Hulk atau nama penuhnya Givanildo Vieira de Souza akhirnya membuka mulut dan membuat kenyataan yang agak keras mengenai hubungannya selepas merembat hati anak buah janda sendiri, Camila.
Pemain bintang kelab Liga Super China, Shanghai SIPG telah menggemparkan dunia gosip bola sepak apabila telah berkahwin dengan anak saudara bekas isterinya dalam satu perkahwinan mengejut.
Sebelum menyelusuri lebih lanjut cerita ini marilah kita semua mengenali watak Utama Drama Ini.
Hulk – Pemain bola sepak
Iran Angelo – Bekas isteri Hulk
Camila – Isteri terkini dan anak saudara bekas isteri
Pada bulan Julai tahun lalu rumah tangga Hulk dan Iran Angelo yang berusia 12 tahun rebah menyembah tanah, maka berakhirlah sudah kisah cinta mereka. Masih ada cinta?
Buat hati terbaru Hulk hadir pada bulan Oktober iaitu kira-kira 3 bulan selepas beliau dan bekas isterinya, Iran Angelo bercerai secara sah.
Selepas lama berdiam mengenai isu ini, akhirnya Hulk membuka mulut menafikan bahawa beliau curang dengan bekas isterinya melalui satu Live Instagram yang dianggap luar biasa.
Iran Angelo sebelum ini mengakui terluka dan patah hati dengan saga perpisahan ini namun Hulk telah menempelak bekas pasangannya itu kerana melayannya seperti binatang.
“Aku tidak pernah mempunyai hubungan dengan Camila ketika aku masih berkahwin. Aku seorang lelaki dan aku tidak gembira dengan perkahwinan aku.” Jelas Hulk.
Hulk mendedahkan bahawa beliau dan Iran telah hidup berasingan lebih dari setahun sebelum memulakan hubungan dengan Camila.
“Camila datang ke China. Aku rasa aku bukanlah lelaki hodoh dan aku masih muda. Camila pula muda bergetah dan terlampau cantik. Akhirnya kami mula menaruh perasaan, lagipun kami single.”
“Kami kembali dari China dan memberitahu perkara ini kepada keluarga dan Iran pula pergi memberitahu media. Aku mempunyai hati nurani yang tenang. Sekiranya kau nak terus mengutuk dan melayan aku seperti binatang, terpulanglah. Tetapi kritiklah atas kebenaran.”
Hulk menuduh Iran Angelo bercakap bohong sebelum terus membuat kejutan apabila meluahkan perasaan beliau yang terbuku. Hulk akui setia bersama Iran Angelo selama 12 tahun kerana Iran mengandung anak pertama.
“Aku baru je mula berdating dan kurang sebelum kau(Iran) mengandung. Ian, Tiago dan Alice.”
“Perkahwinan aku tidak terbina atas dasar cinta, tiada keghairahan, tiada apa pun. Ini merupakan satu kemalangan bila kau mengandungkan Ian. Dan aku bertanggungjawab.”
“Dari saat aku dating dengan kau, aku mula menyokong kau dan seluruh keluarga kau. Seluruh Paraiba(negeri) tahu perkara ini.”
Hulk marries ex wife's niece Camila Angelo 3 months after relationship started.
Hulk's Instagram appeared to confirm that the pair are married with a ring in the caption and both seem to be wearing rings and the 33-year-old also added a wedding ring emoji to his bio too. pic.twitter.com/qeppSpP5SW
— Enock Kobina Essel Niccolò Makaveli (@EnockKobinaEsse) March 23, 2020
Atas dasar rasa tanggungjawab Hulk telah mengambil Iran Angelo sebagai isteri selepas mula berkenalan kerana Iran telah mengandungkan anak Hulk. Oleh itu semua jauhilah zina.
Senario yang agak unik dan berunsurkan keluarga 69 ini telah menyebabkan berlakunya pergeseran antara Iran dan kakaknya yang merupakan ibu kepada Camila.
Namun Iran Angelo mendedahkan bahawa beliau kini mula nampak sinar untuk memperbaiki hubungan yang tercalar akibat pergeseran.
"My marriage didn't come out of love, out of passion, nothing, it was an accident that you got pregnant."https://t.co/l05qZvZ94z
— Mirror Football (@MirrorFootball) September 8, 2020
Setakat ini belum dapat dipastikan samada Hulk dan Camila sudah berkahwin atau tidak walaupun tampak seperti sentiasa ke ranjang.
Dengan pendedahan Hulk ini mungkin saga ini akan berakhir dan mungkin juga akan menjadi lebih panjang dan meleret jika bekas isterinya membuat serangan balas.
Camila Memohon Maaf Kepada Ibu Saudaranya
Sebelum ini Camilla dilaporkan sudah membuat permohonan maaf kepada makciknya(bekas isteri Hulk) ekoran dari perhubungan beliau bersama Hulk tahun lalu, tetapi hantaran itu sudah dipadam.
“Aunt Iran, pertama sekali saya nak kamu tahu status ini bukanlah penjelasan atau justifikasi tentang apa-apa perkara”.
“Saya perlu memberitahu kamu sesuatu tetapi malangnya banyak halangan untuk saya mengatakannya secara peribadi”.
“Walaupun hal ini sepatutnya tiada kaitan dengan kamu, saya sayang kamu dan sangat pedulikan kamu, jadi disini saya mahu luahkan sesuatu.’
“Sangat sukar untuk saya lalui semua ini,tetapi saya tetap harus menceritakan kebenaran kepada kamu.”
“Saya tidak pernah membayangkan ini akan terjadi, tetapi kami juga tidak mampu untuk mengawal hati dan perasaan kami, tiada siapa mampu melawan takdir ini, kami sama-sama bahagia.”
“Saya meminta maaf atas segalanya, jika saya boleh membuat pilihan kita tidak akan lalui hal ini, tetapi dunia tidak sentiasa berputar untuk kita saja.”
“Dia menunjukkan kepada saya bahawa dia adalah lelaki terbaik untuk saya dan tolong benarkan kami berdua hidup bahagia.”
Kalau tak buat salah kenapa minta maaf dan kemudian status dipadam pula. Sekadar bergosip.