Kemenangan selesa lima gol tanpa balas dalam perlawanan pertama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dikuatkuasakan sudah cukup menjadi bekalan buat Manchester United menentang LASK.
Selepas hampir 5 bulan barulah perlawanan kedua pusingan 16 terbaik ini kembali berlangsung, walaupun sekadar perlawanan pelengkap jadual kemenangan tetap menjadi milik Setan Merah.
1 – Philipp Wiesinger's goal was the first Man Utd have conceded at home in the Europa League this season. Cracker. #MUNLASK pic.twitter.com/dsGBZQu29j
— OptaJoe (@OptaJoe) August 5, 2020
Ole Gunnar Solskjaer telah merehatkan pemain utamanya yang berjaya membawa Setan Meraih meraih slot ke Champions League dengan menduduki tangga ke-3 Premier League.
Aksi kebangkitan disajikan Setan Merah dalam perlawanan kedua ini dengan gol kemenangna lewat permainan untuk mara ke suku akhir dengan agregat 7-1.
1 – Philipp Wiesinger's goal was the first Man Utd have conceded at home in the Europa League this season. Cracker. #MUNLASK pic.twitter.com/dsGBZQu29j
— OptaJoe (@OptaJoe) August 5, 2020
LASK terlebih dahulu mengejutkan Setan Merah dengan gol pendahuluan pada minit ke-55 selepas perlawanan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.
Philipp Wiesinger menjaringkan gol pembukaan selepas Setan Merah gagal menyudahkan peluang demi peluang dengan satu bola lencong yang menarik.
Sepakan dari luar kotak penlti itu cantik melencong ke penjuru gawang menewaskan Sergio Romero. Pertama kali Setan Merah bolos di Old Trafford musim ini di Europa League.
2 – Jesse Lingard has scored in back-to-back matches for Manchester United for the first time since December 2018, with his equaliser coming just two minutes and 38 seconds after LASK's opener. Levelled. #MUNLASK pic.twitter.com/8Pc65U5VHz
— OptaJoe (@OptaJoe) August 5, 2020
Gol LASK hanya bertahan dua minit apabila pemain lagenda Manchester United, Jesse Lingard menjaringkan gol penyamaan selepas berjaya melepasi perangkap offside.
Larian solo Lingard mudah disempurnakan dengan satu penyudah yang tenang.
Dua gol berturut-turut dari Lingard dalam dua perlawanan dan kali terakhir dilakukan beliau adalah pada disember 2018. Lejen!
Permainan satu dua Juan Mata dan Anthony Martial membuahkan hasil dan nyata gerakan dua pemain Setan Merah itu memukau pertahanan lawan.
23 – Anthony Martial is now Man Utd's outright top scorer in all competitions this season, with his 23 goals in 2019-20 as many as he scored in 2017-18 and 2018-19 combined. Rejuvenated. #MUNLASK pic.twitter.com/jwKKfdqdyC
— OptaJoe (@OptaJoe) August 5, 2020
Anthony Martial menjaringkan gol kemenenangan pada minit ke-88 apabila berjaya meloloskan diri daripada benteng yang padat.
Senyuman jelas terpancar di wajah tidak berperasaan Martial usai menjaringkan gol.
Martial kini telah menjadi penjaring berbisa Manchester United dalam semua kejohanan musim ini dengan 23 gol sama banyak dengan gabungan gol yang dijaringkan pada musim 2017/18 dan 2018/19.
Lawan Manchester United di suku akhir adalah Copenhagen dan perlawanan akan berlangsung pada 11 Ogos jam 3.00 pagi.
MAN UTD (4-2-3-1): Romero 6.5; Fosu-Mensah 6 (Mengi 84), Bailly 6, Maguire 6.5, Williams 6.5 (Chong 72, 6); Fred 5 (Pereira 64, 6.5), McTominay 6; Mata 7, Lingard 7 (Pogba 63, 6), James (Martial 84); Ighalo 5.5.
Subs: Grant, Rashford, Fernandes, Greenwood, Wan-Bissaka, Matic, Garner.
LASK (3-4-3): Schlager 6; Wiesinger 7 (Sabitzer 73, 6), Trauner 6.5, Andrade 6.5 (Filipovic 80); Ranftl 6.5, Holland 6, Michorl 5.5, Renner 7; Frieser 6, Raguz 7, Balic 6 (Reiter 66, 6).
Subs: Lawai, Gebauer, Ramsebner, Muller, Wostry, Haudum, Celic.
Europa League 2019/20: LASK 0-5 Manchester United
Pasukan paling agung dalam peradaban sejarah bola sepak dunia, Manchester United mudah mara kepusingan 16 terbaik selepas menewaskan Club Brugge.
Lawan yang menanti Manchester United untuk ke suku akhir adalah pasukan LASK, pernah dengar nama ini tapi tak tau dari mana kan?
LASK merupakan naib juara liga Austria, Bundesliga Championship musim lalu dibelakang RB Salzburg, bekas kelab Erling Haaland dan Takumi Minamino.
Kini LASK sedang mendahului Bundesliga Championship dengan kelebihan tiga mata di depan RB Salzburg, selepas 22 perlawanan.
10 – No team has had more different goalscorers in the Europa League this season than @ManUtd (excluding own goals), with 18-year-old Mason Greenwood the Red Devils' highest scorer in the competition this term with four. Spread. pic.twitter.com/nxhi6jsyc1
— OptaJoe (@OptaJoe) March 12, 2020
Di atas kertas LASK boleh dikatakan lauk dan santapan buat Setan Merah, namun dalam bola sepak, aksi di padang menjadi penentu.
LASK Berjaya mara ke pusingan yang sama dengan Setan Merah, ini bermakna mereka mempunyai kekuatan tersendiri.
Ekoran penularan Coronavirus yang telah di wartakan sebagai Pandemic, perlawanan antara Manchester United dan LASK di Linzer Stadion dimainkan secara tertutup.
Manchester United telah mengumumkan saguhati buat penyokong mereka yang telah membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan ini.
Sebanyak £350 akan diberikan untuk menampung kerugian kos perjalanan dan penginapan yang telah dikeluarkan.
👏👏👏
Man Utd say they will pay £350 towards the travel and accommodation costs of each supporter who bought a ticket to watch the team face LASK in the Europa League.https://t.co/iSIK8f7fue pic.twitter.com/Epx3f9ZlbS
— BBC Sport (@BBCSport) March 12, 2020
Sejak wisel permulaan permainan ditiup oleh pengadil perlawanan dari Portugal, Artur Diaz, Manchester United terus menguasai perlawanan.
Serangan demi serangan dilancarkan Manchester United, selepas 25 minit permainan tiada gol yang didambakan terhasil.
Pada minit ke-28 akhirnya kebuntuan telah dipecahkan dengan satu kejadian yang dipanggil jaringan. Satu perkara yang diinginkan oleh pasukan bola sepak.
3 – Odion Ighalo has scored in all three of his starts in all competitions for Manchester United, with the Nigerian netting four goals in total. Impact.
— OptaJoe (@OptaJoe) March 12, 2020
Hantaran cantik dan genius Bruno Fernandes berjaya di hidu oleh pemain yang mula menjadi kesayangan peminat Manchester United, Odion Ighalo.
Odion Ighalo telah mengawal bola dengan begitu cantik, kiri kanan kiri kanan melarikan bola daripada terkaman pemain LASK.
Kemudian satu rembatan dilepaskan dan cantik menerjah masuk ke kiri gawang menewaskan penjaga gol LASK, Alexander Schlager.
10 – Bruno Fernandes has been involved in more Europa League goals than any other player this season, with the Portuguese netting six goals and providing four assists with Sporting CP and Manchester United combined. Frank. pic.twitter.com/1YpBeAXNu0
— OptaJoe (@OptaJoe) March 12, 2020
LASK bukan biasa-biasa, masakan tidak mampu mara sejauh ini. Serangan mereka rencanakan tidak boleh dipandang rendah.
Namun mati kutu selepas masuk ke kotak penalti. Sepanjang 45 minit permainan hanya satu percubaan hadir itu pun percubaan tidak tepat.
Pada awal separuh masa kedua, Luke Shaw telah dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan pemain LASK, betul-betul di luar kotak penalti.
Namun sepakan percuma LASK dari pakar sepakan percuma mereka mudah dipatahkan.
Odion Ighalo's game by numbers vs. LASK:
⬡ 100% pass accuracy
⬡ 5 take-ons completed
⬡ 4 chances created
⬡ 4 shots
⬡ 2 shots on target
⬡ 2 fouls won
⬡ 1 assist
⬡ 1 goalLiving the dream. 🤩 pic.twitter.com/YnGl06SCI7
— Squawka Football (@Squawka) March 12, 2020
Pada minit ke-58, Daniel James menerima satu hantaran cantik dan melepasi perangkap offside dan meloloskan diri.
Secara solo Daniel James melarikan bola sambil Bruno Fernandes datang memberi sokongan.
Daniel James menggelecek seorang pemain LASK sebelum melepaskan leret yang sekali lagi masuk melalui kiri gawang, kali ini di bahagian bawah.
James menamatkan kemarau gol dalam 33 perlawanan bersamaan 2527 minit bersama Manchester United sejak 31 Ogos 2019.
33 – Daniel James has scored his first goal for Manchester United in 33 games, ending a run of 2527 minutes without scoring in all competitions. Relief.
— OptaJoe (@OptaJoe) March 12, 2020
Bimbang jaringan lebih banyak terhasil, Ole Gunnar Solskjaer mengeluarkan Bruno Fernandes pada minit ke-78 dan memasukkan Andreas Pereira.
Tanpa Bruno Fernandes di padang Manchester United masih mampu menyetan dengan tambahan tiga gol ketika permainan berbaki 10 minit.
Juan Mata menjaringkan gol ketiga melalui satu sentuhan penyudah yang sangat manis pada minit ke-82.
Ketika permainan menuju ke penghujung Mason Greenwood menjaringkan gol keempat melalui satu rembatan padu.
Mason Greenwood menjadi pemain remaja pertama menjaringkan lima gol di kejohanan Eropah dalam semusim untuk Manchester United
5 – Mason Greenwood is the first ever teenager to score as many as five goals in a single European campaign for @ManUtd (excluding qualifiers). Free. pic.twitter.com/ybBQpmoE8G
— OptaJoe (@OptaJoe) March 12, 2020
Andreas Pereira melengkapkan kemenangan penuh bergaya Manchester United dengan gol kelima dengan satu rembatan jarak jauh.
Entah apa yang dibuat penjaga gol LASK boleh terkena dengan bola macam tu.
Pasukan LASK dicanangkan hebat kerana menewaskan RB Salzburg yang pernah menentang Liverpool di Chmapions League.
Lawan Liverpool je cakap hebat, gila.
LASK (3-4-3): Schlager 4.5; Ramsebner 5.5, Trauner 4.5, Ranftl 6; Reiter 6, Holland 5.5 (Haudum 76, 6), Michorl 5, Renner 6; Tetteh (Raguz 61, 6), Klauss 5.5, Frieser 7 (Balic 71, 6)
Pemain Gantian tidak digunakan: Gebauer, Muller, Wostry, Sabitzer
Man Utd (4-2-3-1): Romero 6.5; Williams 6.5, Bailly 6, Maguire 6, Shaw 6; Fred 6.5, McTominay 7; Mata 7, Fernandes 7.5 (Pereira 78, 6.5); James 7 (Chong 71, 6); Ighalo 8 (Greenwood 85)
Pemain Gantian tidak digunakan: De Gea, Lindelof, Matic, Tuanzebe