Salah seorang penyokong tegar Arsenal telah mendedahkan yang beliau rasa Henry bukan ‘G.O.A.T’ dalam saingan Premier League.
Beliau dengan yakin menegaskan Henry bukanlah pemain terhebat pernah beraksi dalam saingan Premier League, dan turut menegaskan pemain seperti Eric Cantona dan Gianfranco Zola lebih bagus.
Lee Gunner, seorang Youtuber yang mempunyai lebih dari 60,000 pengikut telah memberitahu Terry Flewers, host rancangan Football Terrace, yang Henry tidak berada di kedudukan tertinggi carta pemain terhebat sepanjang zaman pilihannya.
🚨Thierry Henry is not the #EPL GOAT!!!!!
▪Arsenal fan @LeeGunner82 believes Bergkamp, Cantona & Zola were all better Premier League players than Thierry Henry! #AFC
💻 – https://t.co/x8XgF7eMyM pic.twitter.com/djgq2C5t2L
— Terry Flewers (@terryflewers) September 7, 2021
Menurut beliau, seorang lagi legenda Arsenal yang boleh dianggap terhebat sepanjang zaman dalam saingan Premier League berbanding Thierry Henry seperti yang didakwa oleh ramai peminat.
“Saya tidak setuju dengan kamu”
Jelas beliau kepada Flewers yang mendakwa Cristiano Ronaldo sedang menghampiri untuk mengatasi Henry sebagai yang terhebat dalam saingan Premier League.
“Ia adalah Bergkamp.”
“Bagaimana?”
Tanya Flewers yang sedikit kebingungan.
“Apa maksud kamu dengan bagaimana?”
Jelas Lee Gunner sambil ketawa.
The defining player of the 00’s Premier league. Thierry Henry 👑PL GOAT? pic.twitter.com/fvb0JX4LGW
— Kam #8🏁 (@Culturecams) September 6, 2021
“Kamu lihat Bergkamp. Saya letakkan Eric Cantona atas Henry juga. Saya pernah buat carta tiga terhebat, seseorang pernah tanya ketika sesi soal jawab berbulan-bulan dahulu.”
“Saya rasa saya letak Zola di atas Henry. Jangan salah sangka, saya sayang Thierry Henry. Dia telah berikan saya detik-detik terbaik dalam dunia bola sepak. Tapi saya suka pemain… Yang mana ia adalah sebab mengapa saya suka Messi.”
“Kerana mereka buatkan bola sepak nampak mudah. Sangat mudah. Mereka selalu 10 tahap di atas pemain lain. Mereka boleh nampak gambaran besar sebelum bola sampai di kaki mereka.”
“Thierry Henry sungguh hebat, kamu jangan salah sangka, tapi Bergkamp bagi saya… Merupakan pemain terhebat pernah beraksi di kelab ini.”
In the prem I agree Henry is the goat but bergkamp had insane longevity 97/98 we wouldn’t have had won the double without him personally I think he’s very underrated too much disrespect on his name in the quotes pic.twitter.com/sV4tECNqLr
— . (@davembe3) September 7, 2021
Tidak mengejutkan untuk melihat komen dari Lee Gunner mendapat sambutan dari para peminat di media sosial.
“Saya kebiasaannya bersetuju dengan Lee, tapi untuk ini saya akan katakan tidak.”
“Jadi ini adalah pandangan peribadi dia. Henry jelas GOAT dan dia bukan hanya hampir ke tahap itu, dia sudah berada di tahap itu, itu pandangan peribadi saya.”
“Saya bahkan bakal letak Rooney di atas Henry.”
“Giggs juga, Aguero, Drogba. Henry memang sangat bagus. Tapi kalau nak kata yang terhebat sepanjang zaman, saya pun rasa tidak.”
Mari lihat pada statistik top 3 pilihan Lee Gunner sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.
Saying Henry isn’t the goat of the prem than saying cantona, zola and Bergkamp are above him has to based on racism 🤣 pic.twitter.com/Mk9sRLWdu1
— -k (@LdnSully) September 8, 2021
Gianfranco Zola bermain 311 perlawanan untuk Chelsea pada tahun 1997 hingga 2003, dengan beliau menjaringkan 80 gol.
Legenda Itali itu memenangi dua gelaran FA Cup, League Cup, European Cup Winners Cup dan European Super Cup ketika kariernya di Stamford Bridge.
Sementara Eric Cantona pula telah beraksi sebanyak 185 penampilan untuk Manchester United dari tahun 1992 hingga 1997.
Beliau telah berjaya menjaringkan 82 gol dengan Cantona dianggap antara legenda terhebat United pada era 90-an selepas membantu setan merah memenangi empat gelaran Premier League dan dua gelaran FA Cup.
Henry sementara itu berjaya menjaringkan 226 gol untuk Arsenal dari 370 penampilan dengan beliau berjaya membantu Gunners memenangi dua gelaran Premier League dan dua gelaran FA Cup.
Jadi jika dibahaskan tentang kejuaraan, rasanya Lee Gunner telah membuat penilaian yang hampir tepat. Ke macam mana?
Sumber: SPORTbible