Pep Guardiola mengamuk apabila pengadil mebnarik balik gol Phil Foden ketika berkunjung ke Liverpool. Dia turut menganjing dengan berkata: “Ini adalah Anfield.”
Pengurus Manchester City itu turut mengau dia dibaling syiling oleh penyokong tuan rumah yang berada di belakangnya, kemudian melihat Mohamed Salah menjaringkan gol tunggal dalam permainanan yang turut menyaksikan Jurgen Klopp dilayangkan kad merah.
Gol Foden telah diketepikan selepas nasihat VAR kerana Erling Haaland menarik baju Fabinho. Haaland kemudian merampas bola daripada Alisson, walaupun penjaga gol kelihatan memegangnya dengan dua tangan.
Apabila ditanya mengenai keputusan itu, Guardiola menjawab: “Ini adalah Anfield. Pengadil bercakap dengan penolong jurulatih saya dan berkata: ‘Saya tidak akan melakukan kesalahan dan saya akan jelas.’ ”
“Dia berterusan berkata teruskan bermain dan bermain [play on]. Kecuali untuk gol [untuk Foden] yang tidak diberikan. Pengadil boleh membuat keputusan: ‘Saya akan tiup wisel untuk semua kontak,’ tetapi dia memutuskan untuk tidak melakukannya dan kemudian selepas dia melakukannya.”
📺 Pep Guardiola on Man City being treated unfairly by the referee:
“This is Anfield.” 🔴 pic.twitter.com/R02hOc2DYA
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 16, 2022
“Apabila kami menjaringkan gol, ia tidak dimainkan pula. Inilah realitinya.”
“Kami mempunyai momentum dan kawalan serta berjaya menjaringkan gol [namun dibatalkan]. ”
“Kami tidak dapat memilikinya dan kemudian kami tewas dengan kesilapan [oleh João Cancelo untuk gol Salah].”
Guardiola kemudian menyindir penyokong Liverpool selepas campur tangan VAR. “Mereka menjerit, kami menjerit lebih kuat,” katanya.
“Kalau tidak, di stadium ini, kamu pergi sunyi je. Permainan itu pun tenang je dan kemudian selepas gol itu dibatalkan dan selepas mereka menjaringkan gol, itu barulah This is Anfield sebenar.”
Mengenai balingan syiling, Guardiola berkata: “Lain kali mereka akan melakukannya dengan lebih baik. Mereka tidak baling kena saya. Mereka cuba tetapi tidak dapat sasaran. Mereka berjaya membaling tepat ke arah jurulatih [pasukan City] beberapa tahun lalu [sebelum perlawanan Liga Juara-Juara] tetapi tidak kali ini.”
Klopp memohon maaf kepada Guardiola kerana insiden balingan syiling, manakala kelab itu berjanji untuk mengeluarkan larangan seumur hidup dari Anfield kepada sesiapa yang didapati bersalah.
🗣 "Next time we'll do it better, didn't get me, they'll try again next year."
Pep Guardiola confirms that coins were thrown at him from the Anfield stands during the game against Liverpool pic.twitter.com/x8uMVdqpTb
— Football Daily (@footballdaily) October 16, 2022
Bernardo Silva Salahkan Pengadil Punca City Kalah Dan Bagi Ceramah Kepengadilan
Bernardo Silva menyekolahkan pengadil agar menjadi lebih konsisten. Dia turut memberikan ceramah kepengadilan yang sangat berguna kepada anak anak muda yang berminat menceburi bidang itu paa suatu hari nanti.
Siapa sangka Bernardo Silva bukan sahaja pandai bermain bola sepak. Malah memiliki ilmu kepengadilan yang luar biasa.
Dengan kepakarannya yang ada, Bernardo Silva tidak fikir Manchester City sepatutnya dibatalkan gol dalam kekalahan kepada Liverpool Ahad lalu. Sebab itulah pemain tengah itu mengkritik pengadil Anthony Taylor kerana kurang konsisten.
Silva menyalahkan pengadil sebagai punca kenapa Manchester City kalah di Anfield.
City mengalami kekalahan liga pertama musim ini apabila mereka tewas 1-0 di Anfield, dengan Mohamed Salah menjaringkan gol kemenangan cemerlang pada separuh masa kedua.
Sebelum itu, Phil Foden mempunyai satu jaringan yang dibatalkan berikutan semakan VAR, dengan pengadil Taylor digesa untuk menonton ulangan di monitor tepi padang – di mana Erling Haaland menarik baju Fabinho dalam pembentukan gol tersebut dan pengadil membatalkannya.
Itu akhirnya menyebabkan juara bertahan dan kelab terbaik di Manchester itu kehilangan mata, dan Silva amat tidak berpuas hati dengan keputusan Taylor memandangkan bagaimana dia telah mengadili perlawanan sehingga saat itu.
Wawancara selepas perlawanan menjadi menarik. Apabila Bernardo Silva berkongsi ilmu pengadilan dengan dunia. Dia memberikan pelajaran berguna di hadapan tv untuk semua yang menonton.
Dia memberitahu Sky Sports: “Apa yang kami harapkan daripada pengadil ialah konsistensi dalam keputusan.”
“Apabila anda tidak meniup wisel untuk sentuhan sedikit sepanjang permainan, anda perlu mengekalkan keputusan itu dan teruskan seperti itu.”
“Jika anda mahu meniup wisel untuk kesemua sentuha, tiuplah kesemuanya, tetapi jika dari awal permainan anda tidak meniup wisel semua kesalahan kecil, dan kita melihat dalam permainan ini pengadil membenarkan kami terus bermain, itu bagus, itu baiklah.”
“Kemudian, jika ada gol, anda tidak boleh meniup wisel untuk kekasaran yang lembut itu.”
“Jika anda mahukan konsistensi daripada pengadil, anda tidak boleh berubah hanya kerana ada gol dan hanya kerana ia adalah keputusan yang sukar.”
“Anda perlu membuat keputusan yang sukar dan mengekalkan gol itu pada pendapat saya.”
Mungkin ada sebab Bernardo Silva tak berpuas hati. Kalau Erling Haaland dikatakan melakukan kekasaran ke atas Fabinho, kenapa pula pengadil tidak menghukumnya ketika dia berpaut pada Mohamed Salah dengan menarik jersi Sang Raja Mesir itu.
Dia menggunakan jurus Rey Mysterio ketika itu.
Bernardo Silva on Man City's disallowed goal:
"What we expect from the referees is consistency in the decisions. When you go through a path of not whistling little contacts, you need to keep going that way. pic.twitter.com/fnibfwcyA2
— José enrique (@Jesanchez3) October 16, 2022
Walaupun kalah Manchester City tetap menang di hati peminat.