa ini. Sebaliknya nilailah mereka pada akhir musim ini.

“Jangan menilai kami pada masa ini, kamu nilailah pencapaian kami pada akhir musim ini. Pasukan ini masih banyak  kerja untuk dibuat. Percaya kepada proses,” kata Ten Hag yang sempat mengejutkan peminat disangka menjadi budak milo semalam dalam aksi menentang Aston Villa.

Ten Hag turut memecahkan rekod yang dia sendiri cipta. Betapa hebatnya insan yang berjaya merampas semua pemain Ajax atau bekas pemain  Ajax  yang dia suka.

BACA:  "Hanya Tunggu Pengumuman Rasmi"- Ten Hag Bakal Dilantik Menjadi Pengurus Manchester United