Premier League 2019/20: Everton 1-1 Manchester United

Manchester United turun menentang Everton untuk mencari tiga mata penuh bagi merapatkan jurang mata kepada Chelsea yang sekadar seri menentang Bournemouth.

Jika menang bermakna Manchester United hanya ketinggalan satu mata sahaja dibelakang Chelsea untuk merebut slot ke Champions League musim hadapan.

Everton bukan lawan mudah sejak kehadiran pengendali dari Itali, Carlo Ancelotti yang membawa Everton dengan penuh cemerlang.

Namun selepas tiga minit permainan, Everton sudah dihadapan hasil jaringan Dominic Calvert-Lewin yang semakin menjadi-jadi di bawah bimbingan Carlo Ancelotti.

Gol ini berpunca daripada kesilapan David De Gea yang menghadiahkan gol percuma selepas menerima bola.

Cantik kawalan bola De Gea namun tendangan entah bagaimana telah terkena kaki Dominic Calvert-Lewin. De Ge tak perasan ke?

Kesilapan ketujuh yang dilakukan De Gea yang membawa padah sejak awal musim lepas lagi dan tertinggi di Premier League.

Musim ini sahaja sudah tiga kesilapan dilakukan De Gea.

Sejak Ancelotti mengambil alih Everton pada Boxing Day yang lalu, Dominic Calvert-Lewin telah menjaringkan gol lebih banyak berbanding pemain lain denga lapan gol.

Bruno Fernandes kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-31 melalui satu rembatan padu luar kotak penalti.

Bruno Fernandes mendapat bola daripada Namenja Matic dan melakukan larian mendapatkan langkah untuk merembat.

Rembatan yang deras itu sedikit melencong dan melantun ke tanah membuatkan penjaga gol Everton,Jordan Pickford tertewas dan tersilap.

Lima minit terakhir separuh masa pertama menyaksikan perlawanan banyak disajikan dengan aksi kekasaran dan empat kad kuning dilayangkan dan tiga minit masa kecederaan diberikan.

Pada awal babak kedua, Gylfi Sigurdsson hampir meletakkan Everton kembali di depan melalui satu sepakan percuma.

Tapi sayang sepakan yang cantik lagi indah itu menghinggap ke tiang dan sambaran susula daripada Dominic Calvert-Lewin sedikit tersasar.

Everton dan Setan Merah berbalas serangan namun tiada serangan yang mengancam dan mampu diterjemah menjadi jaringan gol.

Berbaki 10 minit permainan menjadi terbuka kerana kedua-dua pasukan mahukan gol kemenangan. Everton tampak lebih menyengat.

Pada minit ke-89, Jordan Pickford melakukan akso menyelamat berganda menafikan percubaan Brendan Willian dan Odion Ighalo.

Kemudian Everton membalas serangan namun diselamatkan kaki ajaib De Gea. Bola muntah telah disusuli satu sepakan lemah terkena kaki Harry Maguire.

Namun bola masuk meleleh ke dalam gawang. Video Assistan Referee(VAR) membatalkan jaringan kerana pemain Everton offside kerana ada pemain Everton sedang bersimpuh di depan De Gea.

Pengurus Evertin, Carlo Ancelotti dibuang padang kerana tidak berpuas hati dengan keputusan VAR yang teramat adil itu.

Everton: Pickford, Coleman (Sidibe 28), Keane, Holgate, Baines, Walcott (Bernard 63), Andre Gomes (Kean 82), Davies, Sigurdsson, Calvert-Lewin, Richarlison

Subs: Delph, Mina, Iwobi, Virginia

Man Utd: de Gea, Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, McTominay (Mata 72), Matic, Fred, Bruno Fernandes, Greenwood (Ighalo 72), Martial (Williams 89)

Subs not used: Bailly, Lingard, Andreas Pereira, Romero

BACA:  Pasukan Dari Premier League Mahu Selamatkan Karier Van de Beek