Howard Webb Akui Tindakannya Punca Spurs Tewas Kepada Man Utd

Howard Webb merupakan seorang pengadil bola sepak yang agak terkenal satu masa dahulu, beliau juga dikenali dengan keputusannya yang selalu mencurigakan.

Howard Webb pernah terlepas untuk tidak melayangkan kad merah kepada seorang pemain yang menendang dada lawannya ketika aksi di Piala Dunia.

Tetapi, pengadil dari England itu mendedahkan bahawa, keputusan paling beliau sesali dalam kariernya adalah memberikan penalti kepada setan merah.

Howard dikatakan sering membuat keputusan yang memihak kepada Manchester United sepanjang kariernya menjadi pengadil dalam saingan premier league.

Antara yang paling kontroversi adalah ketika beliau mengadili perlawanan antara Tottenham menentang skuad kendalian Alex Ferguson di Old Trafford.

Setan merah awalnya ketinggalan dengan keputusan 2-0 namun mereka bangkit untuk menewaskan Spurs dengan keputusan 5-2.

Kebangkitan United ketika itu adalah berpunca dari satu sepakan penalti yang kemudiannya memangkitkan semangat mereka dan melemahkan mental para pemain Spurs.

Michael Carrick diadili telah dijatuhkan oleh Heurelho Gomes yang membawa kepada sepakan penalti untuk setan merah. Howard menganggap itu adalah keputusan paling tidak wajar yang pernah beliau lakukan.

“Antara keputusan yang paling jelas dimana saya melakukan kesalahan, saya tahu perlawanan itu.”

Jelas pengadil berusia 48 tahun itu kepada the Athletic.

“Ia adalah salah satu perlawanan premier league yang berlangsung di Old Trafford, Manchester United bertemu Tottenham Hotspur pada tahun 2009.”

“Saya boleh nampak Carrick sampai disitu dahulu kemudian penjaga gol menghampirinya, saya dengan mudah memberikannya penalti.”

“Saya hanya menilai dari sudut yang saya nampak, saya sendiri tidak pasti sama ada ia benar-benar ada sentuhan atau tidak tetapi saya terus memberikan mereka penalti.”

“Beberapa detik selepas itu saya mula sedar keputusan yang saya buat adalah salah, saya tak sepatutnya menghadiahkan mereka sepakan penalti.”

“Saya terpaksa meneruskan keputusan yang telah saya buat dan tidak mahu menariknya kembali. Saya merasa sungguh bersalah ketika itu dan mengharapkan Ronaldo akan terlepas dari menjaringkan gol. Namun beliau berjaya sempurnakan sepakan penalti itu.”

Ketika itu masih belum ada sistem VAR yang boleh membantu untuk menilai semula keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan.

Mungkin kerana itu keputusan yang dilakukan oleh Howard Webb walaupun salah tetap tidak boleh diubah oleh pembantu pengadil.

Selepas Ronaldo menjaringkan gol, setan merah terus cemerlang untuk menguasai babak kedua perlawanan tersebut.

Rooney berjaya mengikat keputusan kepada 2-2 selepas 10 minit Ronaldo menjaringkan gol penalti itu. Bekas bintang Real Madrid itu kemudian berjaya menjaringkan gol untuk setan merah mendahului 3-2.

Rooney sekali lagi menjaringkan gol untuk setan merah selesa mendahului 4-2. Bekas pemain Tottenham, Dimitar Berbatov berjaya menyempurnakan kemenangan bergaya United dengan menjaringkan gol kelima untuk setan merah.

Manchester United akhirnya menamatkan perlawanan dengan bergaya apabila melakukan come back dan menewaskan Spurs dengan keputusan akhir 5-2.

Webb berharap kesalahannya tidak benar-benar salah tetapi melihat kepada pengadil yang berlari ke arahnya selepas tamat perlawanan dan kesemua tumpuan turut kearah beliau dan bukan kepada Rooney atau Ronaldo, Howard berasa tidak senang.

“Ketika semua orang mengabaikan pemain dan mengejar saya, ia bukan lah perasaan dan situasi yang baik untuk saya.”

“Saya ketika itu terus sedar bahawa akan ada bencana yang bakal melanda karier saya.”

Keputusan itu mungkin juga mempengaruhi musim tersebut. Juara bertahan ketika itu hanya tiga mata mengatasi seteru utama mereka Liverpool dan liga sudah hampir tiba ke penghujung.

Rafa Benitez mungkin merasakan ‘Fakta’ yang dikemukakannya pada awal musim terbukti tepat pada hari itu tetapi United kemudian meneruskan saingan liga dengan tidak terkalahkan musim itu dan memenangi gelaran dengan kelebihan empat mata.

Kekalahan itu mungkin memberi kesan lebih besar kepada Spurs dengan pasukan utara London itu di kedudukan kelapan liga dan terkeluar dari kelayakan ke Liga Europa dengan perbezaan dua mata.

BACA:  Kelab EPL Wajib Hantar Senarai Makanan Untuk Santapan Pengadil Setiap Perlawanan