Video: Lihat Bagaimana Aksi Hulk Dominasi Sepenuhnya Saingan Bola Sepak Brazil Di Usia 35 Tahun

Hulk mungkin tidak pernah menikmati karier yang gemilang di pentas lima liga utama benua Eropah, namun beliau tetap ada perjalanan karier yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Nama Hulk sangat sesuai dengan beliau yang memiliki fizikal berotot seperti ahli gusti WWE, dengan pemain kebangsaan Brazil itu sebenarnya turut memiliki kepantasan dan kualiti penyudah yang sangat membanggakan.

Beliau boleh dikatakan akan tetap menjaringkan gol yang banyak tidak kira di mana sekalipun beliau pergi untuk beraksi.

Beliau pernah beraksi di pentas bola sepak Jepun, di Portugal bersama Porto, di Rusia bersama Zenit St Petersburg dan di China bersama Shanghai SIPG.

Kini, di usia 35 tahun, beliau kembali ke Brazil pada awal tahun lalu dan memilih untuk beraksi bersama Atletico Mineiro dalam kancah saingan bola sepak di benua Amerika Utara itu.

Beliau tidak dinafikan lagi telah melalui tahun yang sangat gemilang pada tahun ini, selepas mencapai pelbagai kejayaan bersama kelab barunya itu.

Atletico Mineiro telah memenangi tiga Piala pada tahun ini dan ia merupakan satu pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Mereka berjaya memenangi Campeonato Brasileiro Serie A, Copa Do Brasil dan Campeonato Mineiro pada tahun ini dan ia bolehlah dianggap sebagai pencapaian yang luar biasa menakjubkan.

Dan persembahan Hulk jelas sekali menjadi antara faktor terpenting sebalik semua kejayaan ini dengan beliau merupakan individu terpenting untuk skuad Atletico Mineiro pada ketika ini.

Menurut laporan dari Transfermarkt, Hulk beraksi sebanyak 67 kali untuk kelabnya pada tahun 2021, dengan beliau turut berjaya menjaringkan 67 gol dan turut mencatatkan 13 assists sepanjang tempoh tersebut.

Ia merupakan statistik yang sungguh menakjubkan dari seorang pemain yang tidak lama lagi usianya akan mencecah 36 tahun.

Kini telah tular satu video di media sosial, yang memperlihatkan bagaimana Hulk mendominasi sepenuhnya sangat bola sepak Brazil.

Ia merupakan rangkuman aksi yang sangat berbaloi untuk ditonton dengan Hulk jelas sekali nampak tidak mampu untuk ditandingi oleh pemain-pemain lain di sana.

“Adakah Hulk yang terlalu handal atau pemain lain yang terlalu lemah? Saya tak nampak mereka mampu untuk beri saingan.”

“Dia seolah-olah seorang pemain dewasa yang sedang bermain menentang skuad kanak-kanak. Pemain lain langsung tak boleh tandingi dia.”

“Saya cuma tak boleh bayangkan kalau dia dengan Adama Traore bergabung di sana, apa agaknya akan berlaku kepada pemain dari pasukan lawan?”

“Dia buat semua benda nampak mudah, walau sudah berusia tapi dia mampu pamerkan aksi seperti itu di sana. Sungguh menakjubkan.”

“Jangan anggap liga bola sepak di sana mudah atau macam liga petani seperti di Perancis. Di sana liga sangat sengit dan memang hebat untuk lihat Hulk boleh beraksi seperti itu di sana.”

Tidak boleh dinafikan, yang Hulk sememangnya membuatkan semua benda di sana nampak mudah untuk dilakukan.

Beliau masih ada kualiti penyudah yang menakjubkan selepas melihat bagaimana beliau meledak gol-gol cantik dan padu dari luar kotak penalti.

Selain kualiti penyudah yang semakin tajam, Hulk juga dilihat masih memiliki kepantasan dalam membuat larian dan agak menakjubkan beliau masih memiliki kelajuan seperti itu di usia 35 tahun.

Beliau baru-baru ini turut berkongsi gambar yang menunjukkan beliau bersama piala-piala yang beliau menangi di laman instagram miliknya.

Sumber: GMS

Pemain kebangsaan Brazil itu menyusun semua piala yang berjaya beliau menangi pada tahun ini, dan memuat naiknya di laman instagram.

Melihat kepada piala dan kesemua anugerah itu, ia sudah cukup untuk membuktikan bagaimana mudahnya Hulk mendominasi saingan bola sepak di Brazil.

Beliau kini sudah berjaya menjaringkan 352 gol sepanjang kariernya, dan sepertinya angka tersebut akan terus bertambah selagi mana beliau masih beraksi.

Di usia yang bakal mencecah 36 tahun, dan melihat kepada corak persembahan yang beliau persembahkan, tak mustahil Hulk boleh mencipta 400 gol menjelang beliau bersara sepenuhnya dari dunia bola sepak.

Sumber: GMS

BACA:  Copa America 2021: Brazil 3-0 Venezuela