Fabrizio Romano Dedah Rancangan Ten Hag Di Hari-Hari Terakhir Jendela Januari

Peniup wisel yang terkenal dengan kata bidalan, here we go! Fabrizio Romano telah mendedahkan rancangan perpindahan Erik Ten Hag di hari-hari terakhir jendela musim sejuk yang akan berakhir pada 31 Januari.

Selepas permulaan musim yang teramat buruk, Manchester United kini semakin baik dan maju apabila kembali bersaing untuk slot Champions League bagi musim hadapan.

Selepas mencatakan kemenangan bergaya ke atas Manchester City, Manchester United sekadar seri menentang Crystal Palace dan tewask kepada Arsenal dalam perlawanan penuh klasik.

Jika mencatatkan kemenangan ke atas Palace dan Arsenal, Setan Merah pasti boleh bercakap mengenai menjadi pencabar kepada kejuaraan Premier League, peluang masih ada tetapi agak tidak realistik selepas tewas kepada Arsenal.

Pasti sasaran utama Manchester United kini adalah memastikan kedudukan top 4 dan menurut Fabrizio Romano selepas berjaya mendapatkan Wout Weghorst, Erik Ten Hag masih lagi mahu memperkuatkan pasukan.

Pengurus dari Belanda itu mahu mencari ‘pemain kreatif’ untuk posisi righ-back yang agak dikritikal ketika ini dan Aaron Wan Bissaka yang semakin meningkat mahu terus dikekalkan.

Pada jendela perpindahan musim panas yang lalu, Aaron Wan Bissaka mahu saja dijual tetapi tiada yang berminat dan pada bulan November dan Disember yang lalu Bissaka diletakkan dalam senarai untuk dilepaskan.

Namun segalanya berubah selepas tamat Piala Dunia 2022, di mana Diogo Dalot mengalami kecederaan dan Aaron Wan Bissaka adalah satu-satunya calon tulen yang ada untuk posisi itu.

Sejak itu Wan Bissaka kembali mendapat tempat namun Erik Ten Hag masih perlu mencari seorang lagi pemain untuk menjadi sandaran sementara Dalot masih lagi belum pulih.

“Mengenai situasi bek kanan, terdapat kemas kini penting. Aaron Wan-Bissaka kini mempunyai peluang yang sangat baik untuk kekal di Manchester United. Pada November dan Disember, dia boleh didapati di pasaran selepas bahagian pertama musim yang sukar. Sekarang situasi itu adalah sebaliknya.”

“Mereka sedang mempertimbangkan beberapa pilihan dari seluruh Eropah, termasuk Josip Juranovic dari Celtic. Tetapi pada masa ini Man United memberi tumpuan kepada Wan-Bissaka sebagai pemain untuk menyediakan saingan untuk Diogo Dalot.

“Jadi Wan-Bissaka boleh kekal dan Man United akan mencari pemain kreatif pada hari-hari terakhir jendela jika ada pemain yang tersedia, jika tidak mereka akan kekal bersama skuad semasa.”

Bek kanan sangat kritikal dan diperlukan bagi memperkuatkan pasukan yang masih lagi mempunyai empat kejohanan untuk dimainkan iaitu Premier League, Piala Liga, Piala FA dan Europa League.

Dengan Diogo Dalot masih lagi dalam fasa perbincangan untuk melanjutkan kontraknya bersama Setan Merah menjadi satu risiko besar jika Aaron Wan Bissaka dilepaskan.

Erik Ten Hag sebelum ini pernah meletakkan Tyrell Malacia untuk menggantikan Diogo Dalot dan ideanya itu nampak mengerikan dan menggunakan Wan Bissaka adalah lebih baik walaupun kurang berfungsi ketika menyerang.

Josip Juranovic dari Celtic yang disebutkan Fabrizio Romano antara pemain sasaran kini boleh dilupakan selepas pemain itu telah sah menyertai Union Berlin.

BACA:  Bruno Fernandes Dedah Reaksi Maguire Apabila Dia Diumumkan Kapten Baharu MU