Harry Maguire Mengaku Tidak Bersalah dan Dibebaskan

Pemain pertahanan terhandal Manchester United, Harry Maguire telah mengaku tidak bersalah ketika perbicaraan dan telah dibebaskan dari tahanan pihak berkuasa Greece di Pulau Mykonos.

Pemain berusia 27 tahun itu telah ditetapkan tarikah pebicaraan pada hari selasa ini tetapi Maguire tidak perlu hadir dan boleh diwakili oleh peguamnya sahaja.

Dengan situasi ini, Maguire dijangka akan pulang ke rumah selepas dibebaskan dan setakat ini masih tidak jelas pertuduhan yang akan dihadapi oleh pemain pertahanan itu.

Perbicaraan yang akan diwakili oleh peguam sahaja mungkin Maguire tidak dikenakan pertuduhan yang berat dan tidak membabitkan hukuman penjara.

Maguire tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selepas meninggalkan mahkamah dan peguamnya memberitahu Sky bahawa anak guamnya telah bebas ‘buat masa sekarang’.

Pejabat pendakwaraya Syros pada jumaat menyatakan bahawa tiga lelaki asing telah ditahan selepas terlibat dalam pergaduhan dengan pihak polis Mykonos pada khamis.

Pihak polis telah membukan fail yang membabitkan pertuduhan ‘Kekerasan terhadap pegawai, ketidakpatuhan, kecederaan badan, penghinaan dan cubaan rasuah pegawai’.

Ada laporan menyatakan bahawa pergaduhan tercetus kerana pelancong British telah mengejek pasukan Manchester United dan adik Maguire telah dicederakan dengan objek tajam di lengan.

Maguire juga telah dicerca sebagai pemain bola sepak sampah dan bermain dengan pasukan sampah serta menggelar Maguire sebagai peti sejuk.

Lantaran itu sebagai ketua pasukan dan ketua keluarga Maguire telah bergaduh dan polis pun kena sekali?

Khamis lalu, Ketua pasukan paling agung dalam sejarah peradaban dunia, Manchester United dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa Greece kerana menyerang pihak polis selepas terlibat dalam satu pergaduhan.

Pemain pertahanan dunia itu telah bergaduh dengan pelancong daripada British diluar sebuah bar di MyKonos, sebuah pulau di Greece dan pergaduhan itu telah disedari oleh pihak polis.

Tiga orang ditahan termasuk Maguire kerana telah melawan pihak polis secara lisan dan fizikal selepas pihak polis cuba masuk campur dalam pergaduhan itu.

Berita ini telah tersebar dengan jayanya melalui akhbar tempatan Greece protothema dengan kejadian yang terjadi pada pagi jumaat itu.

Akhbar tempatan telah melaporkan bahawa, Hary Maguire salah seorang daripada tiga yang ditahan telah dibawa ke balai polis dengan bergari selepas terlibat dalam pergaduhan.

Menurut ciapan Simon Stone, wartawan bola sepak BBC di laman Twitternya, Manchester United telah mengeluarkan kenyataan mengenai insiden tersebut:

“Kelab menyedari insiden yang melibatkan Harry Maguire malam tadi di Mykonos.”

“Harry telah dihubungi dan beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa Yunani(Greece).”

“Pada masa ini kami tidak akan memberi ulasan lanjut mengenai insiden ini.”

Lawan pihak polis secara lisan dan fizikal, tetapi memberi kerjasama sepenuhnya?

Dalam kenyataan pihak polis kepada ESPN, polis mengesahkan bahawa Maguire telah ditahan dan juga telah memaki hamun dan memukul pihak berkuasa.

“Pemain bola sepak itu telah menyerang secara lisan kepada pegawai dan kemudian memukul beliau. Tiga orang telah melawan ketika dibawa ke balai polis Mykonos.”

Maguire telah menjadi pemain pertahanan termahal dunia selepas dibeli oleh Manchester United daripada Leicester City dengan harga £80 juta.

Pemain pertahanan England itu telah berjaya membawa Machester United ke tiga perlawanan separuh akhir iaitu, League Cup, FA Cup dan Europa League sebelum kecundang.

Maguire juga telah membantu Setan Merah mara ke Champions League musim hadapan dengan menduduki tempat ketiga Premier League.

Secara statistiknya tidak jauh beza pun Maguire dengan Virgil Van Dijk, walaupun Maguire sentiasa diayamkan namun Maguire tidak pernah melakukan ‘Error Leading to goal’.

BACA:  Komen Pertama Paul Merson Tentang Nilai £80 Juta Maguire Kembali Tular