Herrera Menganjing Rojo Yang Ditangkap Kerana Bergaduh Dengan Pihak Polis Brazil

Ander Herrera telah memuat naik story di laman instagram miliknya untuk menganjing bekas rakan sepasukannya, Marcos Rojo, selepas pemain Boca Juniors itu terlibat dalam satu pergaduhan dengan pihak polis.

Boca Juniors tersingkir dari saingan Copa Libertadores, selepas ditewaskan oleh Atletico Mineiro menerusi penentuan sepakan penalti.

Kekalahan dan penyingkiran itu tidak begitu mencuri tumpuan media dan peminat, namun hal yang berjaya mencuri perhatian ramai adalah insiden panas yang berlaku selepas tamat perlawanan tersebut.

Lapan individu dari rombongan Boca Juniors telah ditangkap kerana bergaduh dengan pihak polis tempatan dan pengawal keselamatan selepas tamat perlawanan.

Antara mereka adalah Marcus Rojo yang dilihat bergaduh dengan pengawal dan pihak polis dan ada video yang menunjukkan beliau sempat mencapai alat pemadam api untuk dilemparkan ke arah petugas keselamatan di lokasi kejadian.

Bekas rakan sepasukannya ketika beraksi bersama Manchester United, Herrera telah memuat naik status di media sosial dengan meletakkan gambar beliau bersama Rojo yang disunting sendiri olehnya.

Beliau menyunting gambar Rojo sedang memegang alat pemadam api dan gambar asalnya adalah gambar mereka berdua ketika masih bersama Manchester United.

Gambar yang Herrera muat naik di laman instagram miliknya

Marcus Rojo menjadi satu-satunya pemain yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk Boca Juniors dalam perlawanan ini sementara tiga pemain lagi, Sebastian Villa, Esteban Rolon dan Carlos Izquierdoz gagal untuk menjaringkan gol.

Atletico Mineiro pula berjaya menjaringkan tiga gol menerusi Nacho Fernandez, Junior Alonso dan Everson, sementara pengambil sepakan penalti pertama mereka, Hulk gagal untuk menjaringkan gol.

Atletico Mineiro mara ke peringkat seterusnya selepas mencatatkan kemenangan 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti untuk menyingkirkan Boca Juniors, selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi kedua-dua leg pertemuan mereka di pusingan 16 terbaik.

Keadaan menjadi semakin panas selepas tamat perlawanan dengan para pemain Boca Juniors mahu mencuba untuk masuk ke bilik persalinan para pemain Atletico Mineiro.

Pihak polis menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan keadaan dengan lapan wakil dari rombongan Boca Juniors telah ditangkap.

Bercakap selepas insiden tersebut, vice Presiden Boca Juniors, Juan Roman Riquelme, telah mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan para pemainnya dengan menyatakan:

“Sudah tentu para pemain akan cuba untuk mempertahankan diri mereka sendiri jika mereka disembur dengan gas pemedih mata.”

Bekas pemain midfield Boca Juniors itu kemudiannya turut mendakwa yang Presiden Atletico, Sergio Coelho turut terlibat melemparkan botol ke arah para pemain Boca.

Insiden pergaduhan pemain Boca Juniors dengan Polis:

Lapan orang dari skuad Boca Juniors telah ditangkap malam kemarin, selepas para pemain dan staff bertumbuk dengan pihak polis ekoran tersingkirnya mereka dari saingan Copa Libertadores.

Boca Juniors mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan bertemu Atletico Mineiro di Brazil kemarin, bermakna aksi kedua-dua leg dalam pusingan 16 terbaik berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.

Pasukan tuan rumah kemudiannya berjaya memenangi perlawanan tersebut menerusi penentuan sepakan penalti untuk layak ke peringkat seterusnya.

Wakil dari Argentina itu sedikit terganggu selepas berdepan dengan satu keputusan yang kontroversi dari VAR yang jelas tidak memihak kepada mereka.

Bukan sekali, namun dua kali berturut-turut VAR mencetuskan kontroversi dengan tidak memihak kepada Boca Juniors sebelum mereka tersingkir dari pertandingan tersebut.

Marah bercampur bengang dengan keputusan tersebut, ditambah kecewa kerana tersingkir dari saingan Copa Libertadores menjerumuskan skuad Boca Juniors ke arah hal yang tidak baik selepas tamat perlawanan.

Para pemain Boca Juniors berusaha untuk masuk ke bilik persalinan para pemain Mineiro dan menyebabkan mereka bertumbuk dengan pihak polis dan pengawal keselamatan.

Video pertama menunjukkan bagaimana Carlos Izquierdoz dan Marcos Rojo dengan tiba-tiba bertumbuk dengan pengawal keselamatan.

Para pemain Boca Juniors kemudiannya dirakam sedang berusaha untuk masuk ke bilik persalinan para pemain Mineiro.

Salah seorang pemain kemudiannya telah mengambil potongan pagar besi dan mencuba untuk melemparnya ke arah polis, namun beliau telah dihalang oleh rakan sepasukannya yang lain.

Keadaan di situ dilihat semakin panas dan huru hara dengan para pemain Boca Juniors jelas koyak serta hilang pertimbangan.

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Rojo sekali lagi terlibat dengan beliau dilihat dihalang oleh rakan sepasukannya ketika beliau mahu menggunakan pemadam api untuk menghentak pihak polis ketika mereka sedang bergaduh.

Nampak kemain ganas dia bila sampai kampung halaman, dulu main dekat Premier League elok je bersopan santun dan berbudi bahasa.

Tidak lama selepas itu, para pemain Mineiro memuat naik gambar mereka yang dilihat mengalami kecederaan ke media sosial selepas berlakunya insiden buruk itu.

Menurut laporan sama, lapan pemain dan staff dari Boca Juniors telah ditangkap selepas insiden tersebut, yang mana ia termasuk pengarah pasukan.

Rombongan dari Boca Juniors menolak untuk meninggalkan kawasan tersebut selagi mana kesemua lapan dari mereka dibebaskan dari tahanan.

Laporan sama mendakwa yang kesemua mereka telah pergi ke balai polis selepas kedutaan Argentina di Belo Horizonte masuk campur untuk membantu warga negara mereka yang ditahan di situ.

Kedua-dua kelab dijangka akan berdepan dengan hukuman berat, namun sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi yang diumumkan berkait hal tersebut.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Herrera: Khidmat Saya Mungkin Tidak Diperlukan Lagi Jika Mourinho Bawa Masuk Pemain Tengah Baru