Haaland Sendu Kerana Terlalu Diperah Di Jerman

Sergio Aguero telah menjelaskan sebab musabab kesenduan Erling Braut Haaland bersama Manchester City sehingga terlepas peluang mudah dan terbuka adalah disebabkan kerana terlalu diperah ketika beraksi di Jerman.

Menurut Sergio Aguero lagi situasi ini akan memaksa Erling Haaland mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan beradaptasi di Premier League yang merupakan liga paling kompetitif di muka bumi.

Penyerang dari Norway itu tiba di Premier League dengan reputasi besar, gah serta digeruni sebagai salah seorang pemain penyerang prolifik dan terbaik dunia ketika ini.

Tanda harga dibayar Manchester City kepada Borussia Dortmund sebanyak £51 juta dikatakan sangat berbaloi dan agak rendah dengan reputasi hebat Haaland.

Hanya selepas satu perlawanan Haaland dikatakan bergelut ditambah pula terlepas satu peluang mudah. Masih awal untuk mengatakan Haaland bergelut sebenarnya.

Bagi Aguero yang bercakap dilaman Twitchnya situasi Haaland ini disebabkan kerana terlalu diperah dan terlalu digunakan ketika beraksi di Bundesliga.

“Dia terlalu digunakan di Jerman. Haaland fikir dia keseorangan kemudian datang Van Dijk dan cakap ‘Selamat datang ke Premier League.'”

Haaland telah menjaringkan 62 gol dalam 67 perlawanan sepanjang dua musim setengah bersama Borussia Dortmund dan telah diramal bakal menjadi penjaring terbanyak Premier League dan musim debutnya bersama City.

Namun jika dilihat kepada pandangan Zuraimi Zukri pula berdasarkan analisis dari Ahmed Walid, Haaland dapat dikesan melakukan banyak clever run (larian bijak).

Apa yang diperlukan Haaland adalah sedikit masa untuk mecari kimia bersama rakan sepasukan baharu.

Jadi insiden seluruh dunia bola sepak masih terkejut dan tidak percaya bagaimana pemain penyerang bereputasi tinggi seperti Erling Braut Haaland boleh terlepas peluang terbuka ketika gawang terbuka luas bukanlah satu kesalahan fatal.

Dan tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai prestasi sebenar Haaland hanya selepas satu perlawanan kerana masih terlalu awal dan pemain mengawalnya pula Virgil Van Dijk.

Harapan ke atas Haaland adalah untuk mengulangi pencapaian Sergio Aguero yang telah menjaringkan 23 gol di liga pada musim pertamnya selepas berhijrah dari Atletico Madrid pada 2011.

Sepanjang kariernya bersama Manchester City, Sergio Aguero telah menjaringkan 260 gol dan menobatkan dirinya selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman City.

Kun Aguero telah bergandingan bersama Raheem Sterling selama 6 musim di Ethihad dan 19 daripada golnya hasil bantuan gol daripada pemain kebangsaan England itu.

Ternyata Aguero tidak dapat mencerna dan memahami kenapa City menjual Sterling kepada Chelsea serta mempersoalkan keputusan itu.

“Aku tidak faham akan penjualan Sterling, ada masanya City perlu membuat keputusan yang keras.”

Chelsea telah membelanjakan £50 juta untuk mendapatkan Sterling yang mula melahirkan rasa kecewa kerana kurang mendapat tempat di bawah Guardiola.

Pemain yang akan menggantikan tempat Raheem Sterling adalah Julian Alvarez yang telah menjaringkan gol dalam debutnya bersama Manchester City.

Julian Alvarez dibeli dari River Plate pada januari lalu tetapi dipinjamkan kembali hingga tamat musim dan kini sudah siap siaga merebut tempat.

Pemain berusia 22 tahun itu didapatkan pada harga £14 juta sahaja dan jika dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sterling maka ia akan menjadi satu pembelian yang sangat berbaloi dari segi wang dan juga usia.

Aguero yang terpaksa bersara dari dunia bola sepak selaku pemain profesional kerana masalah jantung hanya selepas 6 bulan bersama Barcelona pernah berganding bersama Julian Alvarez di skuad Argentina.

“Julian telah menghantar pesanan kepada aku untuk mengetahui cara hidup di Manchester. Aku bagitau tempat tu memang sangat sejuk.”

BACA:  Haaland Terus Menggila Dengan Gol Ke-20 Di Premier League Selepas 14 Penampilan