Haaland Pemain Ke-14 Terima Rating Sempurna 10/10 Dari L’Equipe Sejak 1988

Erling Braut Haaland yang tidak dapat dihentikan buat masa ini telah menjadi pemain ke-14 menerima rating sempurna 10/10 dari L’Equipe selepas mencetak hatrik dan mencipta dua assist ketika membenam Manchester United.

Dengan penarafan rating sempurna diterima Haaland ini meletakkannya sebaris dengan 13 pemain elit lain seperti Lionel Messi, Neymar dan Robert Lewandowski.

L’Equipe merupakan sebuah akhbar Perancis yang keras dalam memberi rating pemain dan sejak 1988 hanya 15 kali dan 14 pemain termasuk Haaland menerima perfect score 10/10.

Lionel Messi satu-satunya pemain yang pernah menerima rating 10/10 sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2012.

1. Franck Sauzee, France U21s vs Greece U21s (1988)

2. Bruno Martini, France U21s vs Greece U21s (1988)

3. Oleg Salenko, Russia vs Cameroon (1994)

4. Lars Windfeld, Aarhus vs Nantes (1997)

5. Lionel Messi, Barcelona vs Arsenal (2010)

6. Lionel Messi, Barcelona vs Bayer Leverkusen (2012)

7. Robert Lewandowski, Borussia Dortmund vs Real Madrid (2013)

8. Carlos Eduardo, Nice vs Guingamp (2014)

9. Neymar, Paris Saint-Germain vs Dijon (2018)

10. Dusan Tadic, Real Madrid vs Ajax (2019)

11. Lucas Moura, Ajax vs Tottenham (2019)

12. Serge Gnabry, Tottenham vs Bayern Munich (2019)

13. Kylian Mbappe, France vs Kazakhstan (2021)

14. Alban Lafont, Nantes vs PSG (2022)

15. Erling Haaland, Manchester City vs Manchester United (2022)

Haaland Cipta Rekod dan Sejarah

Erling Braut Haaland nyata tidak dapat dihentikan lagi selera tajamnya dihadapan gawang apabila telah mencatatkan hatrik ketiga musim ini hanya selepas 8 perlawanan sahaja, ya benar 8 perlawanan sahaja.

Hatrik ketiga ini hadir selepas Manchester City berjaya membenam jirannya Manchester United dan rakan sepasukan Haaland, Phil Foden juga turut menjaringkan tiga gol.

Persembahan luar biasa Haaland ini telah menobatkan pemain dari Norway ini sebagai pemain pertama menjaringkan hatrik tiga kali secara berturutan di tempat sendiri atau home di stadium Ethihad yang menjadi gelanggang keramat City dalam sejarah Premier League.

Haaland telah mencipta jaringan hatrik ketika menentang Crystal Palace, Nottingham Forest dan Manchester United.

Hatrik ke atas Setan Merah ini dilengkapkan Erling Haaland pada minit ke-64 sekaligus menjadi pemain Manchester City pertama menjaringkan tiga gol menentang Manchester United di Premier League.

Lapan minit kemudian iaitu pada minit ke-72, Phil Foden pula menjaringkan gol ketiga peribadi dalam kemenangan 6-3 ini untuk menjadi pemain kedua City mencetak hatrik ke atas United.

Selain hatrik, Haaland juga mencipta dua assist untuk Phil Foden dalam perlawanan ini, 5 daripada 6 gol City melibatkan Haaland secara langsung. Gila.

Kejayaan ini telah menjadikan Haaland sebagai pemain ketujuh mencipta hatrik sebanyak tiga kali semusim di Premier League.

1. Alan Shearer
2. Harry Kane
3. Sergio Agüero
4. Luis Suárez
5. Dimitar Berbatov
6. Ruud van Nistelrooy
7. Erling Haaland

Haaland kini telah menjaringkan 14 dalam 8 perlawanan Premier League hanya selepas melakukan 33 percubaan dengan 20 percubaan tepat sahaja.

Kevin De Bryune yang merupakan penjaring terbanyak Manchester City musim lalu terus menjadi pemain menakutkan apabila mencipta dua assist dalam perlawanan ini.

Pemain perancang genius Belanda itu telah menjadi pemain paling banyak mencipta assist dalam lima liga teratas Eropah dengan 8 assist.

Jika prestasi seperti ini diteruskan Haaland dan De Bryune maka rekod jaringan terbanyak (34) dan assist terbanyak (20) semusim bakal dipecahkan.

Secara statistiknya untuk Haaland ketika menentang Manchester United:

35 sentuhan
12 sentuhan dalam kotak lawan
6 percubaan
4 peluang dicipta
3 percubaan tepat
3 gol
3 menang pertarungan di tanah
2 peluang besar dicipta
2 menang pertarungan udara
2 bantuan gol

Minit ke-8, Manchester City telah berada di hadapan apabila hantaran silang terus disudahkan oleh Phil Foden dengan percubaan jarak dekat.

Pada minit ke-18, Manchester City hampir menggandakan kedudukan melalui sepakan percuma cantik Ilkay Gundogan yang sekadar menghentam tiang ketika De Gea sudah tergamam.

Percubaan De Bryune yang ditepis keluar De Gea untuk sepakan penjuru yang terus disundul tajam Haaland.

Tyrel Malacia berjaya mengeluarkan bola namun garisan gol teknologi telah mengesahkan bola telah melepasi garisan sepenuhnya.

Hantaran genius dan super jahat dari De Bryune mencari Haaland yang dahagakan gol terus disudahkan untuk gol ketiga City.

Anak buah Pep Guardiola masih tidak puas untuk membirukan bandar Manchester dengan tiga gol dan Phil Foden menghadirkan gol keempat dipenghujung babak pertama.

Pada minit ke-56, Antony Santos berjaya memecahkan telur Manchester United untuk mengurangkan defisit dengan gol rembatan luar kotak yang cantik menawan.

Erling Haaland mencetak hatrik ketiga musim ini pada minit ke-65 dan Phil Foden juga mencipta hatrik dan gol keenam City pada minit ke-72.

Anthony Martial telah menjaringkan gol kedua pada minit ke-84 Martial berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 6-3 di penghujung perlawanan.

Kemenangan ini membolehkan City terus mengekor rapat Arsenal di tangga teratas dengan beza satu mata dibelakang.

BACA:  Man City Tetap Didakwa Oleh FA Walaupun Haaland Tidak Didapati Bersalah