Gol Menggempa Bumi Membelah Langit Harry Maguire Tebus Dosa John Stones

Pemain pertahanan termahal dunia, Harry Maguire telah menjaringkan gol Menggempa Bumi Membelah Langit atau Thunderbolt yang memberikemenangan England ketika menentang Poland ketika perlawanan hampir ke penghujung.

Gol kemenangan yang dijaringkan oleh Harry Maguire ini bukan biasa-biasa dan sungguh padu dan beraras tinggi lebih-lebih lagi dijaringkan pemain pertahanan.

Jaringan ini telah menebus dosa John Stones yang melakukan kesilapan yang bukan-bukan yang menyebabkan Poland berjaya menyamakan kedudukan.

Itulah akibat selepas isap gam pergi main bola, biasanya kesilapan kelakar sebegitu menjadi milik Maguire.

Kesilapan Stones itu juga tidak berapa mendapat perhatian media sepertimana yang selalu dihadap oleh Harry Maguire. Begitu la nasib pemain hebat ramai dengki.

Kadangkala kesilapan pemain lain juga, Maguire akan dipersalahkan seperti kesilapan Fred ketika menentang Everton.

Ada yang menyalahkan Maguire kerana menghantar bola kepada Fred.

Gol kemenangan dari Harry Maguire ini terhasil daripada sepakan penjuru pemain muda Manchester City, Phil Foden yang hampir kelaut.

Namun John Stones pantas mengejar dan menanduk bola ke tengah kotak penalti untuk menghidupkan kembali peluang dan usaha keras Stones berhasil.

Bola melantun ke tengah dan Harry Maguire pantas mengejar bola yang melantun dan satu rembatan Thunderbolt atau rembatan Gaya Menggempa Bumi Membelah Langit telah dihasilkan.

Deras bola bola menuju ke arah Wojciech Szczesny yang hanya sempat menyentuh bola yang deras menerjah gawang.

Harry Maguire telah pergi memeluk John Stones selepas jaringan itu mungkin mahu memberi kata-kata semangat.

Selepas perlawanan juga Maguire juga terus memberikan kata-kata semangat kepada Stones dan mempertahankan Stones kerana kesilapan itu.

Bagi Maguire beliau tidak pernah melihat Sotnes melakukan kesilapan dan sebagai pemain pertahanan mereka tidak pernah terlepas dari kesilapan.

Maguire juga memuji Stones yang tidak koyak selepas melakukan kesilapan malah terus bermain dengan sepenuh hati dalam situasi tertekan.

Selain membuat kesilapan kelakar yang kadang kala tidak masuk akal, Maguire juga boleh menjaringkan gol penting serta mampu melancarkan jurus putaran alam semesta.

England 2-1 Poland

Pertemuan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 paling menarik dan dinanti-nanti minggu ini sudah pasti pertembungan antara England dan Poland yang berada di saingan kumpulan I

Perlawanan ini yang menjadi ujian sebenar buat England yang mencatatkan dua kemenangan mudah dalam dua perlawanan awal.

Pemain yang menjadi tumpuan sudah pasti mesin gol daripada kedua-dua pasukan iaitu pemain Tottenham Hotpsur, Harry Kane dan ayam tambatan Bayern Munich, Robert Lewandowski.

Malangnya harapan untuk menyaksikan pertembungan dua pemain ini tidak menjadi kenyataan apabila Robert Lewandowski mengalami kecederaan di lutut.

Robert Lewandowski akan berehat empat minggu menyaksikan beliau bukan sahaja terlepas perlawanan ini malah kedua-dua perlawanan suku akhir Champions League menentang PSG.

Pemain Poland tidak berlutut seketika sebelum perlawanan bermula selepas Presiden FA mereka menyatakan bahawa perlakuan itu merupakan paling akhir akan difikirkan.

Para pemain seluruh dunia melutut sebelum perlawanan bermula untuk menunjukkan sokongan dalam menentang diskriminasi sosial dan ketiadilan.

Melutut atau tidak, tidak membawa kesan kepada perlawanan dan perlawanan diteruskan seperti biasa selepas pengadil meniup wisel permulaan.

England lebih menyerlah sedari awal permainan lagi dengan semangat tiga singa tidak penat untuk terus menekan Poland bagi mencari gol awal.

Pemain pertahan Poland, Michal Helik telah memberikan sepakan penalti selepas menjatuhkan Raheem Sterling yang cuba menembusi kotak penalti.

Tiada masalah untuk Harry Kane meletakkan England dihadapan selepas 20 minit permainan.

Poland tidak mendatangkan sebarang ancaman buat England di separuh masa pertama tanpa sebarang percubaan dan peluang dicipta serta tiada langsung take-ons dari pemain Poland.

Wojciech Szczesny terpaksa berkerja keras menghadang percubaan England, walaupun tanpa sebarang ancaman kepada England, agak kental Poland bertahan.

Percubaan pertama dari Poland sepanjang perlawnan ini pada minit ke-58 terus memberikan Poland gol pertama mereka yang merupakan gol penyamaan dari Jakub Moder.

Entah apa yang difikirkan John Stones yang telah melakukan satu aksi lawak menyebabkan beliau mudah kehilangan bola di depan kotak sediri.

Arkadiusz Milik terus menolak bola kepada Jakub Moder yang merembat kencang, Harry Maguire cuba menghadang dengan satu gelungsuran namun bola agak tinggi yang gagal diselamatkan Nick Pope.

Apabila John Stone ‘stone’ itulah akibatnya dan Jakub Moder menjadi pemain pertama menjaringkan gol menentang Nick Pope yang pertama kali bolos diperingkat antarabangsa.

Selepas terkena gol penyamaan, England tidak segarang awal permainan dan serangan dilancarkan mudah dipatahkan serta banyak tersangkut.

Melihat kesenduan rakan sepasukan, Harry Maguire menjaringkan gol kedua untuk meletakkan England kembali di depan sekaligus menebus kesalahan John Stones.

Gol berpunca daripada sepakan penjuru Phil Foden yang ditanduk oleh ke John Stone ke tengah kotak penalti menemui Harry Maguire.

Dengan penuh kegeraman, Harry Maguire melepaskan satu rembatan padu tepat ke arah Wojciech Szczesny yang gagal menyelamatkan bola.

Gol Harry Maguire itu sudah cukup untuk England mencatatkan kemenangan ketiga serta beroleh 3 mata lagi untuk gayat di kumpulan I dengan 9 mata.

England: Pope, Walker, Maguire, Stones, Chilwell, Rice, Phillips, Foden, Mount, Sterling, Kane.

Subs: Henderson, Trippier, Lingard, Coady, James, Dier, Calvert-Lewin, Mings, Shaw, Watkins, Johnstone, Bellingham.

Poland: Szczesny, Bednarek, Glik, Helik, Bereszynski, Krychowiak, Moder, Rybus, Swiderski, Piatek, Zielinski.

Subs: Szymanski, Dawidowicz, Placheta, Kowalczyk, Fabianski, Kozlowski, Jozwiak, Milik, Augustyniak, Grosicki, Reca, Niemczycki.

Referee: Björn Kuipers (Netherlands).

BACA:  Harry Maguire Mengaku Tidak Bersalah dan Dibebaskan