Gol Sendiri Paling Pelik Martin Dubravka Dengan Aksi Slam Dunk

Penjaga gol Slovakia, Martin Dubravka telah menjaringkan gol sendiri paling pelik setakat ini di EURO 2020 apabila mempamerkan aksi pemain bola keranjang melakukan Slam Dunk.

Slovakia memulakan kempen EURO 2020 dengan penuh meyakinkan apabila mudah menewaskan Poland dengan jaringan tiga gol tanpa balas.

Perlawanan kedua menyaksikan Slovakia tewas tipis 1-0 kepada Sweden sebelum dibelasah Sepanyol 5-0 dalam perlawanan terakhir.

Keputusan ini telah menutup ruang Slovakia untuk layak ke pusingan seterusnya dengan mengumpul perbezaan gol sebanyak -5.

Penjaga gol Slovakia, Martin Dubravka telah beraksi cemerlang dengan menyelamatkan sepakan penalti Alvaro Morata pada minit ke-11 dan menafikan gol pembukaan Sepanyol.

Namun selepas 30 minit permainan Penjaga gol Slovakia, Martin Dubravka telah melakukan satu aksi yang aneh, pelik lagi misteri yang tidak dapat diterima akal.

Rembatan luar kotak penalti daripada Pablo Sarabia telah menghentam tiang dan bola telah tegak melambung ke langit dan pada mulanya dilihat mudah buat Martin Dubravka menangkap bola.

Martin Dubravka cuba menepis bola keluar melalui atas palang namun bola telah dislam dunk ke dalam gawang sendiri. Aksi hero to zero dari Martin Dubravka.

Mungkin kerana silauan matahari menyebabkan pembacaan dan pengiraan Martin Dubravka telah terpesong dan sedikit lambat menyentuh bola.

Atau mungkin juga kerana Martin Dubravka melompat sedikit awal dan ketika tepisan cuba dilakukan bola terkena bahagian tepi tangan Martin Dubravka.

Namun aksi hero to zero Martin Dubravka itu telah memahatkan beliau dalam sejarah yang tersendiri yang boleh digelar sejarah hitam buat beliau.

Jaringan sendiri itu menjadikan Martin Dubravka sebagai penjaga gol pertama yang menyelamatkan penalti dan menjaringkan gol sendiri dalam sejarah Euro.

Jaringan gol sendiri Martin Dubravka merupakan jaringan sendiri ketujuh dalam edisi Euro 2020 ini. Menyamai rekod terkumpul dalam 5 edisi terakhir.

Euro 2000 (1 gol sendiri)
Euro 2004 (2 gol sendiri)
Euro 2008 (0 gol sendiri)
Euro 2012 (1 gol sendiri)
Euro 2016 (3 gol sendiri)

Gol sendiri yang aneh dari pemain Newcastle United, Martin Dubravka telah memecahkan kebuntuan gol di La Cartuja Stadium Seville dan menjadi pembakar semangat buat Sepanyol.

Sepanyol dengan tiba-tiba sudah pandai menjaringkan gol lalu menambah lagi gol melalui Aymeric Laporte, Pablo Sarabia dan Ferran Torres.

Ketika perlawanan hampir saja bakal tamat dengan kedudukan empat gol berbalas kosong buat Sepanyol, Juraj Kucka telah menjaringkan gol sendiri pula.

Seperti terkejut melihat bola hampir masuk ke gawang sendiri Juraj Kucka satu aksi spontan telah dilakukan kaki beliau untuk mengeluarkan bola.

Namun dengan kedudukan badan dan kaki beliau dengan sentuhan sebegitu pasti bola akan masuk ke gawang sendiri.

Setakat ini sudah lapan pemain menjaringkan gol sendiri di Euro 2020 untuk peringkat kumpulan sahaja.

1. Merih Demiral (Turki)
2. Wojciech Szczesny (Poland)
3. Mats Hummels (Jerman)
4. Ruben Dias (Portugal)
5. Raphael Guerreiro (Portugal)
6. Lukas Hradecky (Finland)
7. Martin Dubravka (Slovakia)
8. Juraj Kucka (Slovakia)

Walaupun Euro mula diperkenalkan pada tahun 1958, gol sendiri pertama hanya hadir pada edisi tahun 1976 yang dianjurkan di Yugoslavia.

Anton Ondrus, pemain Czechoslovakia muncul pemain pertama mencipta rekod yang tidak dinginkan ini apabila dia telah tertolak bola ke gawang sendiri pada minit ke-73, ketika pasukannya menentang Belanda, di peringkat separuh akhir.

Gol malang tersebut menjadikan kedudukan semasa kepada 1-1. Walaubagaimanapun, pasukan Czechoslovakia berjaya mara ke perlawanan akhir selepas mereka berjaya menambah dua jaringan, sekaligus layak ke perlawanan akhir menentang pasukan Jerman Barat.

Czechoslovakia muncul juara menerusi penentuan sepakan penalti 5-3, selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa tambahan.

Selepas rekod dicipta Ondrus, ramai pemain yang cuba menjaringkan gol sendiri, namun tidak berjaya.

BACA:Β  Senarai Jadual Penuh EURO 2020