Harry Maguire ‘Bersemuka’ Dengan Ed Woodward Berkenaan Super League

Harry Maguire telah ‘bersemuka’ dengan Naib ketua eksekutif Manchester United, Ed Woodward ketika satu mesyuarat tergempar diadakan antara pemian dan pengurusan berkenaan European Super League.

Sesi mesyuarat ini diadakan bagi membolehkan para pemain meluahkan perasaan hati dan rasa tidak senang mereka dengan penglibatan kelab dalam pembentukan liga haram.

Berita tentang pengumuman Super League tentang penubuhan ini bertebaran sebelum perlawanan Manchester United menentang Burnley di Old Trafford.

Ketika rehat separuh masa pertama, Gary Neville yang berada di studio telah lari fokus dari mengulas perlawanan dan mula membedal serta membibas kejohanan yang berpaksikan wang semata-mata ini.

Ole Gunnar Solskjaer merupakan pengurus pertama diatas muka bumi ini ditanya pendapat mengenai liga haram ini dan tidak banyak mampu diperkatakan oleh Ole kerana beliau tidak tahu.

Keputusan yang dibuat oleh kelab langsung tidak diketahui oleh pemain dan pengurus, agak sedih jika mereka mengetahui ini semua melalui media sosial seperti peminat yang lain.

Lantaran itu satu mesyuarat telah diadakan antara pemain dan Naib ketua eksekutif Manchester United, Ed Woodward diadakan bagi sesi meluahkan perasaan melalui aplikasi zoom.

Mungkin menyedari kemarahan pemain yang tidak mengetahui keputusan kelab maka mesyuarat ini diadakan, kalau buat mesyuarat offline berkicap Ed Woodward ni.

Satu laporan telah menyebut, Harry Maguire selaku ketua pasukan telah bersemuka dengan Ed Woodward dalam mesyuarat online ini mempertikaikan bagaimana kelab mengendalikan situasi dengan mengabaikan para pemain.

Sudah pasti kemarahan membuak-buak di hati para pemain diperlakukan kelab sebegitu rupa yang tidak tahu akan keputusan yang dibuat oleh kelab.

Laporan itu menyebut ada sesetengah pemain yang sangat terkesan dengan situasi ini, pemain mengetahui ini melalui media dan pengurus yang tidak tahu apa-apa terpaksa berdepan dengan media.

Ed Woodward berusaha untuk menenangkan mereka tetapi responsnya suam-suam kuku sahaja diberikan oleh pemain. Semua ini tidak dapat diterima dengan baik oleh pemain.

Pandai jugak Woodward taknak jumpa depan-depan, tidak memang kena pijak dengan peti sejuk.

Selepas mesyuarat itu Presiden UEFA, Aleksander Ceferin telah menghentam Ed Woodward dan menggelarkan Woodward sebagai ‘ular’ kerana telah mengkhianati perjanjian secara lisan.

Ed Woodward telah menelefon Aleksander Ceferin bagi memberi sokongan kepada perubahan dan berbicara mengenai kewangan namun telah mungkir janji.

“Aku mulakan dengan Ed Woodward, selama 24 tahun aku jadi peguam jenayah tak pernah lagi aku jumpa orang macam ni. dia telefon aku petang khamis dan cakap dia puas hati dan akan beri sokongan penuh kepada perubahan dan hanya satu benda dia nak cakap adalah tentangFinancial Fair Play (FFP) dan bersedia untuk tandatangan dokumen.”

Selepas menyatakan persetujuan dan hari menunggu untuk disahkan melalui dokumen rasmi, Manchester United menyertai pakatan Super League sebagai founding club pula. Mengamuk Aleksander Ceferin.

Ekoran daripada aksi heroik dari ketua pasukan penuh berwibawam Harry Maguire itu, kurang 24 jam Ed Woodward meletakkan jawatan dan Manchester United menarik diri dari liga haram.

Berjela-jela ucapan perpisahan Woodward yang dulu hanya dibenci peminat kini dibenci pemain dan kelab pula. Kesian.

Efek seorang Maguire.

Ed Woodward Letak Jawatan

Figura yang disayangi oleh peminat Machester United, Ed Woodward akan meletakkan jawatan beliau sebagai Executive vice-chairman ekoran kontroversi berhubung pembentukan European Super League.

Ed Woodward walaupun bukan seorang pemain namun diangggap sebagai legenda kelab oleh peminat Manchester United dilaporkan akan meninggalam Manchester United pada akhir tahun 2021.

Ada laporan menyebut bahawa, Ed Woodward tidak dimaklumkan tentang penglibatan Manchester United dengan European Super League sebagai Founding Club yang immortal.

Pemilik Manchester United yang juga disayangi ramai, Joel Glazer telah dilantik sebagai vice chairman, European Super League.

Tiada pertikaian antara Ed Woodward dan Joel Glazer di mana perletakkan jawatan pada penghujung tahun 2021 ini merupakan satu rancangan yang sudah lama difikirkan.

Namun menurut Fabrizio Romano, pengunduran EdWoodward ini disebabkan oleh situasi semasa European Super League yang menggoncang dunia bola sepak.

Walauapapun caranya jua, biar mendaki gunung yang tinggi, biar merentas lautan api, pengunduran Ed Woodward ini satu berita gembira buat peminat Manchester United.

Beberapa hari yang lalu, Manchester United baru berundur dari European Club Association (ECA) di mana Ed Woodward telah melepaskan jawatannya dengan UEFA.

Berita ini sudah disahkan sendiri oleh Manchester United melalui laman sesawang rasmi mereka manutd.com.

“Manchester United hari ini mengumumkan bahawa executive vice-chairman, Ed Woodward akan mengundurkan diri dari jawatannya pada penghujung 2021.”

Ini adalah ucapan Ed Woodward yang panjang lebar buat anda yang tersayang:

“Saya sangat bangga telah berkhidmat untuk United dan merupakan satu penghormatan untuk bekerja untuk kelab bola sepak terhebat di dunia sejak 16 tahun yang lalu.

“Kelab ini berada di posisi yang baik untuk masa depan dan akan sukar untuk pergi pada akhir tahun ini.”

“Saya akan menyimpan kenangan ketika saya di Old Trafford, dalam tempoh itu kami memenangi Liga Europa, Piala FA dan Piala EFL. Saya bangga dengan pertumbuhan semula budaya kelab dan kembalinya kami ke cara bermain Manchester United yang sebenar.

“Kami telah melabur lebih dari £1 bilion untuk skuad selama saya berada di sini dan saya sangat gembira dengan kemajuan yang telah dicapai oleh para pemain di bawah kepemimpinan yang cerdas Ole Gunnar Solskjaer dan pasukan pelatihnya dalam dua tahun terakhir.

“Saya yakin dengan perubahan yang telah kita buat di lapangan dan kepada staf pelatih dan bola sepak dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kelab hebat ini akan segera menemui kejuaraan. Itu yang selayaknya.

“Saya sangat mahukan kelab ini memenangi Liga Perdana semasa saya berkhidmat dan saya yakin asasnya ada untuk kita memenangkannya kembali untuk peminat kami yang bersemangat.

“Akademi kami terkenal di seluruh dunia berkembang semula dengan 34 pemain masuk ke pasukan utama sejak 2013, dan dengan senang hati menyaksikan bakat seperti Marcus Rashford, Mason Greenwood dan Axel Tuanzebe berkembang di persekitaran pasukan utama. Pada tahun-tahun akan datang barisan yang menghasilkan bakat muda kelab akan terus mendorong pemain muda untuk menjadikan pasukan utama yang mapan. Persaingan itu baik untuk masa depan.

“Kami juga telah membentuk pasukan wanita Manchester United dan kemajuan mereka adalah bukti lebih lanjut mengenai permintaan untuk berjaya di kelab hebat ini.

“16 bulan terakhir telah membawa begitu banyak cabaran uang unik dan kerja kelab untuk masyarakat dan ke seluruh dunia semasa pandemik menjadi detik yang heroik.

“Kesan kewangan terhadap kelab bola sepak sangat teruk, tetapi United telah menjadi salah satu yang paling kuat dan berdaya tahan dalam menghadapi tekanan kewangan yang luar biasa.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat United yang bersemangat waja di atas sokongan mereka pada masa yang baik dan buruk. Saya tahu ini adalah masa yang mencabar dalam sejarah kami, tetapi sokongan anda terhadap pasukan tidak pernah diragukan lagi.

“Akhir kata, adalah suatu keseronokan untuk bekerja dengan begitu ramai orang yang hebat, berbakat dan bekerja keras.”

Ed Woodward telah memulakan kerjasama dengan Setan Merah pada tahun 2005 lagi di mana beliau bertindak sebagai penasihat untuk membantu keluar Glazer membeli Manchester United.

Pada 2007 Ed Woodward telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bahagian komersil dan aktiviti media Manchester United dan Woodward berjaya menambah lebih dan lebih lagi pengaruh Setan Merah secara global dengan nilai yang sangat dramatik.

Ed Woodward dilantik sebagai executive vice-chairman pada 2012 dan dari sini bermula kebencian penyokong kepada beliau di mana Woodward gagal memperkasakan pasukan dengan pembelian pemain selepas era Sir Alex Ferguson.

Louis Van Gaal dan Jose Mourinho antara pengurus yang secara terbuka meragui kredibiliti Ed Woodward.

Pada Januari 2020, kebencian kepada Woodward memuncak apabila rumahnya diserang penyokong yang tidak berakal dan telah menyanyikan lagu yang berlirik mahukan beliau mati.

Sebelum ini Manchester United telah melantik John Murtough sebagai pengarah bola sepak dan Darren Fletcher sebagai pengarah teknikal yang akan mengurangkan tugas Ed Woodward.

BACA:  Pengulas Ini Dengan Kejam Memanggil Maguire Si Kepala Besar