Ten Hag Saspek Pemainnya Macam Tak Lapar Je

Manchester United menelan kekalahan bermaruah sekali lagi. Kali ini di tangan pasukan Newcastle United di St James Park.

Dengan kedua dua pasukan berebut untuk ke UCL musim hadapan, perlawanan ini sangat penting buat kedua dua pasukan.

Namun aksi di atas padang, Man United jelas sekali didominasi oleh pasukan lebih baik. Dua gol Newcastle terhasil pada setiap babak menerusi Joe Willock dan Callum Wilson.

Newcastle meneruskan aspirasi ke UCL mereka untuk musim depan dengan kemenangan luar biasa.

Dalam aksi semalam, Manchester United hanya mencatatkan enam percubaan ke atas lawan mereka. Jumlah itu sangat rendah berbanding 22 percubaan diterima oleh mereka sepanjang 90 minit.

Newcastle mungkin boleh menjaringkan lebih banyak gol jika mereka lebih tajam. Tetapi kemenangan dua gol itu ternyata manis juga untuk mereka telan sebagai balas dendam atas kekalahan di final Piala Carabao yang lalu.

Dengan kekalahan bergaya tersebut, Man United menyerahkan kedudukan tangga ketiga kepada Newcastle.

Selepas tamat perlawanan, Erik Ten Hag mempersoalkan tahap kelaparan pemainnya untuk menang perlawanan ini.

Ten Hag sukar menerima kekalahan kali ini kerana dia tidak melihat pemain pemainnya lebih lapar dan dahagakan kemenangan.

Ditanya sama ada dia bersetuju dengan komen Luke Shaw yang menganggap mereka jauh daripada bagus pada hari ini, Ten Hag setuju sangat sangat.

Luke Shaw berkata Man United tidak menunjukkan prestasi yang bagus. Dan di bawah paras cukup bagus.

“Kami jauh daripada cukup bagus hari ini. Pemain pemain Newcastle lebih lapar, lebih keinginan, keghairahan dan disiplin.”

Shaw menegaskan bahawa pemain pemain Man United malah terus mengadakan perbincangan segera tentang perkara tersebut di bilik persalinan Newcastle.

Dan berjanji akan bangkit pada aksi berikutnya.

Pengurus yang berasal dari Belanda itu berkata dia tiada bantahan dengan kritikan Luke Shaw.

Ten Hag berkata: “Teman setuju sepenuhnya chorr. Luke Shaw cakap benda betul. Dan teman pun rase begitu.”

“Mana maunyer main roper tu,” kata Ten Hag dengan sedikit loghat Perak selepas bercuti seminggu di pulau Pangkor.

“Teman terkejut bebenor lerr, pasukan kita tak mampu nak lawan keghairahan dan keinginan lawan. Jahat miker ni. Teman idok gemor ler. Main meraban teben.”

“Teman idok nampak tahap kelaparan pemain pemain kiter hari ni yob. Apakeheynyer main seroper gitu.”

“Teman tak nampak mana usaha? Ajer gila ler.”

Gary Neville kemudian menegaskan bahawa Manchester United sentiasa kecut apabila berdepan dengan lawan yang lebih besar.

Sebagai rekod, statistik menunjukkan bahawa kenyataan Neville ini tepat. Dalam 9 perlawanan menentang pasukan 9 teratas dalam EPL, di tempat lawan, enam kali Manchester United kalah di kesemua aksi tempat lawan.

Neville menganggap Man United berhak kalah sepenuhnya kerana Newcastle beraksi lebih baik dalam perlawanan ini.

Dia turut membidas sikap pemain pemain United yang menurutnya membuatkan Ten Hag kecewa.

Luke Shaw menambah, Manchester United harus bermain di UCL selaku kelab paling berjaya dan terbesar di England.

Prestasi Manchester United di tempat lawan musim ini agak mengecewakan. Termasuk kekalahan memalukan 7-0 di Anfield.

Seterusnya, kehilangan Casemiro benar benar dirasai di bahagian tengah Man United yang dilihat kurang cengkaman.

Ini juga isyarat jelas bahawa mereka memerlukan seorang lagi pemain tengah yang mampu mengisi ketiadaan Casemiro apabila pemain antarabangsa Brazil itu tidak tersedia.

BACA:  Maguire Dan Rashford Rayu Sancho Lupakan Ego Dan Minta Maaf Kepada Ten Hag