Fabrizio Romano telah mengHere We Gokan! Perpindahan Antony ke Manchester United yang telah memecahkan rekod perpindahan pemain di liga Belanda, Eredivisie dengan perjanjian mencecah €100 Juta bersamaan RM445.75 juta.
Pada kebiasaannya jika Here We Go diguna pakai oleh Fabrizio Romano maka sudah sah akan perpindahan ini dan hanya menantikan pengumuman rasmi dari Manchester United.
Menurut Fabrizio Romano melalui ciapa di Twitternya:
“Antony ke Manchester United, mari kita pergi! Perjanjian pada dasarnya dengan Ajax, yuran €100m. Kontrak sehingga Jun 2027 dengan pilihan sehingga 2028. Akan ditandatangani esok. 🚨🔴🇧🇷 #MUFC”
“Kontrak sedang disediakan, ia adalah bayaran rekod sejarah Eredivisie — Antony akan berada di Manchester minggu depan.”
Antony dilaporkan bakal diikat dengan kontrak yang dalam proses disediakan selama lima tahun sehingga 2027 dengan pilihan lanjutan kekal sehingga tahun 2028 dan dijangka tiba minggu hadapan.
Antony to Manchester United, here we go! Agreement in principle with Ajax, €100m fee. Contract until June 2027 with option until 2028. To be signed tomorrow. 🚨🔴🇧🇷 #MUFC
Contracts being prepared, it’s Eredivisie historical record fee — Antony will be in Manchester next week. pic.twitter.com/Wr9mUiX1Ud
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 28, 2022
Antony merupakan pemain yang diletakkan sebagai senarai bukan untuk dijual. Lebih lebih lagi pemain itu menyatakan bahawa dia sedia untuk kekal di Ajax sebelum ini demi UCL.
Namun Man United tiba tiba menguatkan pemburuan ke atas pemain itu, menjadikannya sebagai senarai keutamaan. Ia telah mengubah pendirian Antony. Yang diketahui, menjadi pemain luar biasa selepas dilatih oleh Erik Ten Hag.
Manchester United sebelum ini melancarkan 3 bidaan ke atas Antony dengan angka mencecah €90 juta. Namun kesemuanya ditolak oleh Ajax.
Pengurus Ajax, Schreuder turut menyatakan dia mahu Antony kekal sambil mengingatkan bahawa, hanya orang gila sahaja yang sanggup menukar bola sepak UCL dengan UEL.
Antony situation. Manchester United are really interested and already had contacts to explore potential deal – not the only club, but with ten Hag pushing. 🇧🇷 #MUFC
Been told player’s camp now asking Ajax to listen to bids for Antony this summer, even if price tag will be high. pic.twitter.com/OELd3cxASi
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 23, 2022
Namun Schreuder harus akui bahawa nama Manchester United itu sangat gah untuk menarik mana mana pemain Ajax menyertai mereka.
Antony pada awalnya bukan senarai keutamaan Ten Hag. Namun kegagalan mendapatkan penyerang no.9 membuatkan Ten Hag terdesak mahukan pemain itu. Dan beliau sedia bergantung kepada Marcus Rashford sebagai back up untuk Cristiano Ronaldo dan Antony Martial untuk posisi no.9.
Antony pemain sayap kanan. Dia pastinya pemain yang sangat faham kehendak taktikal Ten Hag. Selain daripada faktor gagal mendapatkan no.9, kegagalan mendapatkan De Jong juga menjadi sebab Ten Hag semakin tinggi keinginan mahukan Antony, kerana pemain itu kunci kepada sistem taktikalnya di Ajax.
▫️ Antony, what did you tell the club so?
▪️ Excl. Antony: "During the window months, meetings continued and I also received a proposal from Ajax for contract renewal. I made it clear once again: I WANT TO LEAVE". pic.twitter.com/IgUBIBBhN6
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 26, 2022
Antony sebelum ini sudah mendesak kelab menjualnya. Dan menyatakan bahawa, dia kecewa dengan cara Ajax mengendalikan situasinya. Antony berkata begitu secara terbuka kepada Fabruzio Romano.
Namun kini segalanya hampir selesai, hanya menunggu tandatangan dan juga pengumuman secara rasmi.
Power Sangat ke Antony?
Antony Matheus dos Santos, lahir 24 Februari 2000, dikenali sebagai Antony, merupakan pemain bola sepak profesional Brazil yang bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Eredivisie Ajax dan pasukan kebangsaan Brazil.
Pemain sayap ini adalah kelahiran dari sistem pembangunan dan akademi Sao Paulo dan menjaringkan enam gol dalam 52 penampilan untuk kelab itu. Dia menyertai Ajax pada 2020 dan telah memenangi dua gelaran Eredivisie dan satu Piala KNVB.
Antony memenangi pingat emas bersama pasukan bawah 23 tahun Brazil di Sukan Olimpik Musim Panas 2020. Dia menjaringkan gol pada penampilan sulung bersama skuad senior Brazil menentang Venezuela pada Oktober 2021.
Antony to Manchester United 🔜🇧🇷🌟 pic.twitter.com/0gzpYaNZdp
— Outlaw Tay🇾🇪 (@OutlawTay1) June 20, 2022
Lahir di Osasco, Antony menyertai program belia Sao Paulo pada 2010 pada usia 10 tahun. Pada 2018, Sao Paola telah memenangi kejohanan Cabaran Liga J di Jepun dan dia telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan itu.
Pada 26 September 2018, Antony bersama Helinho dan Igor Gomes telah dinaikkan pangkat ke pasukan senior dan dia menandatangani kontrak sehingga September 2023.
Pada 23 Februari 2020 Antony mula bersama Erik Ten Hag, Ajax menandatangani Antony perjanjian lima tahun dengan harga awal sebanyak £13 juta, yang boleh meningkat kepada £18.2 juta.
Brazil coach compares Manchester United target Antony to Neymar and Vinicius Jr #mufchttps://t.co/o2Lu8nGLrF
— Man United News (@ManUtdMEN) June 22, 2022
Pada 13 September 2020, dia menjaringkan gol pertamanya untuk Ajax dalam kemenangan 1–0 ke atas Sparta Rotterdam. Dalam perlawanan liga menentang SBV Vitesse, dia menjaringkan gol keduanya untuk Ajax.
Pada 3 November 2020, Antony menjaringkan gol Liga Juara-Juara UEFA pertamanya dalam kemenangan 2–1 di tempat lawan ke atas Midtjylland pada musim 2020–21.
Bersama Ajax setakat ini, Antony sudah menjaringkan 17 gol dalam 55 penampilan.