Erik Ten Hag Pertahan Tabiat Man Utd Yang Suka Berbelanja Besar

Erik ten Hag mempertahankan tabiat Manchester United yang gemar berbelanja besar di pasaran pemain, dan menegaskan pasukan lain turut berbuat sedemikian rupa.

Pengendali dari Belanda itu telah membawa enam pemain pada musim panas pertamanya bergelar pengurus Man Utd, dan sepanjang tempoh itu telah membelanjakan £210 juta untuk pemain seperti Antony, Casemiro, Lisandro Martinez, Tyrell Malacia dan Christian Eriksen.

Beberapa pemain lain seperti Martin Dubravka, Jack Butland, Marcel Sabitzer dan Wout Weghorst pula dibawa masuk secara pinjaman.

Tabiat berbelanja secara mewah oleh United tidak terhenti pada jendela perpindahan musim panas ini.

Ten Hag turut merekrut Mason Mount dari Chelsea dengan nilai £55 juta, Andre Onana dari Inter Milan dengan nilai £47 juta, dan bakal mengumumkan Rasmus Hojlund yang didatangkan pada nilai £72 juta dari Atalanta pada masa terdekat.

Ketika disoal jika peningkatan perbelanjaan itu akan memberikan tekanan kepada dirinya dan barisan pemain untuk merangkul kejuaraan, Ten Hag berkata Man Utd sepatutnya tidak dilihat sebagai satu-satunya kelab yang berbuat demikian.

“Sebagai perbandingan dengan pasukan lain, kami tidak [berbelanja] lebih atau kurang,” jawab beliau kepada media.

“Semua mereka [kelab] melabur dengan banyak untuk pasukan. Saya tidak memberikan fokus kepada is [tekanan] itu kerana pada saya ia tidak menarik [untuk dibincangkan].

“Saya harus memikirkan bagaimana harus kami bermain dan terus meningkatkan keupayaan pasukan. Saya akan berjuang demi pemain yang saya maghukan di sini, dan saya juga menuntut kelab untuk mendapatkan pemain yang betul.

“Dan apabila kami memperoleh semua itu, sudah tentu kami perlu mendapatkan keputusan [perlawanan] yang dikehendaki.”

Ten Hag kemudiannya menegaskan perbelanjaan yang hampir angka £400 juta yang dilakukannya tidak bermaksud Man Utd harus dilihat sebagai pencabar kejuaraan Premier League pada musim hadapan.

“Saya berpendapat kita tidak patut bercakap mengenainya [kejuaraan] ketika pra musim. Tidak ada pasukan yang boleh berbuat demikian, kecuali mungkin Man City,” tambah Ten Hag.

“Mereka boleh berbuat demikian kerana sejak enam musim lalu, mereka menjuarai lima daripadanya. Hadi mereja boleh berkata begitu. Manakala kelab lain harus tampil bertanding untuk berada di kedudukan empat teratas terlebih dahulu.

“Selepas itu dua pasukan teratas dan anda mungkin boleh melihat saingan di posisi tersebut. Sekarang, jangan bercakap mengenai pencapaian tersebut terlebih dahulu.

“Kami telah membuktikan mampu menewaskan mereka [Man City], tetapi anda harus melakukannya secara kerap. Buat masa ini tahap sedemikian masih jauh.

“City juga memenangi perlawanan mereka lebih muda berbanding dengan cara kami lakukan. Jadi saya melihat kepada fakta.

“Saya sebenarnya enggan bercakap mengenai mereka kerana ia kedengaran sangat negatif, dan itu bukan maksud sebenar saya.

“Saya hanya mahu bercakap mengenai projek di sini [bersama Man Utd]. Saya mahu berbicara bagaimana kami menambahbaik pasukan dan peningkatan peningkatan prestasi [Man Utd] pada musim lalu agak jelas.

“Sangat jelas kami mampu menewaskan pasukan besar dan juga pasukan seperti City. Daripada tiga perlawanan kami berhadapan mereka, kami berjaya menampilkan peningkatkan prestasi.

“Kami hanya mahu melihat kepada diri kami sendiri dan bukan kepada pasukan lain. Kami melalui pertandingan di mana tujuh, lapan kelab di Premier League [mempunyai potensi juara].

“Lebih banyak kelab di pertandingan Eropah. Jadi kami harus bermain dengan cara kami sendiri dan berusaha meningkatkan prestasi. Dan ia harus dilakukan secara optimum.”

BACA:  Premier League 2019/20: Everton 1-1 Manchester United