Tular di media sosial pada ketika ini, aksi Fred kena buli dengan pemain muda Man Utd, Hannibal Mejbri ketika mereka sedang menjalani sesi latihan bersama.
Pemain muda yang sedang meningkat naik itu telah turun menjalani latihan bersama skuad utama, dengan aksinya berjaya memukau beberapa pemain lain termasuk Fred.
Mejbri yang kini baru saja berusia 18 tahun dilihat mengacah-acah pemain kebangsaan Brazil itu dengan mempamerkan kemahiran kakinya yang sungguh menakjubkan.
Hannibal "taking the p***" out of Man Utd team-mates as Fred on receiving end https://t.co/LuxtSIGVID pic.twitter.com/Snmvs1u5w8
— Mirror Football (@MirrorFootball) September 7, 2021
Beliau mempamerkan skill kepantasan kakinya sebelum menolak bola mencari Donny van de Beek sambil membuat Fred terpesona dengan kelincahannya.
Pemain muda itu kemudiannya sekali lagi menerima bola dan berjaya mengawal bola tersebut dengan tenang walau di asak oleh Fred.
Selain bijak mengawal bola, beliau juga tenang melepasi Fred sebelum membawa bola masuk ke kotak penalti dan melepaskan rembatan ke arah gawang gol.
Hannibal Mejbri 🔥
— United Zone (@ManUnitedZone_) September 7, 2021
Ramai yang berharap pada bintang muda itu untuk menyerlah di Old Trafford, apa lagi selepas melihat bagaimana cemerlangnya beliau ketika beraksi di AS Monaco.
Pemain midfield itu ditandatangani oleh setan merah pada tahun 2019 yang lalu dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar €5 ke €10 juta.
Beliau melakukan debut rasmi bersama United pada hari terakhir kempen saingan Premier League musim lalu, ketika masuk menggantikan Juan Mata dalam aksi kemenangan 2-1 menewaskan Wolves.
Ramai yang membandingkan kemampuan dan kehebatan Mejbri dengan bintang handalan Perancis, Paul Pogba yang juga datang dari akademi United.
Hannibal Mejbri is still "taking the p***" out of players, as one Manchester United coach put it, with Fred being his latest victim.
The 18-year-old has a reputation for dazzling skills and twinkling toes – somewhat reminiscent of a certain player back in his teenage days. pic.twitter.com/TnBBuQa9Co
— Manuel Menacho (@MenachoManuel1) September 8, 2021
Walau bagaimanapun, ketika ramai yang memuji kemampuan Mejbri, Nicky Butt, bekas ketua perkembangan bakat skuad utama United menyatakan yang kedua-dua pemain itu mempunyai ciri yang jauh berbeza.
“Hannibal berbeza dari Paul.”
Jelas Butt kepada Manchester Evening News pada Februari lalu.
“Dia tidak sekuat Paul, dia tidak sedominan Paul, dia merupakan pemain yang berbeza dari Paul tapi kita semua tahu dia ada bakat yang tersendiri. Ianya telah dibuktikan di sidang media ketika kita menandatangani dia dengan melihatkan yuran perpindahan dia.”

“Tapi dia merupakan pemain muda yang datang ke negara asing dan memerlukan masa. Dia memang sangat, sangat berbakat tapi masih belum cukup matang. Dia masih bayi. Dia masih belum ada apa-apa, dia perlu bina fizikal terlebih dahulu.”
Hannibal sending fred back to Brazil, let's be honest, fred is a decent player but as roy keane said, he's not going to win you any of the big trophies https://t.co/ekHUPJ7DU0
— Sagheer Osman🔰🇵🇸 (@sagheerosman) September 8, 2021
“Bakat memang ada, dia ada potensi untuk berkembang dan bermain di tahap lebih tinggi, tapi perjalanan dia masih jauh.”
Mejbri tentunya berharap agar beliau mampu mengikuti jejak langkah pemain seperti Jesse Lingard, Marcus Rashford dan Mason Greenwood, yang datang dari akademi dan bersinar bersama skuad utama.
Pada Disember 2019, pihak kelab memecah rekod selepas mengharungi 4000 perlawanan peringkat senior, dan setidaknya akan ada seorang pemain akademi yang ada dalam senarai skuad dalam perlawanan tersebut.
Hannibal almost killed Fred 🤣🤣🤣 https://t.co/YihP6XAW9A
— Alwyn (@_Alwyn_) September 7, 2021
Melihat kepada kemampuan Mejbri, tidak hairanlah andai beliau akan diberikan peluang untuk beraksi bersama skuad utama United dalam masa terdekat ini.
Selepas berjaya menewaskan Wolves 1-0 sebelum ini, United selepas ini bakal beraksi bertemu Newcastle United, dalam usaha mereka untuk mendaki ke puncak saingan liga.
Sumber: SPORTbible