Peminat Manchester United tidak sanggup lagi untuk melihat aksi yang bukan-bukan lagi menakutkan dari Martin Dubravka di padang yang menyakitkan jantung mereka.
Dalam perlawanan Piala Liga, Martin Dubravka telah diturunkan ketika menentang pendahulu Championship, Burnley menggantikan David De Gea.
Manchester United menang dengan jaringan dua gol tanpa bolos dan menyaksikan Martin Dubravka telah mencatatkan clean sheet namun itu tetap disenangi peminat Setan Merah.
Ini lantaran aksi buruk yang telah ditampilkan oleh penjaga gol pinjaman Newcastle United juga merupakan penjaga gol pasukan kebangsaan Slovakia.
Sejak hadir di Old Trafford, Martin Dubravka telah bermain dalam dua perlawanan di Piala Liga dan perlawanan menentang Burnley merupakan penampilan keduanya.
to all that said dubravka was better than De Gea pic.twitter.com/PGVLqJNCD8
β π (@NemanjaLicha) December 21, 2022
Dia membuat penampilan sulungnya dalam pusingan Piala Carabao sebelum ini menentang Aston Villa tetapi pada malam Rabu, dia kelihatan seperti dia tidak pernah bermain di gawang sebelum ini.
Rasa gugup jelas terpancar dari Martin Dubravka setiap kali ditekan apabila bermain dari belakang, pemain berusia 33 tahun itu hampir menjaringkan DUA gol sendiri.
Pada minit ke-35, dia gagal membaca dengan tepat hantaran lintang Burnley lalu hanya menangkap angin dan selepas bola itu melantun pergi kepada Marcus Rashford
Bola di kaki Rashford melantun pula ke arah Dubravka yang terus membuat satu tepisan ke gawang sendiri yang langsung tidak dikawal.
Syukurlah dia terhindar dari bala bencana kerana Casemiro dan Aaron Wan-Bissaka pantas mengejar untuk mengeluarkan bola di atas garisan. Namun aksi sakit jantung terus diberikan Dubravka.
Martin Dubravka juga menyajikansatu lagi aksi kelakar yang berjaya digagalkan diri sendiri dan sudah pasti insiden itu mahu dilupakan serta-merta.
Selepas bola itu dimainkan semula dan dihantar kebelakan kepadanya, Dubravka melihat bola itu bergolek di bawah kakinya kerana kawalan bola yang terlalu lemah.
Dia kemudian bertindak pantas untuk menghalang bola masuk tetapi ia benar-benar tidak menggalakkan jika anda peminat Manchester United. Ramai yang fikir dia patut menyarung baju Manchester United semula dan mahu dia kembali ke Newcastle pada Januari.
#Dubravka pic.twitter.com/Vy5oGvZFV4
β GGMU__ORETHπΉπ΄ (@833ORETH) December 21, 2022
Christian Eriksen dan Marcus Rashford menjaringkan gol untuk membawa Manchester United mara ke suku akhir Carabao Cup dengan kemenangan 2-0 ke atas Burnley semasa Vincent Kompany kembali ke Old Trafford.
Vincent Kompany ketika bermain bersama Manchester City menikmati banyak kemenangan derby ke atas United tetapi pertemuan semula Red Devils sebagai pengurus Burnley berakhir dengan kekalahan di pusingan keempat Carabao Cup.
Eriksen membuka jaringan dengan jaringan pada minit ke-27 sebelum Rashford menggandakan kelebihan pada separuh masa kedua perlawanan pertama United sejak Piala Dunia.
Pendahulu liga Championship, Burnley mempamerkan aksi hebat tetapi dihukum kerana tiada sentuhan penyudah yang membazir peluang yang dicipta sepanjang perlawanan.
Pada minit ke-27 menyaksikan assist akrobatik Aaron Wan Bissaka telah membolehkan Cristian Eriksen menjaringkan gol pembukaan dengan satu tolakan mudah.
Paling menarik dalam perlawanan ini apabila Casemiro telah bermain diposisi baharu sebagai centre-back bergandingan bersama Victor Lindelof.
Pada minit ke-57 larian lipas kudung lagi berkuasa Marcus Rashford membolehkan Setan Merah menggandakan kedudukan dan berada dalam situasi lebih selesa.
Bruno Fernandes terus bersinar tanpa kelibat Cristiano Ronaldo yang telah ditamatkan kontrak apabila mencipta tiga peluang termasuklah untuk gol Cristian Eriksen.
Manchester United: Dubravka, Lindelof, Fernandes, Martial, Rashford, Malacia, Eriksen, Casemiro, Wan-Bissaka, McTominay, Garnacho.
Pemain Simpanan: De Gea, Bennett, Shaw, Williams, Fred, Van de Beek, Antony, Elanga, Pellistri.
Burnley: Peacock-Farrell, Roberts, Harwood-Bellis, Beyer, Maatsen, Cullen, Cork, Brownhill, Gudmundsson, Benson, Barnes.
Pemain Simpanan: Muric, Taylor, McNally, Egan-Riley, Twine, Rodriguez, Bastien, Churlinov, Lewis.
Pengadil: Graham Scott (Berks & Bucks).