Arsenal memulakan bulan Ogos dengan cemerlang gemilang dan terbilang. Pasukan yang berada di Utara London itu berjaya menewaskan Chelsea untuk bergelar juara Piala FA 2019/20.
FOURTEEN. TIMES. ๐#HeadsUpFACupFinal | @EmiratesFACup
โ ๐ Arsenal (@Arsenal) August 1, 2020
Dalam aksi bertempat di stadium tak berpenyokong itu, The Gunners sudah menunjukkan kepada dunia keyakinan mereka dengan turun tanpa Mesut Ozil.
Sebaliknya Arsenal menurunkan pemain yang serba serbi tak berfungsi iaitu Pepe.
Ianya bagi mengimbangi kehebatan kedua dua pasukan. Arsenal mungkin sedar Chelsea bakal kehilangan pemain dalam perlawanan ini, selepas apa yang berlaku pada aksi final 2017 yang lalu.
๐ @EmiratesFACup?
Bossed it ๐ pic.twitter.com/e9yO5tofjW
โ ๐ Arsenal (@Arsenal) August 1, 2020
Chelsea diberikan kebahagiaan dan harapan palsu apabila tampil dengan gol seawal minit ke-5.
Christian Pulisic yang lincah seperti lipas kudung telah menjaringkan gol dari jarak dekat.
Prestasi Pulisic terus cemerlang sejak akhir akhir ini.
That's a feeling @cpulisic_10 won't forget in a hurry! ๐คฉ
๐ต 1-0 ๐ด [21'] #HeadsUpFACupFinal pic.twitter.com/qD8WCmTfzG
โ Chelsea FC (@ChelseaFC) August 1, 2020
Tidak lama kemudian Mason Mount melakukan rembatan deras yang ditepis oleh penjaga gol muda Arsenal, Emi Martinez yang menjadi nadi penting Arsenal sebelum ini sejak ketiadaan Bernd Leno yang cedera.
Arsenal diberikan sepakan penalti selepas kapten Chelsea menjatuhkan kapten pasukan Arsenal. Azpilicueta membantah keputusan pengadil dan menyatakan itu bukan foul.
Kebijakasanaan pengadil perlawanan telah menunjukkan ketegasannya walaupun para penyokong Chelsea marah dan kecewa dengan keputusan itu.
Ingat pengadil ada masa nak membaca komen mereka semua di media sosial.
Aubameyang dengan tenang menyumbat sepakan penalti itu menewaskan penjaga gol yang persis kepada abang serba boleh yang boleh buat banyak kerja termasuk bomba, polis dan angaksawan.
Selepas menyamakan kedudukan itu, nasib Chelsea berubah menjadi malang.
Arsenal mulai tampil bertenaga. Pada separuh masa kedua, Aubameyang menambah satu lagi gol selepas aksi dungu Chelsea ketika bertahan sekali lagi.
Chelsea menjadi pasukan big six yang paling kuat melacurkan diri untuk dibolosi pasukan lain โ sama ada dengan atau tanpa Kepa. Tak hairanlah Lampard terus dikaitkan dengan pemburuan penjaga gol baharu.
Aubameyang melakukan cip yang cantik melepasi Caballero.
WHAT A CHIP! ๐ฎ
A beautiful move and calm finish for Pierre-Emerick Aubameyang. Arsenal fans will love that! #EmiratesFACup pic.twitter.com/MBQr1puus8
โ The Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) August 1, 2020
Dengan kedudukan 2-1, Chelsea dikejutkan dengan kad merah diterima Kovacic selepas dua kali kad kuning. Ianya membuatkan Chelsea kehilangan seorang pemain dan terpaksa beraksi 10 orang.
Sebelum itu Chelsea sudah kehilangan Pulisic dan Azpilicueta yang cedera.
Chelsea turut mempersoalkan tindakan pengadil yang tidak memberikan handball kepada Martinez yang didakwa mereka menangkap bola sesuka hati di luar kawasan sepatutnya.
Arsenal memastikan piala FA ke-14 mereka dalam genggaman dengan aksi bertahan yang kemas.
Pada lewat perlawanan, Pedro pula diusung keluar padang dalam aksi terakhir beliau sebelum meninggalkan Chelsea. Pedro cedera selepas pergeseran dengan pertahanan Arsenal.