Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire terselamat dari layangan kad merah semasa perlawanan Liga Perdana, Red Devils menentang Chelsea pada petang Isnin kemarin.
Pemain antarabangsa England itu menendang striker Chelsea, Michy Batshuayi di kawasan yang sangat sensitif, kejadian ini berlaku tepat di depan kawasan teknikal Blues.
Maguire tidak dilayangkan apa-apa kad amaran, tetapi banyak yang merasa seolah-olah dia patut di layangkan kad merah dan keluar meninggalkan padang.
How is Harry Maguire not sent off for this horrible tackle? 😡https://t.co/oXLnUz0Gvs
— Troll Football (@TrollFootball) February 17, 2020
Kebanyakkan penyokong berang apabila pengadil tidak memberikan sebarang amaran kepada beliau. Kesalahan yang beliau lakukan sememangnya layak diberikan kad merah.
Bukan sahaja kalangan peminat yang beranggapan kesalahan itu patut diberi hukuman tetapi bekas pemain bola sepak professional juga mengakui hal yang sama.
Antaranya bekas pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas, yang dengan jelas menjangkakan Maguire akan dilayangkan kad merah supaya beliau boleh mandi awal dan berehat saja di bilik persalinan.
“Red,” tulis Fabregas di Twitter.
Red
— Cesc Fàbregas Soler (@cesc4official) February 17, 2020
Peminat mula melontarkan pendapat mereka di laman Twitter dengan meluah kan rasa tidak puas hati dengan keputusan pengadil perlawanan.
Disini antara reaksi daripada peminat di Twitter. Kita ambil sikit je untuk anda nilai sendiri wajar atau tidak Maguire tidak dilayangkan apa-apa kad amaran.
How is that not a red card for Maguire 😳😳😳
— Footy Accumulators (@FootyAccums) February 17, 2020
Kicking, that’s a red. Maguire should be off. VAR?
— #BoardOut-Daily 🏆 (@EmenaIo) February 17, 2020
Bekas pemain tengah Man United, Roy Keane juga berfikir Maguire patut dikeluarkan.
“Dia sangat bertuah. Seorang lelaki yang sangat bertuah, “
kata Keane di Sky Sports pada rehat separuh masa.
“Maguire, mungkin kerana keperibadiannya, dia kelihatan seperti seorang lelaki yang tenang, dia sepatutnya dibuang padang, saya fikir mereka melihatnya dan bertanya jika dia seorang pemain nakal.”
Sekiranya peminat Chelsea fikir mereka sukar untuk menerima keputusan itu, mereka pastinya berasa lebih teruk apabila Anthony Martial meletakkan Man United dihadapan pada minit ke-45.
Pemain Perancis itu menanduk kemas bola melepasi Willy Caballero di gawang Chelsea untuk memberikan kelebihan kepada pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
Duka Chelsea semakin memburuk apabila Pemain yang sepatutnya dibuang padang itu menjaringkan gol untuk mengesahkan kemenangan mutlak 2-0 United ke atas mereka.
Malam yang malang buat Chelsea apabila dua jaringan mereka di batalkan oleh VAR dalam perlawanan ini. Serba tidak menjadi menimpa pasukan Chelsea.
Perlawanan ini sudah tentunya adalah perlawanan dua pasukan yang merebut tempat untuk melayakkan mereka ke Liga Juara-Juara automatik.
Chelsea turun berhadapan United di halaman mereka sendiri dengan kedudukan keempat Liga. Dan berharap untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam empat teratas.
Fred’s among Man Utd players vs. Chelsea:
• most passes attempted (56)
• most passes completed (46)
• most ball recoveries (14)
• = most tackles won (3)
• = most fouls won (2)Another big game display. 🇧🇷 pic.twitter.com/rc7KFGoHDM
— Statman Dave (@StatmanDave) February 17, 2020
Bagi Man United, walaupun mereka masih dalam langkah terbaik untuk mendapat slot layak ke Liga Juara-Juara, mereka harus berusaha lebih gigih lagi agar tidak keciciran mata.
Liverpool adalah Satu-satunya pasukan yang sudah mengesahkan tempat untuk layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan. Tiga lagi pasukan masih dalam perebutan tempat untuk layak.